Lumrah masyarakat Malaysia, tidak kira apa sahaja jenis perayaan, pastinya akan mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Begitu juga pada awal Julai ini. Jutaan orang berpusu-pusu keluar dari kota bagi meraikan ketibaan Syawal selepas sebulan berpuasa.

Inilah waktu yang terbaik untuk berkumpul bersama keluarga - bila lagi kalau tidak pada Hari Raya Aidilfitri? Pada waktu inilah kita dapat mengeratkan semula silaturahim bersama keluarga, lebih-lebih lagi dengan ibu bapa kita yang tercinta.

Pada musim perayaan begini juga, harga tiket penerbangan akan melonjak naik kerana orang ramai turut memanfaatkan masa yang terluang untuk bercuti dan melancong. Jangan hairan, ada sebilangan orang akan mencuri peluang ini untuk bercuti ke destinasi pelancongan dan pusat peranginan yang telah lama mereka impikan.

Untuk mereka yang memilih cara alternatif bagi memanfaatkan cuti perayaan ini, Traveloka menawarkan promosi istimewa bagi membantu anda berjimat apabila membeli tiket kapal terbang dan menempah hotel.

Dengan promosi Traveloka ini, anda akan mendapat potongan harga sehingga RM90 atau memperolehi diskaun 20% untuk penginapan hotel bagi setiap tempahan. Untuk tempahan penerbangan pula, Traveloka turut menawarkan diskaun sebanyak 15% atau potongan harga sehingga RM75 bagi setiap tempahan.

Anda belum cukup yakin untuk menempah tiket penerbangan dan hotel menerusi Traveloka? Berikut 3 manfaat yang anda perolehi jika menggunakan Traveloka:

Pertama, perancangan percutian dan Hari Raya anda akan lebih lancar apabila anda boleh mencari dan menempah tiket penerbangan secara sekaligus menerusi Traveloka.

Kedua, harga yang terbaik buat anda. Traveloka menawarkan harga hotel dan penerbangan yang paling kompetitif di rantau Asia Tenggara selaku peneraju utama dalam tawaran percutian menyeluruh di rantau ini. Anda juga akan mendapat harga yang lebih murah jika menempah menerusi aplikasi Traveloka.

Ketiga, tiada bayaran tersembunyi. Harga yang anda lihat pada hasil carian ialah harga yang akan dibayar anda.

Jika anda bukan dalam kategori mereka yang memanfaatkan cuti Hari Raya untuk melancong, anda pastinya akan memilih untuk pulang ke kampung halaman. Anda tentunya mahu mengubat rasa rindu pada suasana desa dan kemeriahan Hari Raya di desa.

Untuk anda, Traveloka juga ada tawaran istimewa potongan harga sehingga RM75 untuk semua penerbangan dan potongan harga RM90 untuk semua tempahan hotel penginapan. Tawaran ini sah jika anda menempah sebelum 19 Jun 2016. Anda hanya perlu menggunakan kod BALIKFLIGHT untuk tempahan penerbangan dan kod BALIKHOTEL untuk tempahan hotel apabila anda sampai ke laman pembayaran.

Tawaran seperti inilah yang membuat kos perjalanan anda pulang ke kampung lebih murah dan lebih bermakna. Jika anda menempah awal, pasti pulang ke kampung awal! Hati senang, tidur pun tenang!

Tempah tiket penerbangan dan hotel sekarang dengan Traveloka dalam tempoh 15 hingga 19 Jun 2016.