DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan vida Vitamin C - minuman sparkling baharu yang mengandungi 1000mg vitamin C serta secara rasminya memperkenalkan Hannah Delisha sebagai duta jenama vida C. Pelantikan Hannah Delisha menandakan vida C sebagai minuman Vitamin C sparkling sedia untuk diminum pertama di Malaysia, yang menepati kehendak para pengguna dan usaha mereka untuk terus memperkenalkan inovasi minuman Jepun yang berevolusi ke pasaran Malaysia. #vidaC #vidaVitaminC #vidaMalaysia.
vida C melantik Hannah Delisha sebagai duta jenama
Sebagai pengeluar minuman terkemuka dan inovatif di pasaran, DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd mengambil langkah yang memberi kelebihan kepada mereka memandangkan terdapatnya minat yang mendalam oleh orang ramai terhadap kesihatan imun, dengan memperkenal minuman baharu - vida Vitamin C yang mengandungi 1000mg vitamin C; yang bakal memenuhi peningkatan permintaan di kalangan pengguna berikutan pandemik ini.
vida Vitamin C serba baharu ini adalah peluasan kepada jenama minuman sparkling vida yang diformulasikan menggunakan R&D dan kepakaran negara Jepun yang maju. Dengan kandungan 1000mg Vitamin C dalam setiap tin, vida Vitamin C adalah minuman Vitamin C sparkling sedia untuk diminum pertama di Malaysia. Selain mendapat pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), minuman sparkling vida Vitamin C juga mendapat penganugerahan Healthier Choice Malaysia and Singapore kerana kandungan gula yang rendah dan untuk mengandungi dos Vitamin C harian yang disyorkan.
Sistem imun tubuh sangat penting untuk kelangsungan hidup kita dan tanpa sistem imun yang kuat, tubuh kita akan terbuka untuk mendapat serangan bakteria, virus, parasit, dan banyak lagi. Cara yang berkesan untuk meningkatkan daya tahan tubuh adalah dengan pengambilan Vitamin C secara berkala kerana ia adalah komponen pemakanan penting yang terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan dan melindungi tubuh daripada jangkitan. Diktiraf di peringkat antarabangsa sebagai ‘Your Immunity Shield’, minuman sparkling vida Vitamin C diperkaya dengan 1000mg Vitamin C dan tawaran utamanya adalah untuk menjawab keperluan kepada minuman Vitamin C dalam format sedia untuk diminum yang penuh dengan nutrien dan manfaat kesihatan yang penting untuk kesihatan dan kesejahteraan badan kita semasa pandemik ini.

Minuman sparkling vida Vitamin C ini sesuai untuk semua peringkat umur terutamanya bagi golongan pengguna yang selalu sibuk dan menjalani gaya hidup yang aktif serta senantiasa mencari minuman kesihatan berasaskan Vitamin C yang tidak renyah. Diperkaya dengan 1000mg Vitamin C, minuman sparkling vida Vitamin C adalah pilihan yang tepat semasa pandemik ini kerana ia menguatkan sistem imun, mengurangkan risiko penyakit jantung dan mencegah kekurangan zat besi di dalam badan kita serta mencerah dan menyerikan kulit kerana manfaat antioksidan. Dengan minuman sparkling vida Vitamin C pengambilan Vitamin C harian yang disyorkan menjadi lebih mudah.
Minuman sparkling vida Vitamin C didatangkan dalam dua perisa menyegarkan iaitu vida Vitamin C Lemon Sparkling dan vida Vitamin C Orange Sparkling dengan khasiat dan vitamin dari 18 lemon dan 19 oren masing-masing. Setiap perisa memenuhi pengambilan Vitamin C yang disyorkan dalam saiz tin 325ml. Kedua-dua perisa ini boleh didapati oleh pengguna secara eksklusif di kedai serbaneka 7-11, petrolmart dan boleh dibeli melalui pembelian atas talian.
Pelantikan Hannah Delisha sebagai duta jenama minuman sparkling vida Vitamin C amat tepat kerana beliau melambangkan maksud sebenar vida C sebagai sebuah jenama - sparkling, cantik, berpewatakkan anggun dan sentiasa ceria. Hannah Delisha menjadi idola dan ikutan kepada 2.6 juta pengikutnya di laman Instagram dan telah membuktikan dirinya sebagai pelakon muda yang berpengaruh serta berjaya menempatkan namanya menjadi barisan utama di dalam industri filem dan drama tempatan.
Mengenai Dydo Drinco Malaysia Sdn Bhd
Dydo Drinco, INC (DyDo), pengeluar minuman bebas alkohol yang terkemuka di Jepun dan berhasrat untuk mengubah landskap perniagaan minuman di Malaysia. Semua minuman Dydo diperakui halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan telah melalui kriteria penyelidikan yang berkualiti tinggi menggunakan teknologi canggih farmasi kumpulan Dydo iaitu DAIDO Pharmaceuticals Corporation (DAIDO Pharmaceuticals). DAIDO Pharmaceuticals mampu menghasilkan produk terkini seperti suplemen kecantikan dan minuman antioksidan untuk memenuhi trend semasa.
Senarai produk di bawah Dydo Drinco Malaysia:
BeFine
Yobick
Vida & Vida C
Laman sesawang DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd: www.dydo.com.my
Laman sesawang DyDo Jepun: www.dydo-ghd.co.jp
Laman Facebook dan Instagram rasmi Befine: https://www.facebook.com/vidamalaysia / @vidamalaysia
