(Advertorial)

Kuala Lumpur : Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan-pelanggan setianya selama ini, Kumpulan Power Root dengan terujanya mengumumkan pemulangan Peraduan “Anda Boleh Jadi Jutawan 4” pada 9hb April di One World Hotel, Petaling Jaya.

Satu Juta, Satu Pemenang!

Peraduan “Anda Boleh Jadi Jutawan” Musim 1, 2 dan 3 telah dianjurkan oleh Power Root selama 3 tahun berturut-turut dari tahun 2008 hingga 2010. Peraduan ini telah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai dan beribu orang penggemar Power Root telah menerima manfaat daripada peraduan ini. Kini, Power Root ingin mengembalikan Peraduan “Anda Boleh Jadi Jutawan 4” untuk terus membolehkan orang ramai mencapai impian menjadi jutawan dengan menyertai peraduan ini. Power Root akan menghadiahkan hadiah wang tunai lumayan kepada semua penggemar Power Root bagi menambah kegembiraan dan kebahagian hidup mereka.

Peraduan Power Root “Anda Boleh Jadi Jutawan 4” akan bermula dari 1hb Mei hingga 31hb Disember 2014. Hadiah wang tunai lumayan menanti anda: hadiah harian RM500 (sejumlah 875 pemenang harian), hadiah mingguan RM1,000 (sejumlah 35 pemenang mingguan) dan hadiah bulanan RM5,000 (sejumlah 8 pemenang bulanan). Tambahan lagi, semua pemenang harian, mingguan dan bulanan juga berpeluang menjadi salah satu daripada 6 orang peserta akhir. Semua peserta akhir akan mengambil bahagian dalam sesiri aktiviti fizikal dan permainan minda di peringkat terakhir. 5 peserta akhir akan dihadiahkan RM10,000 dan pemenang utama akan membawa balik RM1,000,000.

Anda hanya perlu membeli mana-mana produk yang mengambil bahagian, khususnya siri Alicafé, siri Per’l, siri Oligo, siri Alitea dan minuman tenaga Power Root untuk mengumpulkan 20 mata bagi memastikan penyertaan anda adalah sah. Mulai sekarang, kumpulkan kod bar atau gelang penarik minuman tin Power Root bagi mengumpul 20 mata untuk setiap penyertaan: 10 mata untuk setiap pek biasa, 5 mata untuk setiap pek mini, 2 mata untuk setiap gelang penarik minuman tin dan 2 mata untuk setiap pek ekonomi.

Kali ini, Power Root ingin membuatkan peraduan ini lebih seronok dan mudah untuk semua dengan mengadakan 2 cara penyertaan yang berbeza. Pertama: anda boleh menyertai peraduan ini dengan menjawab 2 soalan yang mudah dan kirimkan borang penyertaan bersama dengan kod bar atau gelang penarik yang bernilai 20 mata ke Power Root Marketing KL Office.

Kedua: anda boleh menyertai peraduan ini melalui aplikasi pesan yang terhanyat iaitu WhatsApp Messenger! WhatsApp Messenger merupakan cara penyertaan terbaru yang memudahkan dan menjimatkan masa untuk menghantar penyertaan anda. Anda hanya perlu mengambil gambar kod bar produk dan resit pembelian, kemudian hantarkannya beserta butir peribadi anda (Nama, NRIC, E-mel dan Negeri) ke +6018-2626111 melalui WhatsApp Messenger. Power Root akan menelefon pemenang yang terpilih dan pemenang tersebut perlu menjawab 2 soalan yang mudah dengan jawapan yang betul untuk memenangi hadiah wang tunai.

Bermula dari 1hb Mei, Power Root akan membuat pengumuman pemenang di laman web rasmi Power Root ; Facebook rasmi Power Root dan stesen radio rasmi “Anda Boleh Jadi Jutawan 4”, SinarFM.

Kini, semua orang berupaya menjadi jutawan Power Root dengan menikmati minuman aromatik Power Root! Lebih banyak penyertaan, lebih tinggi peluang anda untuk menang!

Y.M. Tengku Shamsulbhari Bin Tengku Azman Shah, Pengerusi Kumpulan Power Root memberikan ucapan pembukaan beliau pada sidang akhbar.

(Dari kiri) Mr. See Thuan Po, Pengarah Eksekutif Kumpulan Power Root, Y.M. Tengku Shamsulbhari Bin Tengku Azman Shah, Pengerusi Kumpulan Power Root serta Fahrin Ahmad, Duta Alicafé bersama-sama melancarkan “Peraduan Power Root Anda Boleh Jadi Jutawan 4”.