Daftarlah sebagai pengajar dan pelatih (trainer) di bawah platform Myclaaz (tanpa sebarang bayaran pendaftaran) untuk menikmati faedah yang sama serta menjadikan perkhidmatan pengajaran dan produk pendidikan seperti e-buku, e-nota, soalan ramalan dan video pengajaran anda boleh dibeli dengan mudah dari seluruh dunia!
MyClaaz®️ adalah sebuah platform padanan para pelajar-pelatih secara automatik yang memanfaatkan teknologi berasaskan kenalpasti jarak lokasi dan turut juga menyediakan ruang digital sebagai pasaran dalam talian (online marketplace) untuk sebarang produk pendidikan. Pembangunan teknologi Pendidikan (EdTech) ini bertujuan untuk mempelbagaikan cara para pendidik berhubung dengan pelajar tanpa mengira jarak lokasi dengan menawarkan ciri serta perkhidmatan yang inovatif. Para pakar dalam pelbagai bidang profesional serta pencipta modul kursus, kini boleh mendaftarkan diri di platform ini tanpa sebarang bayaran pendaftaran, sejurus itu boleh serta merta memanfaatkan semua kemudahan myclaaz.com. Ya, anda boleh mecnipta sendiri kerjaya anda sebagai pengajar, tutor, pelatih, atau pensyarah ! Apa sahaja yang anda kehendaki.
Anda tidak perlu membayar apa-apa yuran, sebaliknya MyClaaz®️ akan membawa ribuan peluang untuk anda nikmati. Kini, kami mempunyai beberapa orang pelatih yang telah mampu menjana sehingga RM300,000 nilai transaksi penjualan hanya dalam tiga bulan sahaja melalui penjualan tiket-tiket pelbagai program pendidikannya, e-buku, dan bahan pembelajaran mereka.
Selain itu, platform MyClaaz®️ menyediakan ruang untuk pembayaran kelas ‘one-off’ dengan harga serendah RM10! Individu-individu dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi turut boleh menyertai kelas tanpa komitmen bayaran yang tinggi seperti yang biasa dikenakan oleh pusat tuisyen atau tutor yang mengikat pelajar untuk tempoh panjang. Cara ini dapat membantu pelajar yang memerlukan bantuan tambahan semasa pandemik untuk memilih bantuan pada subjek tertentu yang mereka perlukan dan juga boleh meminta sesi daripada pelbagai individu pengajar yang mereka selesa dan yakin.

Pada masa ini, MyClaaz®️ we dan aplikasi android serta Apple telah mempunyai lebih 15 ribu pengguna dan 600 mata pelajaran berdaftar. Kami menyediakan pelbagai fungsi seperti perkhidmatan pengaturan kelas individu, kelas dalam talian, penjualan produk seperti nota, ujian, peperiksaan atas talian, dan penjualan tiket acara. Myclaaz.com membolehkan para pelatih, pengajar, dan juga tutor untuk mengadakan pelajaran dengan cekap melalui sesi persidangan video dengan satu ciri tambahan yang membolehkan pelajar merakam sesi pembelajaran dengan lancar.
Ia tidak berakhir di situ. MyClaaz®️ juga menyediakan platform pembelajaran khusus untuk perniagaan, universiti, dan badan pensijilan profesional dalam bentuk kursus pendek dengan harapan bahawa ia akan digunakan sebagai sebuah platform inovatif untuk jalani pembelajaran dalam talian. Penawaran mata pelajaran yang diluluskan oleh pihak kami dibahagikan kepada empat bahagian iaitu: mata pelajaran sekolah, mata pelajaran universiti, mata pelajaran umum, dan subjek kemahiran profesional.
Myclaaz®️ juga telah diiktiraf sebagai salah satu pemenang bantuan permulaan Cradle Fund yang membuktikan lagi integriti, reputasi, dan kepercayaan kami dalam pemudahan sektor pendidikan. Selain itu, syarikat kami diasaskan oleh ahli akademik dan tokoh awam yang terkenal, Profesor Adjung Dr. Zaharuddin Abd Rahman, yang juga terkenal dengan kerjanya sebagai anggota beberapa majlis penasihat seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Dengan memanfaatkan teknologi yang disediakan, tujuan Myclaaz®️ adalah untuk menjadikan pendidikan lebih inklusif dan fleksibel. Myclaaz®️ juga membantu proses pembelajaran dan penyebaran pengetahuan kepada masyarakat tempatan dan luar negara. Sertai MyClaaz®️ sekarang di https://www.myclaaz.com atau anda boleh hubungi admin di 01158530774 atau [email protected].
