Pembangunan perumahan pangsapuri berintergrasi yang berkonsepkan pusat peranginan adalah antara konsep moden yang baru diperkenalkan di Daerah Klang – Bandar yang giat membangun, dengan kerancakkan aktiviti sosio-ekonomi masyarakat setempat.

Dengan mengarapkan konsep kediaman dan peranginan dalam kehidupan seharian adalah antara usaha pemaju untuk mengadaptasi keperluan kehidupan masyarakat masa kini yang impikan ketenangan, keselesaan sambil melakar kebahagiaan melalui konsep perumahan.

Terletak di Bukit Tinggi, Klang; Trio by Setia merupakan pangsapuri perkhidmatan (service apartment) berstatus hak milikan kekal yang dibangunkan di kawasan strategik yang turut dilengkapi pelbagai kemudahan awam berdekatan pembangunan Trio; seperti kemudahan pengangkutan aliran transit tingan (LRT3), sekolah, hospital, pasar raya, bank, hotel, pusat pentadbiran kerajaan dan pelbagai kemudahan lain.

Dibangunkan diatas tanah seluas 5.4 ekar, kawasan perumahan berintergrasi ini juga akan dibangunkan bersama pembangunan komersial fasa ke-2 iaitu sejumlah 32 unit-unit kedai serbaguna dan runcit, ruang F&B dan pejabat untuk kesenangan penduduk kawasan sekitar.

Selain itu, Trio juga dilengkapi dengan 15 kemudahan ala pusat peranginan (resort-inspired facilities) seperti kolam renang bertaraf olimpik, kawasan yoga, sauna, gimnasium, keindahan landskap bertaraf resort, kawasan permainan kanan-kanak dan lain-lain fasiliti untuk dinikmati di residensi ini.

Dikelilingi Kemudahan dan Keindahan Alam

Merupakan bangunan kediaman tertinggi di Bukit Tinggi, Klang; penghuni Trio akan dapat merehatkan diri dan minda dengan berlatarbelakangkan pemandangan sejauh mata memandang sama ada melalui jendela kediaman, mahupun di aras 8 kemudahan fasiliti.

Terbahagi kepada tiga blok utama, mereka yang tinggal di Trio juga akan merasai landskap penuh kehijauan ala resort bersama kemudahan berqualiti tinggi seperti kolam renang, gimnasium, serta kemudahan-kemudahan yang lain antara 15 kemudahan am yang menemani anda tiap masa di kediaman ini.

Selain itu, kediaman berkualiti tinggi ini juga terletak hanya 200meter dari Stesen LRT Tesco Bukit Tinggi yang merupakan antara hentian laluan LRT 3 yang kini sedang dibangunkan.

Dengan menjadi penghuni di kediaman ini, anda bukan sahaja dapat merasai kemudahan awam lengkap dalam radius kurang dari 5 kilometer namun juga dapat menyumbang kepada pengurangan jejak karbon dengan mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian terutamanya bagi mereka yang peka dan cintakan alam sekitar.

Jaringan Lebuh Raya dan Aksesibiliti Terbaik

Selain daripada kemudahan ala pusat peranginan yang ditawarkan Trio, aksesibiliti dan juga jaringan lebuh raya yang menghubungkan Trio dengan kawasan luar adalah antara kunci utama pembangunan berintergrasi ini.

Trio, yang kini dalam penghujung fasa pembinaan juga berada dalam kawasan sangat strategik yang mempunyai akses melalui jalan utama menghubungi terus empat lebuh raya utama Selangor iaitu NKVE, KESAS, ELITE dan Lebuhraya Persekutuan.

Lebuhraya utama ini akan memudahkan pergerakkan penduduk untuk ke bandar utama lain seperti Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Putrajaya, Shah Alam, Petaling Jaya mahupun ingin ke utara atau selatan tanah air melalui Lebuhraya Utara Selatan. Juga terdapat Lebuhraya jajaran terbaharu yang berdekatan iaitu Lebuhraya Persisiran Pantai Barat - WCE (Banting - Teluk Intan – Taiping) dan Lebuhraya SKVE (Banting - Putrajaya - KLIA).

Dengan dua jalan masuk utama ke Trio melalui Jalan Langat iaitu jalan utama di Klang dan juga melalui jalan kedua yang dibina khas iaitu akses terus ke Bandar Bukit Tinggi, kedudukan Trio adalah sangat strategik dapat membantu menggurangkan kesesakan di jalan utama, sekaligus memudahkan pergerakan penduduk.

Trio by Setia, Pilihan yang Tepat untuk Keluarga, Persara dan Pelaburan

Dengan kedudukan pembangunan yang strategik, kemudahan fasiliti yang terbaik, kediaman ala-resort serta pelbagai kemudahan sokongan yang lain adalah kunci kepada kelebihan Trio by Setia.

Dibangunkan oleh pemaju bereputasi di Malaysia iaitu SP Setia, Trio bakal memberikan keselesaan, mampu milik dan fleksibiliti kepada pembeli daripada unit sebesar 624 kaki persegi ke 1313 kaki persegi melalui susunan dan reka bentuk yang menarik dan berkualiti untuk ditawarkan.

Kesemua unit yang kini dibuka untuk jualan juga mempunyai tawaran yang menarik iaitu tiada kos guaman ke atas Perjanjian Jual Beli (SPA), perjanjian pinjaman dan pengecualian duti stem bagi pindahan hak milik untuk tempoh terhad - dengan harga permulaan jualan untuk satu unit Trio by Setia adalah RM412,000.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Trio by Setia, sila layari https://spsetia.com/ atau hubungi/Whasapp kami di 03-31623322 untuk menempah janji temu untuk hadir ke galeri jualan di Trio Sales Galleria, No Lot 82623, Jalan Langat / KS06, Bandar Bukit Tinggi 1, 41200 Klang Bandar Diraja, Selangor Darul Ehsan.

Galeri jualan kami juga dibuka setiap Isnin hingga Jumaat 9am hingga 6pm dan Sabtu, Ahad dan Cuti Am mulai 10am hingga 6pm.

Selain itu, Trio by Setia juga telah melancarkan galeri maya untuk tontonan ramai di http://actstudio.com.my/ 

Trio, yang dibina atas aspirasi pembangunan holistik yang bukan sahaja dikelilingi kemudahan dan kehijauan alam malah merupakan hadiah terbaik kepada mereka yang impikan ketenangan, kepelbagaian dan keselesaan, mahupun impian sebagai pelaburan hartanah.

Semuanya telah digarapkan dalam satu aspirasi pembangunan yang dikenali sebagai - Trio by Setia.