JPM siasat ucapan Ali Rustam mengecam PPP
Para pegawai dari Jabatan Perdana Menteri telah menemui pegawai Parti Progresif Rakyat (PPP) sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap ucapan Naib Presiden Umno, Datuk Mohd Ali Rustam yang mengecam parti komponen Barisan Nasional (BN) tersebut.
Para pegawai dari Jabatan Perdana Menteri telah menemui pegawai Parti Progresif Rakyat (PPP) sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap ucapan Naib Presiden Umno, Datuk Mohd Ali Rustam yang mengecam parti komponen Barisan Nasional (BN) tersebut.
Satu sumber PPP memberitahu Malaysiakini bahawa pegawai dari Jabatan Perdana Menteri mahu mendapatkan bukti rakaman video ucapan Mohd Ali itu.
"Saya diberitahu bahawa perdana menteri mahu melihat dan mendengar apa yang dkatakan oleh Mohd Ali," kata sumber tersebut.
Sumber itu berkata, para pegawai PPP telah cuba meminta ahli-ahli parti itu atau individu lain yang mempunyai rakaman ucapan Mohd Ali itu supaya tampil kehadapan.
"Sesetengah mereka takut untuk berbuat demikian. Mereka tidak mahu dilhat seolah-olah menentang kerajaan," katanya.
Bagaimanapun, sumber itu berkata, para pegawai Jabatan Perdana Menteri tidak akan menghadapi masalah untuk mendapatkan bahan buktinya kerana terdapat lebih 500 saksi yang mendengar ucapan Mohd Ali itu.
Sebelum ini, sumber-sumber media telah mengesahkan bahawa Mohd Ali telah meminta mereka supaya tidak melaporkan bahagian ucapan itu.
Rabu lalu, akhbar the Sun melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Minister Abdullah Ahmad Badawi telah mengarah para pegawainya supaya menyiasat ucapan Mohd Ali itu sewaktu merasmikan konvensyen PPP Melaka pada 15 Oktober lalu.
Mohd Ali didakwa membuat ucapan yang mengecam PPP kerana "mengugut" kerajaan BN untuk mendapatkan lebih banyak kerusi dalam pilihanraya umum akan datang.
Para saksi berkata, beberapa ahli parti itu bertindak meninggalkan dewan kerana membantah ucapan Mohd Ali itu.
Mohd Ali berkata, PPP boleh keluar dari BN.
Sambil menuding jari ke arah para pewakilan, beliau berkata mereka semua boleh keluar dari BN, sama ada hari ini atau esok dan mengapa harus menunggu hingga pilihanraya umum.
Kecewa dengan ucapan terbuka Mohd Ali yang merupakan pemimpin ketiga tertinggi Umno, PPP telah membuat aduan rasmi kepada Abdullah, yang juga presiden Umno, beberapa hari kemudiannya.
Hasil siasatan tersebut dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT).

