Ekoran dari pandemik tahun lepas, Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil keputusan mengadakan sambutan Tahun Baru Cina 2021 secara atas talian. Keputusan julung kali itu telah berjaya menarik penonton dari seluruh negara dan beberapa negara seperti Singapore, Taiwan, Macau, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Indonesia. Sebanyak 218,000 tontonan telah dicapai.
Pada tahun 2022, memandangkan keadaan wabak masih belum terkawal, Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk meneruskan perayaan Tahun Baru Cina 2022 secara atas talian dan mengadakan Program Kebudayaan Istimewa Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor Tahun 2022.
Program ini akan ditayangkan melalui saluran media atas talian dan media sosial, dan dihoskan di laman Facebook Mandarin Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor @ami.mbselangor dan Facebook EXCO Selangor Teng Chang Khim pada 1hb Februari 2022 (hari pertama Tahun Baru Cina), pukul 9 malam.
Program Kebudayaan Istimewa Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina tahun ini bakal menyaksikan penampilan seniman-seniman dari tiga generasi dengan tiga acara berlatarkan zaman masing-masing, iaitu pada 70-an sehingga 80-an, pada tahun 90- an dan awal 2000 dan zaman 2000-an. Tiga acara ini akan berlangsung selama sejam dan dipengerusikan oleh hos televisyen Yoke Chen dan YouTuber popular Jym Chong. Aturcara program perayaan ini bertujuan untuk menarik penonton pelbagai umur dan seterusnya menyatukan semua lapisan masyarakat untuk bersama meraikan Tahun Baru Cina.
Antara persembahan yang menarik adalah:
- Persembahan lagu-lagu klasik Tahun Baru Cina oleh Chow Kam Leong dan Chang Sang Teck (Kumpulan Dua Sekawan) dan Artist Lee Elaine
- Persembahan Lion Dance oleh Persatuan Tarian Singa Hong Jing, Selangor
- Persembahan Tarian oleh Dua Space Dance Theatre
- Nyanyian lagu Tahun Baru Cina versi A capella oleh Colour of Voices
- Persembahan GuZheng oleh Sara Heng
- Persembahan gendang Cina oleh Hands Percussion
- Persembahan GuZheng eletronik dan diabolo LED oleh Sara Heng dan Kumpulan DiAbolution
- Persembahan Artist Lim Wen Suen
- Persembahan Artist Gaston Pong & JE Pong
- Ucapan Tahun Baru Cina daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Selangor telah menggubah sebuah lagu Tahun Baru Cina bertajuk “Salam Tahun Baru”, yang akan dinyanyikan oleh beberapa orang penyanyi undangan seperti Chow Kam Leong, Chang Sang Teck, Lim Wen Suen dan Lee Elaine. Video lagu tersebut dirakam di kampung baru Jenjarom dan akan disiarkan dalam sosial media selepas majlis pelancaran pada hari ini.
Di samping itu, mengambil kira sambutan hangat pada tahun lepas, para penonton dijemput mengambil bahagian dalam pelbagai peraduan atas talian dengan mengikuti arahan juruacara bagi memenangi angpau berjumlah RM10,000.
Untuk maklumat lanjut mengenai program istimewa ini, sila hubungi pihak Invest Selangor, Puan Maryani/ Puan Nurul ‘Ain di talian telefon 03-5510 2005 atau emel [email protected] / [email protected]
Untuk info pelaburan Selangor, sila lawati www.investselangor.my
