OPPO melancarkan siri find x2 5g serba baharu, menandakan era baharu dalam prestasi, pengimejan dan sambungan
OPPO secara rasmi telah melancarkan peranti flagship premium terbaharu mereka di bawah Siri Find X2 5G. Sebagai salah sebuah telefon pintar pertama yang dikuasakan dengan platform mudah alih Qualcomm Snapdragon 865, Find X2 5G dan Find X2 Pro 5G bukan sahaja akan menyokong rangkaian 5G apabila tiba di Malaysia, tetapi juga memberikan para pengguna prestasi yang berkuasa dan pengalaman yang menakjubkan, semua di dalam satu peranti.
Visual mengagumkan dengan skrin 120Hz, 10-bit dan resolusi 3K
Telefon pintar ini menawarkan pengalaman yang lebih hebat. Ia dilengkapi dengan salah satu paparan AMOLED 6.78-inci QHD+ (1,440 x 3,168 piksel) terbaik yang ada di pasaran kini. Sistem kamera Penglihatan Ultra membolehkan anda menangkap foto dan merakam video yang tiada tandingan.
Skrin AMOLED ini merupakan skrin paling maju yang dibangunkan oleh OPPO setakat ini. Ia mempunyai kadar penyegaran 120Hz dan kadar pensampelan 240Hz untuk video ultra lancar, ketumpatan piksel 513ppi, kadar nisbah kontras 5,000,000:1 dan kecerahan maksimum 800nit. Dan yang lebih mengagumkan adalah paparannya mempunyai 10-bit warna, yang mana boleh memaparkan 1 bilion warna, untuk pengalaman visual yang dipertingkatkan. Selain itu, ia boleh meningkatkan kecerahan sehingga 1,200nit apabila menonton kandungan HDR. Peranti ini juga merupakan peranti pertama dalam pasaran yang boleh menukarkan kandungan video biasa kepada kandungan seakan HDR.
Semakin melangkaui batasan paparan, siri Find X2 5G menyokong Motion Clear- teknologi peningkatan video yang dapat meningkatkan kadar bingkai video yang berada di bawah 30fps hingga 60fps atau 120fps. Ini membolehkan masa skrin cair apabila menonton video yang bergerak pantas.
Pengimejan menakjubkan dengan sistem kamera berkuasa
Melengkapkan panel paparan luar biasa pada Find X2 Pro 5G ini adalah Sistem Kamera Penglihatan Ultra tiga kamera oleh OPPO yang paling berkuasa yang telah menerima tempat pertama dalam penarafan DXOMark. Sistem ini adalah yang pertama menyokong All Pixel omni-directional PDAF (fasa mengesan auto fokus) dengan keupayaan menangkap imej 12-bit pada peranti mudah alih. Teknologi All Pixel omni-directional PDAF ini membolehkan auto fokus sepantas kilat dengan 97 peratus kadar kejayaan, manakala tangkapan imej 12-bit memastikan perincian maksimum dapat ditangkap.
Kamera utamanya adalah kamera 48MP yang dikuasakan oleh sensor Sony IMX689 yang disesuaikan. Sebagai tambahan, terdapat kamera sudut ultra lebar 48MP yang didasarkan pada sensor Sony IMX586 dan kamera telefoto periskop 13MP yang menyokong kedua-dua penstabilan optik dan elektronik. Apabila bekerja bersama-sama, Find X2 Pro mempunyai 10x zum hibrid dan zum digital sehingga 60x. Untuk tangkapan sudut lebar, para pengguna mempunyai sudut maksimum 120 darjah untuk menyusun tangkapan mereka.
Bagi Find X2 5G, ia dilengkapi dengan sistem tiga kamera yang dikemudikan oleh kamera utama 48MP. Tangkapan sudut lebar dilakukan oleh kamera sudut lebar 12MP. Selain itu, terdapat juga kamera telefoto periskop 13MP yang membolehkan para pengguna untuk menangkap sehingga 5x zum hibrid an 20x zum digital.
Satu lagi aspek fotografi yang membuatkan siri Find X2 5G ini menonjol adalah pada fotografi cahaya rendah. OPPO telah mengemas kini algoritma kamera cahaya rendahnya dan memperkenalkan Mod Malam Ultra 3.0, yang mana didatangkan bersama Mod Gelap Ultra yang baharu. Pada mod ini, fotografi bercahaya rendah bukan lagi suatu cabaran.
Bagi pencipta kandungan yang lebih menggemari rakaman video, telefon pintar ini mempunyai Video Ultra Stabil 2.0 dan rakaman video 10-bit Live HDR. Selain itu, terdapat sistem rakaman audio 3-mic yang bukan sahaja mengimbangi bunyi bising tetapi juga menangkap audio spatial 3D.
Bagi para penggemar swafoto pula, pastinya akan kagum dengan kamera pandangan hadapan 32MP yang dikuasakan oleh AI untuk swafoto yang sangat mengagumkan.

Kepantasan yang tiada tandingan
Sebagai tambahan kepada kelajuan 5G, telefon pintar ini dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 65W, yang membolehkan para pengguna mengecas sepenuhnya bateri dalam masa hanya 38 minit. Untuk memastikan penggunaan yang selamat sepanjang proses pengecasan, terdapat lima tahap perlindungan yang dimasukkan ke dalam penyesuai kuasa, wayar dan peranti itu sendiri. Terdapat cip pemantauan keselamatan bateri yang direka khas dalam telefon pintar yang memantau status bateri ketika pengecasan dan mengesan hayat bateri dalam masa nyata. Haba diuruskan melalui papan haba VC dan tiga lapisan penutup grafit. Find X2 5G mempunyai kapasiti bateri 4,200mAh, manakala Find X2 Pro 5G mempunyai kapasiti bateri 4,260mAh.
