Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
Terokai potensi KWSP i-Invest untuk meningkatkan simpanan KWSP anda dalam talian
Diterbitkan:  Nov 12, 2020 11:20 AM
Dikemaskini: Nov 13, 2020 2:05 AM

Persekitaran kadar faedah yang rendah membawa kita kepada persoalan asas tentang portfolio pelaburan dan perancangan simpanan persaraan kita, iaitu bagaimana kita dapat meningkatkan dana persaraan kita?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menunjukkan prestasi yang baik selama ini dan kebanyakan kita memang selesa dengan pulangan pelaburannya tanpa mengambil apa-apa inisiatif tambahan. Namun, tahukah anda, sebenarnya anda boleh memaksimumkan potensi simpanan KWSP dengan mempelbagaikan pelaburan anda? KWSP i-Invest yang dilancarkan Ogos tahun lalu membolehkan anda mempelbagaikan sebahagian simpanan KWSP untuk pelaburan melalui dana unit amanah yang diluluskan. Anda juga mempunyai lebih banyak kawalan mempelbagaikan pelaburan berdasarkan selera risiko anda - agresif, sederhana atau konservatif; pasaran tempatan atau luar negara.

Anda boleh mempelbagaikan pelaburan anda melalui KWSP i-Invest. Berikut adalah beberapa perkara asas yang perlu anda ketahui mengenai KWSP i-Invest:

Kelayakan

  • Rakyat Malaysia, pemastautin tetap (PR) ataupun ahli KWSP bukan warganegara Malaysia yang didaftarkan sebagai ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998;
  • Mempunyai simpanan yang mencukupi di KWSP;
  • Berumur 55 tahun di bawah - boleh melaburkan sehingga 30% daripada jumlah simpanan melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1;
  • Berumur 55 tahun ke atas - boleh melaburkan sejumlah wang tertentu daripada Akaun 55 atau Akaun Emas, selagi anda mempunyai baki minimum RM1,000 sebulan dalam akaun tersebut.

** Simpanan Asas adalah jumlah prasyarat yang ditetapkan mengikut umur dalam Akaun 1 untuk memastikan ahli mencapai simpanan minimum sebanyak RM240,000 apabila mereka mencapai usia 55 tahun. Pelaksanaan Simpanan Asas adalah untuk memastikan bahawa ahli mempunyai simpanan yang mencukupi dengan jumlah minimum RM1,000 sebulan semasa mereka bersara untuk menampung keperluan persaraan asas mereka selama 20 tahun dari usia 55 hingga 75 tahun, selaras dengan jangkaan purata hayat rakyat Malaysia.

Cara melabur

Anda boleh melabur melalui ejen Institusi Pengurusan Dana (FMI) yang dilantik oleh KWSP, atau melalui platform KWSP i-Invest, atau kedua-duanya.

Untuk menggunakan i-Akaun, pengguna kali pertama mesti mendaftar dan mempunyai nombor telefon bimbit yang dihubungkan ke akaun tersebut untuk menerima kod kebenaran transaksi (TAC). Pengguna kali pertama boleh klik di sini untuk maklumat lanjut.

Melabur dengan 4 langkah mudah:

1. Log masuk ke i-Akaun KWSP.

2. Pilih "Pelaburan" daripada bar menu.

3. Pada skrin pembelian, pilih dana pilihan anda.

4. Pilih FMI pilihan anda dan lengkapkan transaksi dari amaun RM1,000.

Dana mana untuk dilabur?

Principal Asset Management Berhad (Principal) adalah pengurus dana yang teguh dengan pengalaman melebihi 25 tahun dalam membantu rakyat Malaysia melabur. Principal menawarkan lebih daripada 30 dana yang diluluskan oleh KWSP.

Pilihan anda boleh berdasarkan pelbagai faktor berikut:

  • Dana konvensional dan patuh Syariah;
  • Sektor geografi yang berbeza untuk menepati pilihan anda;
  • Pelbagai peruntukan aset untuk memenuhi matlamat kewangan anda - ekuiti, bon, aset campuran, pasaran wang, dan lain-lain;
  • Dana-dana yang mendapat pelbagai anugerah dan pengiktirafan.

Dana mana yang sesuai untuk anda bergantung kepada selera risiko anda, dan berapa jauh anda dari persaraan anda.

Kuiz ringkas ini boleh membantu anda menentukan profil pelabur anda.

Berikut adalah dana-dana yang disyorkan oleh pakar pelaburan Principal:

Nota: Prestasi dana yang lalu tidak boleh dianggap sebagai petunjuk prestasi masa hadapan.

Pulangan pelaburan melalui KWSP i-Invest tidak terjamin, jadi anda turut dinasihatkan melakukan tinjauan sendiri untuk memilih dana yang dianggap berprestasi. Gunakan Fund Selector (di bawah Fund Tools) untuk menganalisa dan membuat pembandingan maklumat mengenai mana-mana dana unit amanah yang diluluskan.

Yuran Perkhidmatan

Yuran perkhidmatan tertentu akan dikenakan untuk melabur melalui KWSP i-Invest:

  • Yuran pendahuluan / caj jualan: Antara 0% dan 0.5% daripada amaun transaksi. (sah sehingga 30 April 2021, anda boleh menikmati pengurangan caj perkhidmatan dengan caj jualan 0% bagi pelaburan melalui KWSP i-Invest.
  • Yuran pengurusan: Kebiasaannya sehingga 1.80% setahun yang telah dimasukkan semasa pembelian dana anda.
  • Yuran pertukaran: Tiada, sah sehingga 30 April 2021.
  • Yuran penebusan: Berbeza mengikut dana.

Untuk melihat yuran FMI yang terlibat, sila log masuk ke i-Akaun KWSP → klik "Pelaburan" → "Transaksi" → "Caj".

Rancang persaraan anda dengan lebih bijak dan terkawal

Luaskan kawalan ke atas simpanan persaraan anda dengan mempelbagaikan sebahagian simpanan KWSP anda melalui Principal hari ini.

Nikmati ganjaran istimewa daripada Principal bagi pelaburan yang dibuat dari sekarang hingga 31 Disember 2020. Dapatkan ganjaran dalam bentuk PIN tambah nilai Touch 'n Go e-Wallet sebanyak RM50 apabila anda deposit dari minimum RM2,000.

Ketahu Lanjut tentang promosi untuk pelabur baru: Klik sini

Sempena promosi 11.11 dalam talian, anda boleh menikmati PIN tambah nilai Touch 'n Go e-Wallet bernilai sehingga 0.58% apabila anda melabur dalam Dana Principal melalui KWSP i-Invest pada 11 November dan 12 Disember 2020. Promosi ini terbuka kepada semua pelanggan KWSP i-Invest Principal.

Klik sini untuk maklumat promosi Lanjut.

Mula melabur dan dapatkan ganjaran anda sekarang!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS