Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
McDONALD’S Malaysia tampil sebagai ‘Champion’ Hari Derma Darah, raih sambutan lepasi 500 penyumbang!
Diterbitkan:  Aug 18, 2020 11:56 AM
Dikemaskini: 3:57 AM

McDonald’s Malaysia dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) telah menganjurkan kempen derma darah selaras saranan Hari Derma Darah. Kempen ini telah dianjurkan selama dua hari iaitu pada 13 dan 14 Ogos 2020 di Tingkat 12, Bangunan TH Uptown 3, Damansara Utama, Selangor.

Lebih membanggakan lagi, kempen derma darah ini telah melebihi sasaran jumlah penderma iaitu lebih 500 individu dalam masa dua hari berbanding tahun sebelum ini. Kerjasama antara McDonald’s dan PDN ini perlu dijadikan sebagai contoh kepada agensi atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang lain dalam membantu masyarakat di luar sana.

Melebihi Sasaran Penyumbang

Seperti diketahui, saban hari bekalan darah semakin berkurangan ditambah pula dengan situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Keadaan begini secara tidak langsung telah mengekang masyarakat keluar untuk menderma darah bagi membantu keperluan orang lain. Jadi, McDonald’s Malaysia tampil sebagai ‘champion’ dalam menghulurkan tangan di samping mengamalkan (SOP) seiring saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti menjaga jarak sosial, memakai pelitup muka, dan sentiasa sanitasikan tangan penderma dan staf bertugas.

Naib Presiden Sumber Manusia McDonald’s Malaysia iaitu En Azhar Darbi berkata “Alhamdulillah, sambutan mengalakkan walaupun berdepan pandemik Covid-19. Mungkin masyarakat sudah mengetahui kempen ini disebabkan kita pernah menganjurkan secara berterusan setiap tahun. Tahun ini tertangguh jangka masa sedikit disebabkan PKP. Semalam iaitu 13 Ogos kita dapat seramai 292 penderma, sebuah pencapaian yang baik. InshaAllah, kita target lebih 400 penderma dalam masa dua hari. Pasukan PDN pun memberi komitmen yang tinggi dan sangat positif untuk menjayakan program ini”.

Suka untuk dimaklumkan kepada umum, penderma darah yang terlibat dalam kempen Hari Derma Darah ini telah melebih sasaran diletakkan lebih 500 orang kesemuanya.

Staf KKM, McDonald’s Komited

Sementara itu, Pakar Patologi (Hematologi) dari PDN iaitu Dr. Tun Maizura Mohd Fathullah menyambut baik inisiatif Hari Derma Darah oleh McDonald’s Malaysia ini. Beliau turut berterima kasih kepada McDonald’s Malaysia kerana menjadi penganjur tetap dan membantu KKM pada setiap tahun. Seramai 80 staf PDN yang terlibat dan bertugas pada acara tersebut dan lebih 30 buah katil diperlukan sebagai persediaan kepada penderma yang hadirkan diri.

Respon yang baik telah di terima dari penderma darah di mana rata-rata telah menderma di tiga pusat pendermaan darah statik iaitu Jalan Tun Razak, Midvalley dan Puspanitapuri. Kehadiran penderma juga amat memberansangkan di kempen-kempen derma darah bergerak yang telah dilakukan pada hujung minggu. Alhamdulillah, bekalan yang mencukupi dapat dibekalkan kepada para pesakit yang memerlukan,” katanya.

Ada program kebajikan lain bersama Zakat Negeri

Sementara itu, En Azhar juga berbangga hati berkongsi program-program lain yang pernah dilakukan McDonald’s Malaysia sebagai program kebajikan membantu golongan kurang bernasib baik seperti anak-anak asnaf di seluruh Malaysia. McDonald’s Malaysia membuka peluang pekerjaan kepada golongan kurang bernasib baik ini untuk memberi rezeki dan masa depan yang cerah buat mereka.

Kita bekerjasama dengan Pejabat Zakat Negeri untuk mengambil anak-anak asnaf untuk menjalani program selama dua tahun dibawah Sijil Kemahiran Malaysia dalam penyediaan makanan dan barista. Semuanya ditanggung untuk kita bantu mereka keluar daripada kitaran kemiskinan. Ini akan menjadi inspirasi kepada keluarga asnaf untuk berdikari sendiri.”

Bukan itu sahaja, setiap tahun McDonald’s Malaysia turut memberi bantuan persekolahan kepada pelajar kurang bernasib baik berbentuk barangan keperluan persekolahan.

Kerjasama baik dari Pusat Darah Negara

McDonald’s Malaysia juga berterima kasih kepada semua yang hadir dan menyambut baik kempen derma darah ini dan berharap hubungan kerjasama dengan PDN akan berterusan dari masa ke semasa bagi membantu pesakit yang memerlukan darah.

Kita akan teruskan program di ibu pejabat ini dan kami merancang dan berhasrat untuk berkerjasama dengan PDN sehingga ke peringkat nasional,” kata En Azhar.

Sebagai tanda sokongan dan penghargaan, pihak McDonald’s Malaysia telah memberi baucer tunai McDonald’s beserta set hidangan McChicken dan Sundae Cone kepada penderma darah yang hadir di acara tersebut.

Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, marilah kita bersama-sama memastikan bekalan darah di Malaysia sentiasa mencukupi bagi kegunaan pesakit yang memerlukan, dan marilah kita menguar-uarkan perkara ini dan sentiasa menyokong Kempen Derma Darah yang dianjurkan mana-mana badan kerajaan atau NGO di negara kita.  


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS