Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Soalan sekat WSJ, kita bukan komunis, kata menteri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman berpendapat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak wajar dituduh bersalah berhubung dakwaan negatif Wall Street Journal (WSJ) selagi belum dibuktikan.

"Orang itu tidak bersalah selagi dibuktikan bersalah," katanya ringkas kepada Malaysiakini .

Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan berhubung pelbagai dakwaan WSJ yang mengaitkan Najib serta keluarganya.

Selain itu ditanya sama ada kerajaan patut menyekat berita antarabangsa tersebut ekoran pelbagai laporan negatif terhadap Najib, ahli parlimen Pengerang itu berkata:

"Kita demokratik. Kita bukan negara komunis, nak kritik pemimpin pun tak boleh. Di Instagram, sosial media semua menteri kena 'belasah'.

"Itu demokrasi. Tapi saya berpegang pada seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Susah nak kata orang itu salah. Kita ada sistem undang-undang," katanya lagi.

Minggu lalu WSJ mendakwa Najib dan keluarganya membelanjakan AS$15 juta untuk percutian, membeli-belah dan barangan kemas.

Selain itu, berita antarabangsa itu juga mendakwa 1MDB membuat pemindahan dana kepada Red Granite Pictures yang membiayai penerbitan filem The Wolf of Wall Street .

Bagaimanapun, ia dinafikan oleh 1MDB dengan mengatakan mana-mana kenyataan yang bercanggah dengannya adalah palsu.

"Oleh itu kami menafikan sebarang andaian yang 1MDB telah membiayai penerbitan The Wolf of Wall Street atau mempunyai sebarang pembabitan dengan filem itu dalam sebarang kapasiti, sebagaimana dituduh atau dikaitkan oleh sesetengah laporan media baru-baru ini," 1MDB dilapor sebagai berkata.

Lihat Komen
ADS