Langkah berjaga-jaga yang dilaksanakan berikutan COVID-19
Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), McDonald’s Malaysia telah memastikan pematuhan tahap keselamatan dan kebersihan makanan yang tinggi di restoran-restoran, perkhidmatan Pandu-Lalu dan juga melalui perkhidmatan McDelivery. Prosedur Operasi Standard (SOP) harian yang dilaksanakan adalah termasuk:
- Semua warga kerja termasuk penghantar makanan bagi perkhidmatan McDelivery harus menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memulakan tugas. Sekiranya mereka didapati tidak sihat dan bergejala, mereka tidak akan dibenarkan bekerja.
- Semua warga kerja diwajibkan memakai topeng muka dan sarung tangan pada setiap masa. Ini termasuk kru kaunter hadapan, dapur dan yang ditugaskan untuk melakukan pemeriksaan suhu badan pelanggan dan penghantar makanan sebelum mereka memasuki restoran.
- Setiap hari, pemeriksaan suhu badan kru akan dijalankan secara kerap dan seterusnya rekod pemeriksaan akan disimpan.
- Semua tetamu dan penghantar makanan juga perlu melakukan sanitasi tangan mereka sebelum memasuki restoran.
- Mengamalkan penjarakan sosial, di mana setiap tempat menunggu di restoran ditandakan dengan pita merah bagi memastikan tetamu dan penghantar makanan berdiri sekurang-kurangnya 1 meter antara satu sama lain.
- Bagi penghantar makanan, seorang anggota kru akan ditugaskan untuk melakukan sanitasi dan membersihkan beg penghantaran setiap penghantar makanan sebelum makanan dimasukkan ke dalam beg masing-masing.
- Selepas restoran ditutup, setiap restoran akan menugaskan seorang pengurus dan 4 kru untuk menjalankan pembersihan dan sanitasi secara terperinci di setiap ruang restoran. Ini meliputi ruang dapur, laluan Pandu-Lalu, ruang makan dan ruang penyimpanan. Pembersihan menyeluruh turut dilakukan di semua kaunter hadapan, Point of Sale (POS) serta peranti pembayaran nirtunai.
- Menggalakkan pelanggan menggunakan pembayaran nirtunai untuk mengurangkan sentuhan fizikal antara warga kerja dan orang ramai.
Bulan lalu, McDonald’s Malaysia juga telah melancarkan sistem bayaran nirtunai dan tanpa sentuh untuk perkhidmatan McDelivery bagi memastikan keselamatan pelanggan dan penghantar makanan. Antara prosedur-prosedur McDelivery yang di laksanakan adalah:
- Beg yang dibawa pulang ditutup rapi, manakala bacaan suhu badan penghantar makanan dan kru ditampal pada beg.
- Penghantar makanan akan menghubungi pelanggan sebaik sahaja mereka tiba di lokasi penghantaran.
- Penghantar makanan akan meletakkan makanan di tempat selamat yang telah dipersetujui.
- Penghantar makanan akan berdiri sekurang-kurangnya satu meter dari pelanggan untuk meminimumkan sentuhan dengan pelanggan.
- Hanya bayaran nirtunai diterima untuk pesanan melalui perkhidmatan McDelivery.
Kru restoran di semua restoran McDonald’s telah mematuhi semua langkah-langkah kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan ini supaya pelanggan dapat menikmati makanan kegemaran mereka tanpa sebarang kerisauan.
Sama-samalah kita menjaga keselamatan diri dan kekal positif sentiasa.

