Teknologi bukan sahaja telah menrevolusikan gaya hidup kita, malah ia memperluaskan cara kita melabur. Kemunculan teknologi kewangan (fintech) memberi pelabur satu kemudahan inovatif untuk menguruskan kekayaan mereka melalui aplikasi mudah alih atau berasaskan web.
Bagi pelabur yang ingin mempelbagaikan pelaburan mereka, Wahed Invest (Wahed) telah memperkenalkan portfolio emas untuk memenuhi kehendak strategi pelaburan sebegini. Ia merupakan portfolio pelaburan ketujuh daripada Wahed selain daripada enam jenis portfolio sebelum ini.
Portfolio terbaru ini membolehkan anda melabur dalam emas tanpa memegangnya melalui aplikasi (app) khas Wahed. Ia melaburkan 97.5% daripada dana anda ke dalam Exchange Traded Fund (ETF) Emas yang bernama Tradeplus Shariah Gold Tracker.
Wahed yang ditubuhkan pada tahun 2015 dan beribu pejabat di New York adalah syarikat teknologi kewangan Islam pertama di dunia yang berikrar menyediakan produk pelaburan patuh Syariah secara jujur, telus dan mudah diakses.
Portfolio emas tersebut membuka peluang pelaburan kepada pelabur Wahed yang sedia ada dan baru untuk menerokai potensi menjana pendapatan pasif demi masa depan yang lebih terjamin.
Mengapa melabur dalam emas?
Seperti apa yang selalu diingatkan oleh pakar pelaburan, mempelbagaikan pelaburan dalam pelbagai kelas aset dan sektor-sektor yang berbeza akan mengurangkan risiko pelaburan anda. Ya, Wahed membawa berita baik kepada anda kerana anda hanya memerlukan modal kecil serendah RM100 untuk melabur dalam Tradeplus Shariah Gold Tracker.
Pelaburan emas juga dilihat sebagai pilihan yang bijak untuk memperkasakan strategi pelaburan jangka panjang anda berdasarkan prestasi pulangannya yang lebih meyakinkan. Memetik laporan World Gold Council oleh Bloomberg pada 3 April 2020, purata pulangan tahunan dalam USD/ oz sehingga 31 Mac 2020 menunjukkan prestasi harga emas seperti berikut:

Mengikut kajian Oxford Economics, kadar kenaikkan harga emas yang boleh dianggarkan adalah 9.61 % yang dikompaun dalam tempoh 5 tahun, biarpun ia dipengaruhi pelbagai faktor termasuk bekalan dan permintaan, situasi ekonomi semasa, polisi kewangan, pergerakan mata wang dan inflasi.
Sepanjang sejarah, emas telah dilihat sebagai komoditi yang istimewa dan berharga di mana ia merupakan aset lindung nilai terhadap inflasi dan deflasi, di samping menjadi portfolio kepelbagaian pelaburan yang baik. Sebagai simpanan nilai global, emas juga dapat memberikan perlindungan kewangan semasa ketidakpastian geopolitik dan makroekonomi.
Mengapa memilih Wahed?
ETF patuh syariah tersebut mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di bawah pengelolaan Affin Hwang Asset Management Berhad. Dana ini juga diawasi penasihat syariah rasmi iaitu Amanie Advisors Sdn Bhd yang dianggotai beberapa tokoh kewangan Islam terkemuka seperti Datuk Dr Mohd Daud Bakar, Dr Mohammed Ali Elgari, Dr Muhammad Amin Ali Qattan dan Dr Osama Al Dereai.
Sebagai Pengurus Pelaburan Digital Islamik pertama yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Wahed juga mempunyai panel penasihat syariah tersendiri yang dianggotai pakar kewangan Islam seperti Dr. Aznan Hasan, Shaikh Muhammad Ahmad Sultan dan Mufti Faraz Adam Hanif.
Panel-panel penasihat syariah tersebut memastikan bahawa pelaburan anda di dalam portfolio emas Wahed ini mematuhi prinsip-prinsip Syariah sepanjang masa. Pelaburan halal Wahed tidak terlibat dalam pelaburan institusi riba, hutang berlebihan (excess debt), tembakau, alkohol, senjata, perjudian, bahan makanan tidak suci dan hiburan dewasa.
Wahed turut memudahkan pelaburan anda dengan fleksibiti tertentu seperti membuat pengeluaran atau deposit (kecairan) pada bila-bila masa (tanpa tempoh ‘lock-in’), peluang mengakses pelbagai portfolio dengan pelaburan serendah RM100 (kebermampuan melabur) di samping menikmati pengurusan professional dan pentadbiran yang mudah dengan yuran perkhidmatan yang jauh lebih murah daripada purata industri.
Platform digital Wahed membolehkan pelabur baru membuka akaun dalam masa beberapa minit sahaja. Tambahan pula, prestasi portfolio pelaburan anda boleh dipantau sepanjang masa melalui semua peranti pintar.
Sudah bersedia menerokai potensi pelaburan emas?

Untuk melabur dalam Portfolio Emas Wahed, muat turun aplikasi Wahed di https://wahedinvest.com/get-started/ dan dapatkan bonus permulaan sebanyak RM20 dengan menggunakan kod tertera.
