Ahli-ahli politik sedang sibuk membincangkan destinasi Malaysia bagi tempoh lima tahun akan datang dan dalam masa yang sama, pelajar-pelajar kita juga sedang sibuk membuat permohonan yang hampir sama seperti mereka. Dengan keputusan SPM dan STPM yang dikeluarkan hanya beberapa minggu yang lalu, para pelajar sedang sibuk mencari ‘wakil-wakil’ universiti yang terbaik bagi menolong mereka membuat keputusan yang akan memberi kesan kepada hidup mereka bagi tempoh lima tahun yang akan datang.

Jika anda mempunyai anak yang sedang melalui fasa memilih universiti, anda pasti tahu kepentingan dan kesukaran dalam membuat keputusan ini.

Mulakan dengan SPR (Selecting Possible Routes): Memilih Laluan Berpotensi.

Pelajar boleh mengalami banyak tekanan dan komplikasi dalam proses memilih university yang terbaik . Malangnya, hanya mempunyai bidang yang diminati dalam fikiran tidak cukup untuk membuat pilihan yang terbaik. Pelajar-pelajar ini perlu menilai maklumat penting dari semua 'calon-calon’ untuk membuat perbandingan yang boleh membantu mereka membuat pilihan yang terbaik. Jika anda tinggal di kawasan luar bandar, atau jika anak-anak anda berminat untuk mengikuti pengajian di luar negara, maklumat tentang university-universiti ini mungkin sangat sukar untuk didapati.

Edwin Tay, Ketua Pegawai Eksekutif easyuni.com
Edwin Tay, Ketua Pegawai Eksekutif easyuni.com
Bagi kedua-dua ibu bapa dan pelajar, mujurlah kerana Easyuni.com boleh membuat hidup mereka dan proses pemilihan ini berjalan dengan lebih baik. Sebagai portal pendidikan yang terbesar di Asia, Easyuni.com menyenaraikan lebih 1,540 universiti dari 26 negara yang berbeza, dengan lebih dari 50,000 kursus yang boleh dilihat dari pangkalan data mereka. Pelajar boleh memohon untuk ke universiti-universiti tempatan seperti Universiti INTI dan Sunway University. Mereka juga boleh memohon untuk belajar di luar negara seperti di Ireland atau di Australia Easyuni.com membolehkan pelajar untuk membandingkan kursus dan universiti dengan menyediakan maklumat yang mereka perlukan untuk membuat pilihan terbaik.

"Easyuni ditubuhkan untuk memudahkan para pelajar," kata Edwin Tay, Ketua Pegawai Eksekutif Easyuni.com. “Melalui portal kami, pelajar boleh melayari dan memohon kepada universiti tanpa kos, dengan mudah, tanpa pendaftaran, dan mereka juga dapat membandingkan kursus-kursus dari seluruh dunia untuk membuat pilihan yang terbaik. Kami sentiasa mencari cara-cara baru untuk memudahkan lagi kehidupan para pelajar melalui penggunaan portal kami.”

Memutuskan undian mereka: Membuat pilihan terbaik.

Tiada lagi hari-hari di mana keputusan kita dibuat hanya melalui apa yang kita dengar daripada mereka yang rapat dengan kita. Tiada lagi hari-hari di mana kita membuat pilihan hanya melalui apa yang media tunjukkan kepada kita. Easyuni.com adalah satu platform yang boleh digunakan oleh kedua-dua ibu bapa dan pelajar bagi memastikan mereka membuat keputusan yang terbaik untuk PRU (Picking the Right University): Memilih Universiti Terbaik.

Melalui portal Easyuni.com, pelajar tidak perlu melawat universiti yang berbeza untuk membuat pilihan yang terbaik. Maklumat itu semuanya berada di hujung jari mereka, boleh diakses bila-bila masa, di mana sahaja. Mereka boleh mendapatkan semua maklumat yang diperlukan melalui sumber-sumber rasmi universiti itu sendiri.

Edwin Tay, Ketua Pegawai Eksekutif easyuni.com
Edwin Tay, Ketua Pegawai Eksekutif easyuni.com
"Portal pendidikan Easyuni memberi institut kami pendedahan online yang lebih baik, dan juga memudahkan proses mendapatkan pertanyaan daripada ibu bapa dan pelajar yang sedang menyelidik kolej untuk anak-anak mereka. Terima kasih Easyuni!" Kata Kenneth Tang, wakil Raffles College of Higher Education.

Para pelajar juga boleh mula memohon secara langsung kepada universiti dengan selamat melalui Easyuni.com. Jadi jangan bimbang, dan hiduplah dengan lebih mudah. Lawati Easyuni.com hari ini dan kami akan membuat PRU (Picking the Right University) proses pemilihan universiti lebih mudah untuk anda!

Easyuni.com adalah sebuah portal pendidikan online yang ditubuhkan pada tahun 2008, kemudian dilancarkan online oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato 'Saifuddin Abdullah pada 10 April, 2012. Melalui portal ini, pelajar boleh mencari universiti dan kolej di seluruh dunia dan bandingkan institusi, kursus dan biasiswa dengan mudah. Easyuni.com telah disenaraikan sebagai platform pendidikan Nombor 1 di Malaysia dan Indonesia.