Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Sistem Tenaga Kerja TimeTec (Siri 6 -6): Profil Pekerja Layan Diri
Diterbitkan:  Mar 31, 2021 9:14 AM
Dikemaskini: 9:14 AM

"Apabila kakitangan rebah ketika sedang bekerja, disamping syarikat perlu menguruskan keperluan perubatan, kami juga menghubungi kontak kecemasan beliau, tetapi tidak dapat disambungkan kerana rekod yang kami ada sudah tidak dikemaskini. Malangnya, kakitangan tersebut meninggal dunia, dan isteri beliau menyaman syarikat kami kerana kami gagal untuk menghubungi ahli keluarga secepat mungkin. Saman tersebut mempunyai alasan kukuh kerana ahli keluarga kakitangan tersebut jelas dengan komplikasi kesihatan beliau dan tahu apa yang perlu dilakukan jika kami dapat menghubungi isterinya secepat mungkin." Teh Hon Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TimeTec, mengimbas kes yang perlu ditangani seorang Pengurus HR, di mana majikannya terpaksa menghadapi situasi kerana gagal untuk mengemaskini maklumat kontak kecemasan kakitangan. Teh berkata, "Yang jelas, masalah hidup dan mati ini adalah lebih besar berbanding kes mahkamah."

"Sekiranya majikan menggunakan sistem layan diri, kakitangan perlu mengemaskini data mereka secara berterusan, atau wajib melakukannya jika terdapat pertukaran maklumat. Sebagai contoh, alamat rumah perlu ditukar jika pekerja berpindah ke rumah baru di kawasan yang lain atau mungkin ingin mengeluarkan butiran pasangan daripada kontak kecemasan atau mengubah kontak kecemasan apabila bercerai. Kakitangan boleh mengemaskini semua maklumat melalui aplikasi mudah alih."

"Sudah tentulah ruangan tertentu seperti nama, IC dan nombor KWSP tidak boleh ditukar oleh kakitangan; begitulah konsep layan diri TimeTec Profile berfungsi kepada majikan. Berdasarkan keperluan, majikan boleh menambah ruang profil, tetapkan penggera automatik sekali atau dua setahun untuk meminta kakitangan mengemaskini maklumat peribadi mereka. Sebarang kemaskini daripada kakitangan boleh dikemaskini secara kemaskini secara automatik atau diluluskan oleh HR sebelum dikemaskini. Dan, ciri jejak audit tersedia untuk menjejak sebarang perubahan."

TimeTec Profile juga menyediakan papan pemuka analitik untuk majikan memahami demografic tenaga kerja mereka seperti analisa jantina dan kumpulan umur.

Teh menyambung, "Saya berani mengatakan bahawa 90% majikan, terutamanya IKS, tidak menyimpan profil kakitangan yang terkini. Jika kakitangan masih lagi perlu mengisi borang permohonan kerja secara manual ketika beliau datang temuduga, maka kemungkinan besar, profil pekerja dikunci dalam kabinet. Sekiranya anda telah bekerja selama 15 tahun, besar kemungkinan profil 'terkini' anda di dalam syarikat ialah masih berstatus bujang, jawatan anda masih lagi eksekutif walaupun anda sekarang sudah berkahwin dan beranak tiga, dan merupakan salah seorang pengarah syarikat."

Teh Hon Seng, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan TimeTec

Platform profil kakitangan layan diri ini mengubah tanggungjawab asas ini kembali kepada kakitangan dan memastikan majikan memperoleh data berkualiti yang boleh dipercayai untuk memastikan maklumat tepat dan sentiasa dikemaskini.

Di samping sistem berasaskan cloud TimeTec Profile, TimeTec juga menawarkan TimeTec Hire dipermulaan perjalanan kakitangan di sesebuah syarikat; di mana kakitangan perlu menggunakan TimeTec Profile ketika memohon pekerjaan untuk mengisi resume online. The TimeTec Profile juga berfungsi di dalam Sistem Tenaga Kerja TimeTec sebagai asas, seperti TimeTec TA untuk Masa Kehadiran, TimeTec Leave untuk Pengurusan Cuti dan TimeTec Claim untuk Pengurusan Tuntutan.

TimeTec Profile diberikan percuma kepada pelanggan yang melanggan sebarang Sistem Tenaga Kerja TimeTec. Sekiranya pelanggan hanya memerlukan TimeTec Profile, kos hanya RM0.20 seorang kakitangan sebulan atau RM2.40 seorang kakitangan setahun.

Untuk demo dan rundingan PERCUMA, hubungi Encik Marcus Tng, Pengurus Jualan dan Pemasaran TimeTec Cloud Sdn. Bhd. di [email protected] (016-9608348) atau Encik Syed Mohd Firdaus Syed Mohd Fuzi di [email protected] (012-9478907). Talian am dan emel: 03-80709933 dan [email protected].

Klik di sini untuk artikel ke-lima siri ini: https://www.malaysiakini.com/announcement/567890
Versi English: https://www.malaysiakini.com/announcement/567889

Mengenai Kumpulan TimeTec

Kumpulan TimeTec ditubuhkan pada tahun 2000. Selama lebih 20 tahun, Kumpulan TimeTec telah menghasilkan tiga jenama IT terkemuka dunia, FingerTec, TimeTec dan iNeighbour, untuk pengurusan tenaga kerja, keselamatan, pejabat pintar, perumahan pintar dan bandar pintar dengan memperkasakan kuasa biometrik, perkomputeran cloud & edge, teknologi IoT dan kecerdasan buatan. Kesemua penyelesaian ini bersambung dan menukar landskap kehidupan kerja dan kehidupan di rumah di dalam ekosistem yang lebih besar. Melalui rangkaian yang luas, Kumpulan TimeTec menyalurkan produk peranti biometrik dan 16 aplikasi cloud, termasuk peralatan IoT, ke lebih 150 negara di seluruh dunia. Lawati laman web Kumpulan TimeTec di www.timeteccloud.com, www.fingertec.com, www.ineighbour.com

Sistem TimeTec telah berada di pasaran sekitar 8 tahun dengan rangkaian pelanggan terkenal seperti QSR Brands, Central Sugars Refinery CSR, Sunway Constructions, Mamee, Yakult, Adabi, dan banyak lagi. Fleksibiliti dan kebolehsaknaan produk juga menarik pelbagai pelanggan antarabangsa dari seluruh dunia termasuk dari Hong Kong, Dubai, Australia, Qatar, Afrika Selatan dan lain-lain untuk menggunakan TimeTec sebagai alat digitalisasi tenaga kerja mereka.