Minggu Usahawan Nasional (MUN) 2019 merupakan satu program susulan hasil daripada pelancaran Dasar Keusahawanan Nasional 2030 yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Julai 2019.
Penganjuran MUN 2019 secara julung kalinya oleh MED ini akan bermula pada 29 Ogos hingga 1 September 2019 bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor.
MUN 2019 merupakan inisiatif MED untuk mengintegrasikan pelbagai aktiviti/program keusahawanan merentasi kementerian/agensi serta pihak swasta dalam satu platform atau ekosistem yang menyeluruh. Di samping itu, penganjuran MUN 2019 ini juga akan bertindak sebagai pemangkin serta roadmap ke arah mencapai Negara Keusahawanan Unggul 2030.
Secara idealnya juga, penganjuran MUN 2019 menyokong peranan utama MED dalam memacu pembangunan keusahawanan negara. Selain itu, MUN 2019 bertindak sebagai program utama berorientasikan keusahawanan di peringkat nasional yang diselaraskan oleh MED melalui kerjasama semua pihak berkepentingan.
Event Highlight
Minggu Usahawan Nasional (MUN) 2019 bertindak sebagai platform penganjuran pelbagai program dan aktiviti berteraskan keusahawanan. Ia merangkumi aktiviti seperti pameran dan jualan produk, padanan perniagaan, sesi interaktif pocket talk, seminar perniagaan, khidmat runding dan nasihat secara langsung kepada usahawan dan jualan barangan asas.
Tumpuan utama penganjuran MUN 2019 ini adalah program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Nasional yang akan memberi fokus kepada usahawan SDSI dari seluruh negara merangkumi lima (5) kluster utama iaitu makanan dan minuman, inovasi, inap desa, kraftangan dan kesihatan serta penjagaan diri. Selain itu, penganjuran Konvensyen Usahawan Wanita sempena MUN 2019 ini secara langsung mengiktiraf peranan wanita dalam pembangunan keusahawan secara keseluruhan melalui pengisian aktiviti dan program yang bersesuaian.
Terdapat juga program lain seperti INSKEN Outreach, Jualan Harga Patut, pelbagai siri Pocket Talk oleh agensi di bawah MED seperti SME Bank dan IKM, showcase berasaskan enam (6) teras strategik Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030), Malaysia Kitchen dan Rakyat Run yang diadakan secara khusus dalam penganjuran MUN 2019
Objektif dan Matlamat
Objektif-objektif utama yang ingin dicapai di bawah penganjuran MUN 2019 adalah:
(i) Medium hebahan mengenai inisiatif Kementerian selepas pelancaran DKN 2030;
(ii) Pengkomersialan dan pembangunan industri keusahawanan sedia ada:
(iii) Menampilkan pameran, kebudayaan, juadah serta produk-produk beridentitikan usahawan Malaysia.
(iv) Meningkatkan bilangan usahawan yang berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan, berfikiran global dan kompetitif;
(v) Mempertingkatkan keupayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta koperasi; dan
(vi) Menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
Matlamat spesifik yang akan dicapai melalui pelaksanaan MUN adalah seperti berikut:
(i) Roadmap kearah mencapai Negara Keusahawanan Unggul 2030;
(ii) Pembudayaan pemikiran keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia;
Way Forward
Minggu Usahawan Nasional (MUN) 2019 bertindak sebagai penanda aras dalam pelaksanaan program merentasi penganjuran pelbagai aktiviti yang berorientasikan keusahawanan oleh kementerian/agensi atau sektor swasta. Sinergi kerjasama ini merupakan simbolik kolaborasi strategik kementerian bersama semua pihak berkepentingan dalam membangunkan ekosistem keusahawanan secara menyeluruh.
Target Group
Minggu Usahawan Nasional (MUN) 2019 memberi fokus kepada beberapa kumpulan khusus yang merangkumi pelbagai latar belakang. MUN 2019 menyasarkan penyertaan usahawan dan vendor tempatan, syarikat Goverment-Linked Companies (GLCs), kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, kerajaan-kerajaan negeri, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), institusi kewangan, institusi pengajian tinggi awam & swasta, golongan belia dan B40.
