Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MBPP: Lori kena 'gagau' bukan sebab perkauman
Diterbitkan:  May 5, 2017 3:10 PM
Dikemaskini: 7:14 AM

Majlis Bandar Raya Pulau Pinang (MBPP) berkata insiden lorinya dilarikan peniaga yang tidak berpuas hati dengan penguatkuasaan mereka tiada kena mengena dengan isu perkauman.

“Tiada perkauman, kami bertindak tidak kira bangsa.

“Semua pihak yang melanggar undang-undang harus menerima akibatnya,” kata Setiausaha MBPP Yew Tung Seang.

Malam tadi, dua peniaga melarikan lori MBPP selepas penguat kuasa menjalan operasi rampasan terhadap kedai makan mereka. Video itu dirakam dan disebarkan di Internet.

Lori itu dibawa ke balai polis Pulau Tikus dan laporan polis dibuat memberitahu mereka cuma mahu menyelesaikan secara baik dan demi “menjaga peniaga Melayu dan maruah orang Islam”.

Sambil mencarut, termasuk kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, peniaga-peniaga itu mendakwa MBPP bersikap perkauman kerana hanya bertindak terhadap orang Melayu.

Ketika dihubungi Malaysiakini. Yew berkata statistik penguatkuasaan mereka boleh membuktikan bahawa tindakan terhadap peniaga haram tiada kena mengena dengan diskriminasi kaum.

Katanya, pegawai-pegawai mereka dilatih dengan profesional dan hanya menjalankan tugas.

MBPP dalam kenyataannya berkata mereka telah membuat laporan polis dan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Pihak berkuasa tempatan itu itu juga mendakwa kedua-dua individu itu jelas tersebut telah menghalang tugas penjawat awam.
 

Lori MBPP kena 'gagau'

Lihat Komen
ADS