Daerah Port Dickson Negeri Sembilan kini menjadi tumpuan seluruh negara dengan berlangsungnya satu pilihanraya kecil P132 Parlimen Port Dickson. Lebih mengujakan apabila calon yang bakal bertanding di negeri adat pepatih ini merupakan seorang bekas Perdana Menteri yang kini memimpin Pakatan Harapan iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim.
Bersempena dengan tempoh berkempen selama 14 hari yang bermula pada hari penamaan calon 29 September sehingga hari mengundi pada 13 Oktober, sebuah karnival yang bertemakan pesta rakyat akan menghiasi daerah ini. Karnival Harapan Rakyat dianjurkan oleh Pertubuhan Waris Nismilan dan NGO MyCulture akan menjadi pentas tumpuan utama PRK Port Dickson.
Dengan segala persiapan rapi dan susunan pelbagai program, pentas karnival yang terletak di sebuah bekas tapak funfair Batu 6 (berdepan kawasan perniagaan PD Gateway) pasti akan mencuri perhatian seluruh warga PD dan juga pelancong politik yang hadir ke PRK PD sepanjang tempoh berkempen.
Antara acara dan aktiviti yang telah dijadualkan termasuklah Forum Perdana, Ceramah Umum, Persembahan Konsert Rakyat, AutoShow kenderaan mewah Ferrari, Lumbogini dan Bentley, taman permainan SuperDuper untuk kanak-kanak serta pesta jualan dan pelbagai pameran.
Program pertama pada 28 September, pentas karnival akan menampilkan calon PRK Port Dickson DS Anwar Ibrahim tampil merasmikan "Karnival Harapan Rakyat" dan juga melancarkan sebuah LED Mobile Harapan bersempena malam penamaan calon. Turut akan hadir mengiringi DS Anwar pada malam tersebut ialah Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Aminuddin Harun yang juga merupakan anak kelahiran Port Dickson, Dato Seri Azmin Ali, YB Khalid Samad dan barisan pimpinan Pakatan Harapan.
Berikut adalah acara-acara yang telah pun disusun selain ceramah umum yang akan diadakan pada setiap malam;
- 28hb Sept | Jumaat | 9pm | Perasmian "Karnival Harapan Rakyat" dan Pelancaran LED Mobile Harapan Oleh DSAI
- 29hb Sept | Sabtu | 9pm | Ceramah Umum Bersempena Hari Penamaan Calon
- 30hb Sept| Ahad | 9pm | Dialog Harapan Bersama Sdr Tian Chua, YB Faiz Fadzil dan YB Siti Aisyah
- 1hb Okt | Isnin | 9pm | Ceramah Perdana Bersama YB Dr Hatta dan YB William Leong
- 1hb Okt | Isnin | 4pm | Hi-Tea Bersama Bersama DSAI, Mr Francis Xavier, YB Dr Edmund Santhara [Lokasi: Thistle Hotel Port Dickson]
- 2hb Okt | Selasa | 8.30pm | Forum Bertajuk Mendepani LBGT Bersama Pencetus Umah Amin (PU Amin)
- 3hb Okt | Rabu | 9pm | Malam Bersama YB Mat Sabu
- 4hb Okt | Khamis | 4pm Hi-Tea Dialog Veteran Tentera Bersama YB Mat Sabu
[Lokasi: Bilik Gerakan Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Bandar Sunggala]
- 4hb Okt | Khamis | 9pm | Pentas Anak Muda AMK Bersama YB Dr Afif Bahardin dan YB Hilman Idham
- 5hb Okt | Jumaat | 9pm | Forum Perdana Bersama Ustaz Dato Hassan Mahmud, Ustaz Nor Azman dan Ustaz Wanji Bakistani
- 6hb Okt | Sabtu | 2.30pm | Pertandingan Solekan & Peragaan Pakaian Tradisional
- 6hb Okt | Sabtu | 9pm | Konsert Rakyat Bersama Artis Jemputan
- 7hb Okt | Ahad | 11am | Pameran AutoShow Ferrari, Lumbogini & Bentley
- 10hb Okt | Rabu | 9pm | Forum Santapan Rohani Bersama Ust Badrul Amin dan Ust Nor Azman
- 12hb Okt | Jumaat | 9pm | Grand Finale Pilihanraya Kecil P132 Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim, Dato Husam Musa dan Pimpinan Pakatan Harapan
Orang ramai dijemput hadir membanjiri Karnival Harapan Rakyat. Pihak penganjur juga mengalu-alukan usahawan tempatan untuk mendapatkan tapak niaga yang disediakan.
Sekian
Norazizi Ab Aziz
Ketua Koordinator Program
Pengerusi NGO Waris Nismilan
