Jana pendapatan sehingga RM5,000 sebulan sebagai perantis redONE!
Peluang kerjaya ketika pandemik Covid-19 ini adalah sukar dan peluang mendapatkan pekerjaan adalah terhad. Maka dengan adanya kemahiran tambahan, ia mampu menjadikan graduan lebih berdaya saing di dalam pasaran pekerjaan.
Baru-baru ini, Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) pertama di Malaysia, redONE telah melancarkan satu program perantis khas untuk lepasan sekolah dan graduan universiti. Melalui program ini, redONE akan merekrut 500 orang perantis pembangunan perniagaan di seluruh Semenanjung Malaysia.
Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada para perantis untuk mempraktikkan kemahiran yang dipelajari dalam dunia pekerjaan sebenar dengan pemantauan dan tunjuk ajar tenaga kerja berpengalaman.
Menyinar sebagai Perantis redONE
Program ini terbuka kepada para lepasan sekolah atau graduan universiti yang bersemangat dan bermotivasi tinggi. Sehubungan itu, pemohon yang berjaya untuk memasuki program ini akan ditawarkan pakej imbuhan yang menarik seperti gaji pokok beserta elaun dan insentif sehingga RM5,000 sebulan selama 6 bulan.
Mereka yang berjaya menamatkan program akan ditawarkan ke jawatan tetap yang relevan di dalam syarikat. redONE mempunyai kekosongan di seluruh Semenanjung Malaysia dan para perantis akan ditempatkan di kawasan yang berhampiran mereka.
Bimbingan dan latihan berstruktur yang diberikan dalam tempoh 6 bulan ini akan memberi mereka pengetahuan dan pengalaman dalam pelbagai bidang berkaitan dengan pengembangan perniagaan, penjualan dan pemasaran. Individu yang akan dipilih untuk menjadi perantis perlu memiliki kriteria seperti kemahiran interpersonal dan kemahiran berkomunikasi yang baik, khidmat pelanggan serta bermotivasi tinggi.
Program ini akan membantu para lepasan sekolah atau graduan universiti untuk memulakan karier mereka serta tidak perlu risau kerana syarikat redONE tergolong di dalam industri perkhidmatan perlu dan perkhidmatan telekomunikasi diperlukan oleh semua orang.
Kepelbagaian skop pekerjaan
Para perantis akan dilatih untuk acara, gerai dan “roadshow” di lokasi yang ditetapkan untuk promosi redONE. Selain itu, perantis juga perlu menjana jualan daripada aktiviti semasa dijalankan atau secara digital dan mereka dipertanggungjawabkan untuk melayan pertanyaan, membuat susulan jualan dengan pelanggan serta menyediakan laporan jualan harian.
Menurut Ketua Pegawai Jualan redONE, Ben Teh, kemahiran yang didapati daripada latihan tersebut dapat digunakan dan diterapkan kepada jawatan tetap mereka setelah tamat program ini.
“Program Perantis redONE adalah satu inisiatif yang dapat memanfaatkan para belia di Malaysia kerana program ini bukan sahaja memberikan prospek pekerjaan tetapi juga memberikan peluang yang baik untuk mereka yang berminat mempelajari kemahiran baru sambil menjana pendapatan. Saya percaya bahawa program ini dengan caranya tersendiri dapat menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara kita,” katanya.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk memajukan karier anda. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program perantis redONE, sila layari redONE.com.my

