Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Advertorial
Jaga Jantung Anda dengan Beta-Glucan Serat Mudah Larut Oat
Diterbitkan:  Mar 11, 2014 11:42 AM
Dikemaskini: 3:50 AM

Ia tidak susah untuk mengekalkan kolesterol anda pada tahap yang rendah dan memelihara jantung yang sihat. Program Pendidikan Kolesterol Kebangsaan (NCEP) dan Panduan Amalan Klinikal Malaysia (CPG) mengesyorkan Perubahan Gaya Hidup Terapeutik (TLC) untuk mengawal hiperkolesterolemia dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (CVD). Program TLC merupakan satu program tiga bahagian yang menggabungkan:

1. Perubahan pemakanan yang merangkumi pengurangan pengambilan lemak tepu, lemak trans, kolesterol dan penambahan pengambilan serat mudah larut kepada lebih 3 gram sehari .

2. Aktiviti fizikal

3. Pengurangan berat badan, jika anda ada berat badan berlebihan atau gemuk.

Asas bagi rawatan untuk kolesterol LDL tinggi adalah dengan menggunakan pendekatan holistik, dan bukannya bergantung kepada ubat atau perubahan pemakanan sahaja. Jika pun anda perlu mengambil ubat untuk menurunkan kolesterol, mengikuti program TLC mungkin akan membolehkan anda untuk mengambil dos yang lebih rendah, sekali gus mengurangkan pendedahan anda kepada kesan sampingan ubat yang buruk.

Serbuk Bran Oat – Sumber Terbaik bagi Beta-Glucan Serat Mudah Larut 

Walaupun terdapat banyak jenis serat mudah larut, hanya beta-glucan dari oat sahaja yang dikaji dengan paling meluas dan direkodkan dalam ujian manusia. Sebenarnya, gambarannya begitu jelas sekali sehinggakan Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) Amerika Syarikat dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekarang membenarkan makanan yang memiliki sumber tinggi serat mudah larut untuk menyatakan pada label mereka bahawa pengambilan harian sekurang-kurangnya 3 gram beta-glucan dari oat dapat membantu mengurangkan paras kolesterol keseluruhan dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Satu semakan semula bagi lebih 20 kajian ke atas bran oat mendapati, menambah sekurang-kurangnya 3 gram beta-glucan serat mudah larut setiap hari kepada pemakanan anda boleh mengurangkan paras kolesterol keseluruhan sebanyak 3 hingga 5 peratus dalam masa beberapa minggu sahaja. Setiap 1 peratus penurunan kolesterol didapati mengurangkan risiko serangan sakit jantung sebanyak 2 peratus. Penurunan 5 peratus bermakna peluang anda mendapat penyakit jantung dikurangkan sebanyak 10 peratus!

Selain itu kajian telah menunjukkan terdapat respons dos di antara tahap beta-glucan serat mudah larut dari oat dengan tahap pengurangan dalam jumlah kolesterol keseluruhan dan kolesterol LDL dalam darah. Dengan mengambil beta-glucan sebanyak 3 gram, 4 gram dan 5 gram sehari, ia didapati dapat mengurangkan lagi kolesterol LDL dan kolesterol keseluruhan. Pengambilan beta-glucan sebanyak atau melebihi 5 gram sehari didapati lebih berkesan untuk mengurangkan  lipid darah berbanding pengambilan yang rendah (Davidson dll, Ripsin dll).

Biogrow Oat BG22 TM menawarkan kepada anda satu cara yang lebih mudah untuk mengambil oat!

Hanya dua pencedok (kira-kira 18 gram) serbuk bran Oat BG22 TM akan memberi anda lebih 3 gram beta-glucan yang melebihi keperluan harian yang disyorkan oleh KKM sebanyak 3 gram beta-glucan untuk menurunkan kolesterol.

Sebagai produk makanan semula jadi yang diperbuat daripada serbuk bran oat yang diimport dari Sweden tanpa gula tambahan, ia mudah diambil dan larut dalam air suhu bilik atau sejuk disebabkan oleh serbuknya yang halus.

Kini, Biogrow Oat BG22™ boleh didapati dalam pek mudah yang mengandungi 30 paket (9g/paket) dan ini menjadikannya lebih mudah untuk orang yang sibuk untuk mendapatkan jumlah pengambilan beta-glukan daripada oat yang disyorkan iaitu 3g sehari bagi membantu mengurangkan paras kolesterol. Ambil 2 paket (lebih kurang 18g) sehari dengan air sejuk atau air suam, ia membekalkan lebih daripada 3g oat beta-glukan. Ambil 3g oat beta-glukan harian dapat membantu mengurangkan cholesterol.

Artikel ini adalah sumbangan daripada Legosan (M) Sdn. Bhd. Untuk maklumat produk yang lebih lanjut, sila hubungi:

Talian Info: 03-7956 2220 (Isnin-Jumaat, 9am-5pm)

E-mel: [email protected]

Laman Web: www.biogrow.com.my

Facebook: fb.biogrow.com.my


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS