Adun dakwa Sgor pusat rasuah dan salahguna kuasa
Terjemahan Ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Khim melancarkan 'serangan' pertamanya di sidang dewan itu hari ini, dengan mendakwa Selangor telah lama menjadi 'pusat rasuah dan salahguna kuasa'.
Terjemahan Ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Khim melancarkan 'serangan' pertamanya di sidang dewan itu hari ini, dengan mendakwa Selangor telah lama menjadi 'pusat rasuah dan salahguna kuasa'.
Teng (DAP-Sungai Pinang) membuat dakwaan itu sewaktu berucap membahaskan titah ucapan Sultan Selangor sewaktu merasmikan penggal kedua persidangan DUN Selangor Sabtu lalu.
Dalam titah baginda, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata kerajaan negeri sedang berusaha ke arah menjadi Selangor antaranya sebagai pusat makanan halal dan pusat kecemerlangan pendidikan.
Tetapi Teng tidak bersetuju.
"Hakikatnya, sejarah negeri Selangor mempunyai paling ramai Menteri Besar yang terpaksa meletakkan jawatan kerana tuduhan rusuah dan isu moral. Ada Menteri Besar yang di penjara kerana rasuah, ada yang terpaksa meletakkan jawatan kerana ditangkap menyeludup matawang di luar negeri, ada yang meletakkan jawatan kerana moralnya dipertikaikan.
"Semuanya hanya berlaku di Selangor. Agaknya ini adalah semangat 'Selangor Boleh!'," katanya, merujuk kepada bekas Menteri Selangor, Datuk Harun Idris, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Datuk Abu Hassan Omar.
Teng juga melahirkan kekecewaannya berhubung titah ucapan diraja yang pada tradisinya disediakan oleh kerajaan negeri.
"Menurut amalan negara-negara Komanwel, titah ucapan sedemikian adalah ucapan yang hanya menyentuh dasar-dasar kerajaan yang memerintah.
"Ia tidak boleh dijadikan sebagai ucapan politik atau diperalatkan oleh parti pemerintah atau pemimpinnya bagi tujuan mencari perlindungan dan pembelaan bagi kelemahan, kesilapan atau kekusutan kepada dasar pentadbirannya.
"Kelmarin, empat kali dalam titah ucapan baginda, Menteri Menteri Besar dipuji. Ini bukanlah satu amalan yang betul dan baik. Ia juga bukan satu petanda yang baik apabila parti pemerintah atau pemimpinnya terpaksa bersandarkan kepujian dalam titah ucapan untuk meneruskan hikayat politik partinya atau pemimpinnya," tegas Teng lagi.
Rizab merosot
Teng turut menyenaraikan beberapa sebab mengapa baginda sultan tidak mempunyai sebab untuk memuji pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.
"Dalam ucapan saya di dewan ini semasa membahaskan Bajet 2005 pada November 2004, saya telah menyentuh masalah kemerosotan konsisten Kumpulan Wang Disatukan Negeri Selangor sebanyak 73.76 peratus daripada RM2,702.71 juta (1997) kepada RM709.32 (2003)," katanya.
Menurutnya, jawapan Menteri Besar ketika itu bahawa sejumlah wang yang besar dan semakin meningkat perlu digunakan untuk tujuan pembangunan pada purata RM200 juta setahun bagi tempoh enam tahun adalah tidak konsisten, kerana jumlahnya hanya RM1.2 bilion, dan tidak selaras dengan jumlah kerugian yang diaudit sebanyak RM2 bilion.
Teng berkata, ianya juga 'merunsingkan' apabila rizab kewangan bagi pihak berkuasa tempatan seperti Shah Alam, Subang Jaya, Klang, Ampang Jaya dan Selayang semakin merosot.
Majlis Perbandaran Ampang Jaya mencatatkan kemerosotan terbesar dalam jumlah rizabnya sebanyak 78.6 peratus di antara tahun 2000 dan 2003.
"Ini sudah pastinya ada kaitan dengan kelemahan dasar dan pengurusan kewangan keseluruhan kerajaan negeri," kata Teng.
Skandal
Beliau juga mempersoalkan mengapa Mohd Khir kelihatan tidak mahu membeli dirinya terhadap tuduhan-tuduhan serius mengenai rasuah, di dalam sebuah buku yang diterbitkan baru-baru ini.
"Mungkin agaknya beliau terlalu yakin dengan tahap ketaatsetiaan hulubalang-hulubalang beliau dalam Barisan Nasional," tambah Teng.
Tuduhan dalam buku tersebut termasuk dakwaan yang Mohd Khir memberi tanah kepada syarikat-syarikat swasta di Taman Templer tanpa kelulusan majlis exco negeri, dan dakwaan beliau memiliki sebuah rumah mewah di Janda Baik.
Lain-lain kontroversi yang membabitkan Mohd Khir yang menjadi tumpuan laporan berita ialah cadangan lawatan ke Mesir, pembinaan banglo ekselusif serta pemusnahan alam sekitar.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.