Faedah Pengurusan Berat Badan Dengan Pengambilan Oat Beta-Glukan
Penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu rakyat Malaysia setiap tahun sejak 30 tahun terakhir. Salah satu faktor risiko utama untuk penyakit jantung ialah obesiti atau berat badan melampau.
Dunia sedang menghadapi wabak obesiti dan hakikat ini menjadi semakin nyata dalam konteks rakyat Malaysia. Keputusan daripada Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Malaysia 2011 (NHMS) antara penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas menunjukkan bahawa 15.1 peratus penduduk adalah obes dan 29.4 peratus adalah lebih berat badan. Jumlah ini telah memberikan Malaysia satu gelaran yang tidak digemari sebagai “negara paling gemuk di Asia Tenggara”.
Kesan ini telah membawa doktor untuk memerhatikan bahawa penduduk Malaysia lebih cenderung untuk didiagnosis dengan penyakit jantung 10 tahun lebih awal daripada negara-negara Barat yang lain.
Hubungan Pengambilan Oat Beta-glukan dengan Kekenyangan dan Obesiti
Sebenarnya, kebanyakan orang tahu bahawa perubahan gaya hidup termasuk pengubahsuaian diet adalah langkah pertama untuk mengurangkan berat badan dan mengurangkan kemungkinan mengalami obesiti. Salah satu langkah pencegahan berpotensi untuk menangani wabak obesiti semasa adalah mengenalpasti dan mencadangkan makanan yang dapat mengurangkan pengambilan tenaga dengan meningkatkan rasa kenyang. Penggabungan makanan yang kaya dalam serat seperti beta-glukan daripada oat ke dalam diet harian kita adalah salah satu tabiat pemakanan yang sihat dan mudah. Pelbagai kajian klinikal telah mencapai kesimpulan di mana peningkatan dalam pengambilan serat sebanyak 14 g sehari dapat mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 10 peratus dan mengurangkan berat badan sebanyak 2 kg dalam tempoh masa purata 4 bulan 1 .
Komponen bijirin oat yang paling kaya dalam serat ialah bahagian paling luar – bran oat. Bran oat mengandungi kira-kira 50 peratus lebih banyak serat makanan berbanding dengan bahagian bijirin lain seperti endosperm dan germ. Ramuan kesihatan utama daripada bijirin oat ialah serat larut yang dikenali sebagai beta-glukan, ia terdapat paling banyak dalam bran oat.
Maanfaat kesihatan beta-glukan telah dikaji dengan terperinci sejak beberapa dekad yang lalu. Antaranya, faedah kesihatan oat beta-glukan yang paling dikenali ialah keupayaannya untuk mengurangkan kolesterol. Pengambilan 3 gram oat beta-glukan sehari telah terbukti secara klinikal bagi membantu mengurangkan kolesterol secara berkesan.
Pengurusan Berat Badan dengan Oat Beta-glukan
Selain daripada pengurangan paras kolesterol, beta-glukan daripda oat juga dapat mempromosikan penurunan berat badan, melalui dua kesan langsung kepada sistem penghadaman kita:
- Menyebabkan rasa kenyang – Apabila beta-glukan dicerna dalam badan kita, ia akan membentuk gel yang menjadikan kandungan perut dan usus kecil lebih likat. Proses ini dapat memperlahankan penghadaman makanan dan memanjangkan tempoh rasa kenyang, akhirnya mengurangkan keinginan untuk makan. Satu kajian antara dewasa yang sihat menunjukkan bahawa sesuatu minuman yang mengandungi 2 hingga 3 gram oat beta-glukan boleh meningkatkan rasa kenyang dengan lebih ketara berbanding dengan minuman yang tidak mengandungi serat 2 .
- Pembuangan kalori dari usus – Terlalu banyak kalori disebabkan oleh makan berlebihan dan pengambilan makanan berlemak yang berlebihan boleh menyumbang kepada penambahan berat badan. Oat beta-glukan dapat membentuk satu gumpalan likat dan bergabung dengan lemak (1 gram lemak menyumbang 9 kalori) dalam usus. Kalori yang dikeluarkan dari makanan akan terperangkap dalam gumpalan likat dan tidak dapat diserap ke dalam sistem badan kita. Mekanisme ini juga membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah dan mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah.
Biogrow Oat BG22™ adalah diperbuat daripada serbuk bran oat yang diimport dari Sweden. Ambil 2 sudu (lebih kurang 18g) sehari, ia membekalkan lebih daripada 3g oat beta-glukan.
Kini, Biogrow Oat BG22™ boleh didapati dalam pek mudah yang mengandungi 30 paket (9g/paket) dan ini menjadikannya lebih mudah untuk orang yang sibuk untuk mendapatkan jumlah pengambilan beta-glukan daripada oat yang disyorkan iaitu 3g sehari bagi membantu mengurangkan paras kolesterol. Ambil 2 paket (lebih kurang 18g) sehari dengan air sejuk atau air suam, ia membekalkan lebih daripada 3g oat beta-glukan. Ambil 3g oat beta-glukan harian dapat membantu mengurangkan cholesterol.
Artikel ini dibawa kepada anda oleh Legosan (M ) Sdn. Bhd. Untuk maklumat produk yang lebih lanjut, sila hubungi 03-7956 2220 atau e-mel pertanyaan anda kepada [email protected] .
