Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Permohonan Najib ketepi saman MP didengar 15 Jun

Permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan untuk mengetepikan saman anggota Parlimen Petaling Jaya Utara berkaitan isu 1MDB ditetapkan untuk pendengaran pada 15 Jun depan.

Keputusan itu dibuat selepas kesemua pihak bertemu Pesuruhjaya Kehakiman Faizah Jamaludin dalam kamar hari ini.

Peguam Najib Nik Alia Hanafi memberitahu pemberita bahawa pasukannya akan memohon atas alasan sama – Najib bukan seorang penjawat awam – yang digunakan untuk mengetepikan sama Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua pihak lagi.

Hakim kanan persekutuan Zureen Elina Mohd Dom berkata kerajaan mahu mengetepikan sama itu atas alasan tiada sebab yang munasabah untuk tindakan itu.

Pua pada 17 Januari lalu menyaman Najib untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa perdana menteri melakukan kesalahan misfeasans dalam sektor awam dan menyalah guna kedudukan dalam isu 1MDB.

Pua turut memohon pengisytiharan bahawa Najib menyalah guna pejabat awam untuk mendapat kepentingan peribadi daripada dana 1MDB.

Sebagai pembayar cukai, Pua menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS