Selangor lancarkan ‘PRODUTK’ untuk meningkatkan kualiti pengurusan kerja secara digitalisasi
Invest Selangor mengumumkan pelancaran “Program Digitalisasi Urus Tadbir Tenaga Kerja” PRODUTK, yang merupakan inisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu Syarikat Industri Kecil dan Sederhana dalam mengurus perniagaan dan bertindak pantas seiring dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi dan sistem yang lebih pintar.

PRODUTK
PRODUTK adalah program digitalisasi tenaga kerja yang dibangunkan untuk merekodkan kehadiran dan pemantauan GPS melalui Web dan Aplikasi, jadual kerja, laporan suhu dan analisis data untuk memacukan perkhidmatan dan melakukan unjuran yang lebih tepat. Pembangunan sistem, aplikasi dan perkhidmatan seperti ini dapat membuka peluang kepada usahawan untuk menghasilkan model bisnes yang lebih terancang.Pelancaran PRODUTK juga sejajar dengan aspirasi negara untuk transformasi digital.
Kerajaan Negeri juga sedia maklum dan menyedari perlunya transformasi digital progresif di Selangor untuk semua aspek perniagaan, termasuk operasi dan pentadbiran untuk menghasilkan pengurusan perniagaan yang lebih maju dan berteknologi dalam industri masing-masing. Melalui program ini, syarikat dapat melanggan program digitalisasi tenaga kerja yang komprehensif di mana sebahagian daripada perbelanjaan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor dan berharap agar langganan program ini membolehkan syarikat beroperasi dengan lebih produktif, sehingga mempercepat pemulihan ekonomi negeri. Dua vendor yang telah dipilih untuk menawarkan sistem mereka kepada Syarikat IKS Selangor ialah KiplePay dan Timetec.

KELAYAKAN UNTUK MENDAFTAR PPROGRAM
Untuk melayakkan perusahaan menyertai
program ini, Syarikat IKS Selangor perlu memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
Majoriti pemegang hak milik perniagaan adalah warganegara Malaysia.
Syarikat IKS yang memiliki kakitangan tidak melebihi daripada 200 orang dalam sektor pembuatan atau tidak melebihi daripada 75 orang kakitangan bagi sektor perkhidmatan.
Alamat Ibu Pejabat di Selangor.

PENDAFTARAN TERBUKA KEPADA SEMUA SYARIKAT IKS SELANGOR SECARA PERCUMA SEHINGGA 31 DISEMBER 2020
Pendaftaran boleh dibuat antara 1 Oktober hingga 31 Disember 2020 untuk menikmati langganan Program Digitalisasi Tenaga Kerja percuma selama tiga bulan. Daftar sekarang di http://investselangor.my/PRODUTK
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PRODUTK, lawati http://investselangor.my/PRODUTK

