Gaya hidup serba pantas tidak sewajarnya menjejaskan amalan pemakanan lazat dan seimbang yang penting untuk kesihatan. Menyedari pentingnya makanan yang berkhasiat dan seimbang, MAGGI hari ini melancarkan Kempen 1, 2, 3! di Tesco, Mutiara Damansara. Dengan tiga langkah mudah, sajian makanan yang seimbang dan berkhasiat boleh disediakan dan dinikmati bersama kelazatan rasa mi Maggi yang digemari ramai.
Menurut satu kajian yang dijalankan baru-baru ini[1], seramai 64% daripada rakyat Malaysia makan sekurang-kurangnya satu kali sehari di luar rumah mereka. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan kerana pengguna mungkin mendapati sukar untuk menyediakan dan memasak makanan di rumah. Kempen baharu MAGGI bertujuan untuk menyangkal salah tanggapan ini, dengan menunjukkan cara mudah dan cepat untuk menyediakan masakan yang lazat dan seimbang di rumah.
Pelancaran kempen yang menggalakkan pengguna menambah bahan segar ke dalam mi MAGGI apabila menyediakan sajian yang lazat dan seimbang dalam dua minit, bermula dengan perbincangan panel yang disertai oleh Ahli Majlis Persatuan Dietitian Malaysia, Encik Georgen Thye, Pengurus Pemakanan Korporat Nestlé, Cik Cher Siew Wei dan dua orang ibu, Fadilla Ibrahim dan Azie, yang berkongsi pengalaman hidup sebenar dalam menyediakan sajian makanan yang lazat dan seimbang untuk keluarga mereka.
Encik Georgen Thye membincangkan apa yang dimaksudkan dengan diet seimbang. “Diet yang seimbang memastikan badan kita mendapat kebanyakan nutrien yang diperlukan untuk berfungsi dengan betul. Pengambilan karbohidrat, protein, lipid, serat makanan dan air yang secukupnya membolehkan kita mendapat diet yang cukup seimbang.”
Ramai rakyat Malaysia yang kerap makan di luar menunjukkan bahawa pengguna menyangka tugas menyediakan sajian yang lazat dan seimbang adalah memenatkan. Kekerapan makan di luar bermakna kita tidak dapat mengawal apa yang kita makan. “Ini akan menjejaskan usaha kita untuk mengamalkan diet yang seimbang kerana kita tidak tahu sepenuhnya kandungan dan kualiti bahan yang digunakan dalam makanan kita,” jelas Georgen.
Pengurus Pemakanan Korporat Nestlé, Cik Cher Siew Wei meneruskan sesi perbincangan dengan menerangkan bahawa tambahan bahan segar dan berkualiti, seperti daging dan sayuran, ke dalam mi MAGGI menjadikan sajian cukup seimbang. “Mi MAGGI diperbuat daripada gandum sebenar, 100% dari Australia, menjadikannya sumber protein dan karbohidrat untuk membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan kita. Garis Panduan Diet Malaysia mencadangkan pengambilan makanan daripada bijirin untuk membekalkan sekurang-kurangnya separuh daripada tenaga yang kita perlukan sehari,” kata Siew Wei.
“Selain daripada mi, mi MAGGI kegemaran ramai, dibuat daripada herba dan rempah sebenar. Kami mahu memastikan pengguna kami mendapat pemakanan yang diperlukan oleh badan mereka bersama dengan kelazatan dan keaslian perisanya,” tambah Siew Wei.
Ibu-ibu yang menyertai perbincangan panel juga berkongsi pengalaman berharga tentang apa yang menjadikan sajian masakan di rumah begitu istimewa. Menurut Fadilla dan Azie, mereka lebih yakin dengan kualiti makanan apabila mereka sendiri yang menyediakannya, kerana mereka tahu apa yang dimasukkan ke dalam masakan. Mereka juga menekankan hakikat bahawa makan malam di rumah bersama keluarga adalah cara untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, bukan sekadar untuk menikmati sajian makanan yang lazat.
“Saya seronok memasak untuk keluarga saya kerana saya dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama dengan mereka. Di samping itu, saya boleh mengetahui khasiat pemakanan yang akan dinikmati mereka. Selama ini saya memang menambah bahan segar ke dalam semangkuk mi MAGGI, tetapi sekarang saya rasa lebih puas kerana saya tahu mereka mendapat makanan yang seimbang. Lebih penting lagi, saya tahu ini adalah cara yang mudah untuk menyediakan sajian makanan untuk keluarga saya,” kata Fadilla Ibrahim, seorang ibu yang menitikberatkan soal pemakanan.
“Saya suka memasak. Saya sentiasa mahu memastikan saya dapat menyediakan makanan yang lazat dan berkhasiat untuk keluarga saya. Sekarang, dengan mi MAGGI, saya dapat berkongsi kegemaran memasak dengan anak-anak saya kerana cara penyediaannya sungguh mudah. Paling penting, saya dapat memastikan keluarga saya boleh menikmati sajian makanan segera, lazat dan seimbang,” kata Azie, seorang ibu yang juga penulis blog makanan.

Perbincangan panel mengenai kepentingan pemakanan seimbang dan lazat, serta peranan Maggi dalam menghasilkan hidangan seperti itu.
Selepas perbincangan panel, MAGGI menggalakkan hadirin menggunakan pengetahuan yang baru dipelajari untuk menyediakan sajian yang lazat dan seimbang dalam sesi memasak yang membolehkan mereka mencipta sajian Mi MAGGI segera yang mudah, lazat dan cepat seperti MAGGI Mi Kari Egg Drop, MAGGI, Mi Goreng Mamak, MAGGI Mi Murtabak dan MAGGI Mi Ayam Ladna.
Sebagai penekanan selanjutnya kepada matlamat MAGGI untuk menggalakkan pengguna sentiasa memilih sajian makanan yang lazat dan seimbang, MAGGI berganding bahu dengan Tesco untuk menganjurkan promosi istimewa untuk pengguna. Pengguna boleh membeli kombo pek berbilang mi MAGGI M2MN & telur Tesco, hanya dengan harga RM6.30, pada 29hb hingga 31hb Julai, sekali gus memudahkan mereka menyediakan sajian yang lazat dan seimbang!
Kempen MAGGI ini selaras dengan komitmen Nestlé sebagai Syarikat Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan yang terulung di dunia, untuk menjana nilai pemakanan dan menggalakkan gaya hidup lebih sihat.
[1] Barometer Makanan Rakyat Malaysia, 2014, oleh Taylor’s University
