Sambutan perayaan Aidilfitri tahun ini tidaklah semeriah tahun-tahun dahulu disebabkan pandemik Covid-19. Namun begitu, kita seharusnya bersyukur kerana rakyat semakin peka dan terus kekal menjaga SOP seperti yang disarankan oleh Kerajaan.
Untuk memeriahkan suasana dan menyemarakkan semangat Syawal, redONE melancarkan peraduan Riang Raya redONE di mana orang ramai berpeluang untuk menangi lebih RM30,000 wang tunai eDompet GrabPay!
Penyertaan peraduan adalah sungguh mudah; anda hanya perlu melanggan pelan redONE Postpaid dengan komitmen bulanan minima RM38 sebulan. Jika anda terpilih, hanya perlu jawab satu soalan mudah dan menang!
Dengan sebanyak RM1,000 untuk dimenangi setiap hari, pemenang utama harian akan memenangi RM500 wang tunai GrabPay manakala lima pemenang sagu hati akan menerima RM100 wang tunai GrabPay. Haa… lagi satu, peraduan ini berlangsung bermula dari 13 Mei 2021 hingga 13 Jun 2021. Oleh itu, anda ada masa beberapa minggu sahaja lagi untuk menjadi salah seorang pemenang peraduan ini!
Jika anda masih tercari-cari pelan apa yang sesuai, apa kata anda langgan pelan data dan panggilan tanpa had Hybrid50U redONE Postpaid pada hanya RM50 sebulan serta tiada kontrak!
Dengan data tanpa had, anda boleh online 24 jam di media sosial, berchatting atau strim drama sepanjang masa. Bukan itu sahaja, pelan ini juga turut mempunyai data berkelajuan tinggi 10GB. Jadi, tak perlu risau dengan masalah data tersekat-sekat! Jika anda suka buat panggilan video, jangan khuatir kerana anda boleh membuat panggilan video pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Selain itu, kepada mereka yang suka berborak, pelan ini memang dicipta khas untuk anda. Ingin bergayut dengan yang tersayang? Bergosip atau minta resipi masakan daripada ahli keluarga? Semua ini tiada masalah dengan panggilan tanpa had yang ditawarkan oleh pelan Hybrid50U. Anda boleh borak sampai lebam!
Apa yang best mengenai redONE adalah kami mempunyai rangkaian 4G LTE terluas di seluruh Malaysia. Oleh itu, anda tidak perlu risau kerana di mana-mana pun akan dapat line dan yang paling penting, mereka yang disenarai hitam juga boleh mendaftar dengan kami.
Anda semua dah tahu kan macam mana nak meriahkan Raya anda tahun ini? Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menang ‘duit raya’ ekstra dengan peraduan Riang Raya redONE! Tunggu apa lagi? Langgan redONE Postpaid sekarang dan menang. Sebarang pertanyaan atau untuk info lanjut, layari https://bit.ly/RiangRayaredONE
