Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Advertorial
Siaran Akhbar: Kerjasama Antara Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dengan Biogrow Oat BG22™
Diterbitkan:  Oct 7, 2013 2:00 PM
Dikemaskini: 6:08 AM

Salah satu prinsip utama Legosan (M) Sdn. Bhd. (syarikat barangan kesihatan yang memiliki jenama terkenal Biogrow Oat BG22™ di Malaysia) adalah komitmen berterusan dalam menjalankan tanggungjawab sosial melalui pemberian perkhidmatan ujian darah saringan kolesterol secara percuma kepada semua warganegara Malaysia di seluruh negara semasa jelajah bergerak dan  program-program kesihatan yang diadakan. Sehingga kini, syarikat berkenaan telah menyaring lebih 20,000 orang dan meningkatkan kesedaran awam mengenai “hiperkolesterolemia” (paras kolesterol tinggi),  yakni salah satu faktor penyebab penyakit jantung dengan ketara.

Baru-baru ini, Legosan bersama dengan serbuk bran oat premium yang diimport dari Sweden - Biogrow Oat BG22™, telah menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Jantung Malaysia (YJM) untuk mempromosikan kesedaran awam terhadap pencegahan penyakit jantung melalui penyaluran dana kepada YJM untuk  penerbitan buletin berkala  – Berita Yayasan Jantung Malaysia.

Legosan juga komited dalam pemberian derma tahunan kepada YJM bagi membantu dana kesedaran dan  program sokongan di seluruh negara dalam mempromosikan kesihatan jantung.

YJM amat meggalakkan orang awam yang mempunyai sebarang pertanyaaan berkenaan pencegahan, perawatan dan sokongan berkenaan penyakit jantung untuk menghubugi mereka.  Maklumat perhubungan dan butiran lanjut boleh di dapati di laman web YJM, www.yjm.org.my

Upacara Menandatangani Kontrak: Duduk dari kanan, Pengerusi YJM Datuk Dr. J.S. Sambhi, Pegawai Senior Produk & Pemasaran Legosan, Cik Felicia Phuah, bersama dengan timbalan pengerusi YJM, Dato’ Gurbakhash (kedua dari kanan) dan Produk Konsultan dari  Legosan, Encik K.Y. Pang  (ketiga dari kiri) menyaksikan upacara tersebut.

Upacara Penyerahan Cek: Ketua Pegawai Eksekutif Legosan, Encik Ong Lam Huat (tengah) menyerahkan cek kepada Pengerusi YJM Datuk Dr. J.S. Sambhi , bersama timbalan pengerusi  YJM, Dato’ Gurbakhash (ketiga dari kanan), Ketua Pegawai Eksekutif PrimaBumi Sdn Bhd, Tan Sri Ariffin (kedua dari kanan) menyaksikan upacara tersebut.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS