Pengiktirafan Inovasi yang Unggul
Istilah "inovasi" berasal daripada kata Latin innovare, yang bermaksud memperbaharui, memperbaiki atau menggantikan sesuatu.
Inovasi merupakan talian hayat untuk ramai individu. Kami boleh menyaksikan pecutan teknologi melalui penggunaan digital serta inovasi yang menjadi mekanisme untuk meningkatkan ekonomi.
Kekuatan, kreativiti dan ketabahan yang kita lihat, dengar dan baca adalah sangat menakjubkan! Dengan begitu banyak kisah hebat tentang cara perniagaan bertindak balas dan berjaya mempercepatkan pertumbuhan, Top In Tech Innovation Awards adalah penting untuk memberi pengiktirafan kepada para inovator dan peniaga terhadap usaha mereka dalam mencerminkan wajah Malaysia Boleh.
Majlis ini dijadualkan untuk berlangsung pada Januari 2022 di Technology Park Malaysia, Kuala Lumpur. Pemenang akan menerima peluang menarik dan mendapat akses untuk membangunkan lagi inovasi mereka melalui program yang ditawarkan oleh MDEC seperti program Mentor+, akses percuma kepada Laporan Penilaian Equidam (Equidam Valuation Report), akses kepada program pembiayaan terpilih seperti MDEC Pitching Open Day & Founders Grindstone Pitching & Networking dan program capaian pasaran seperti Program GAIN.

Kami amat berbesar hati untuk mempunyai kumpulan pemimpin yang inovatif daripada Korporat Malaysia yang akan menjadi hakim utama dalam kategori anugerah masing-masing:
Penginovasi Terbaik Tahunan (Innovator of The Year): Afzal Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif, TIME dotCom;
Penerapan Teknologi Terbaik Entiti Fizikal (Best Brick & Mortar Adoption): Raja Teh Maimunah, Pengarah Urusan Perbankan Borong, Ambank Group;
Syarikat Permulaan & Pertumbuhan Paling Berpotensi (Most Promising): Dr Sivapalan Vivekarajah, Rakan Kanan & Pengasas Bersama ScaleUp Malaysia Accelerator;
Inisiatif Digital Paling Berimpak Agensi Kerajaan (Most Impactful Public Sector Agency Driving Digital Adoption): Dato' Seri Wong Siew Hai, Presiden, Malaysia Semiconductor Industry Association;
Kolaborasi Akademik-Industri Paling Berimpak (Most Impactful Academia-Industry Collaboration): Thillai Raj, Penasihat Teknologi Kanan, Wise Al;
Syarikat Permulaan & Pertumbuhan Paling Transformatif (Best Pivot): Joel Neoh, Pengasas Bersama, Fave;
Syarikat Permulaan & Pertumbuhan Paling Inovatif (Most Innovative): Ganesh Kumar Bangah, Pengerusi Eksekutif, Commerce.Asia.
Anugerah ini akan mengiktiraf dan meraikan para inovator, pemimpin korporat, usahawan, ahli akademik dan agensi kerajaan atas sumbangan cemerlang mereka kepada masyarakat dan ekonomi melalui penggunaan digital dan pemikiran inovatif, terhadap krisis kesihatan dan sosioekonomi yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Top In Tech Innovation Awards dibawakan khas kepada anda oleh Malaysiakini dan Digital News Asia, dengan sokongan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Anugerah ini juga mendapat kerjasama daripada Asia Pacific University (APU), ICT Zone Asia Berhad sebagai penaja dan pemegang taruh industri, iaitu MyDigital, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), PIKOM, SME Association Malaysia, Syarikat Pertengahan Konsortium Malaysia (MCMTC), Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC), Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), Digital Marketing Association Malaysia (DMAM), Internet Alliance dan Exabytes Network.
Masih belum terlambat untuk menghantar penyertaan anda. Tarikh tutup adalah pada 30 November 2021 dan semua penyertaan mesti dihantar secara dalam talian menerusi laman web topintech.my/awards. Tiada bayaran diperlukan untuk penyertaan ini.
Kami tidak sabar menantikan penyertaan anda! Jangan terlepas peluang keemasan ini untuk menyerlah di pentas besar! #YourInnovationStoryMatters
Mengenai Top in Tech
Top in Tech adalah siri forum dalam talian yang mula diperkenalkan pada tahun 2020 sebagai ‘program teknologi terpilih’ bagi usahawan dan komuniti perniagaan untuk memperkayakan pengetahuan mereka menerusi forum/ diskusi industri. Ia memaparkan pandangan dan pemahaman mendalam mengenai transformasi perniagaan sambil berkongsi inovasi teknologi terkini dalam Norma Baru ini. Siri ini mempunyai 19 episod setakat ini, dengan sesi baru dalam proses.
Top in Tech merupakan kolaborasi sesama Malaysiakini, Digital News Asia, ScaleUp Accelerator Malaysia dan Internet Alliance, dan dianjurkan oleh KiniEvents. Episod-episod yang lalu boleh diikuti sini. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan peluang kerjasama dengan Top in Tech, sila hantar e-mel kepada enquiry@kini.events