Siri Find X2 juga menawarkan prestasi yang sangat pantas. Telefon pintar ini adalah peranti pertama yang dikuasakan oleh platform mudah alih Qualcomm Snapdragon 865 dan sistem modem-RF X55 5G, yang menyokong kelajuan multi-gigabait sehingga 7.5Gbps. Platform mudah alih berkuasa ini juga bekerja bersama-sama LPDDR5 RAM dan storan UFS 3.0. LPPDDR5 RAM menyokong kadar pemindahan data sehingga 5,500Mb/s, manakala storan UFS 3.0 menawarkan kelajuan baca dan tulis berturut masing-masing sehingga 2,100Mb/s dan 410Mb/s.
Dari segi keupayaan permainan, Snapdragon 865 dilengkapi dengan GPU Adreno 650 baharu, yang didatangkan bersama-sama ciri-ciri Qualcomm Snapdragon Elite Gaming yang dengan mudah dapat menyokong sebarang permainan mudah alih, dengan prestasi seperti menggunakan komputer.
Melangkaui ciri-ciri biasa
Siri Find X2 5G tersedia dalam dua edisi – varian hitam yang menggunakan seramik dan varian oren yang menggabungkan kulit vegan. Varian seramik dibuat dengan menggunakan proses micron-etching, yang menghasilkan kemasan yang licin bak sutera dan mempunyai ciri-ciri anti gelincir. Versi kulit vegan dibuat dengan menggunakan bahan PU mesra alam yang menawarkan kemasan lembut dan halus. Dari segi perlindungan terhadap sebarang unsur, tidak perlu risau dengan tumpahan kecil kerana OPPO Find X2 Pro 5G mempunyai penarafan IP68, manakala OPPO Find X2 5G mempunyai penarafan IP54.
Untuk memastikan keupayaan penuh telefon pintar ini dapat dicapai, kedua-dua peranti ini menggunakan ColorOS 7.1 oleh OPPO, berdasarkan kepada OS Android 10. Dibangunkan dengan matlamat untuk membuat navigasi melalui telefon seintuitif yang mungkin, OPPO memberikan tumpuan kepada nilai estetika. ColorOS 7.1 menawarkan kontras yang dikurangkan untuk keselesaan mata yang lebih baik, menyeragamkan rupa dan nuansa lebih daripada 200 ikon aplikasi pihak ketiga dan memasukkan mod gelap yang baharu. Produktivitinya juga adalah baik kerana aplikasi terbina dalam membolehkan para pengguna untuk membuat panggilan telefon, menjadualkan mesyuarat, mencetak dokumen secara nirwayar dan banyak lagi.
Tarikan pra-pesanan
OPPO Find X2 5G boleh didapati dengan harga RM3,999 manakala OPPO Find X2 5G Pro berharga RM4,599. Para pelanggan boleh mula membuat tempahan pra-pesanan untuk kedua-dua peranti tersebut di semua Kedai Konsep OPPO, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO atau secara atas talian di Laman Sesawang Rasmi OPPO, rakan e-dagang; rakan telekomunikasi Celcom, Maxis, Digi dan rakan kedai rangkaian OPPO iaitu Sen Heng, senQ, DirectD dan juga Aeon Credit.
Akan ada promosi pra-pesanan bagi kedua-dua peranti tersebut. Tawaran ini akan berjalan dari 6 Mac 2020 sehingga 13 Mac 2020 untuk OPPO Find X2 5G, manakala promosi pra-pesanan bagi OPPO Find X2 Pro 5G akan berjalan dari 6 Mac 2020 sehingga 20 Mac 2020. Para pelanggan yang membuat pra-pesanan dalam tempoh masa promosi akan menerima powerbank VOOC Flash Charge bernilai RM229 dan lanjutan jaminan selama 1 tahun dengan perlindungan skrin 3 bulan bernilai RM299 dengan nilai keseluruhan hadiah percuma bernilai RM528. Hadiah promosi ini boleh ditebus di semua kedai OPPO di Malaysia.
Akan ada juga tambahan hadiah roadshow yang akan berjalan bersama-sama promosi pra-pesanan. Hanya tersedia di roadshow Pavilion pada 14 Mac 2020 untuk Find X2 5G versi biasa dan 21 Mac 2020 untuk versi Find X2 Pro 5G, 300 orang pelanggan pertama yang mengambil telefon mereka akan menerima satu set Enco Free true wireless earphone bernilai RM499 secara percuma untuk kedua-dua tarikh tersebut. Ini menjadikan hadiah percuma secara keseluruhan bernilai RM1,027 dengan pembelian Siri Find X2.
Bagi pembelian pra-pesanan di luar Lembah Klang, para pelanggan juga akan dapat menerima hadiah pra-pesanan dan roadshow pada 14 dan 21 Mac masing-masing bagi Find X2 5G dan Find X2 Pro 5G. Para pelanggan perlu membuat pra-pesanan di Experience Store OPPO yang terpilih dan mengambilnya di kedai tersebut bagi membolehkan penebusan hadiah percuma bernilai RM1,027. Jika tidak, mereka hanya layak untuk mendapatkan hadiah promosi pra-pesanan.

