Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Ekosistem Bangunan Digital (4 - 13): Kenali Pelawat Anda
Diterbitkan:  Apr 28, 2021 3:25 PM
Dikemaskini: May 4, 2021 7:56 AM

Apakah cara untuk meningkatkan tahap keselamatan bangunan, dan dalam masa yang sama mengalu-alukan kedatangan pelawat? Nampaknya seperti hanya ada satu pilihan; untuk menawarkan kedua-duanya hampir mustahil bagi pihak pengurusan bangunan.

Untuk bangunan komersial yang mempunyai banyak penyewa, pihak pengurusan juga sukar mengenali semua penyewa dan kakitangan mereka, dan bagi pelawat, hampir semuanya orang asing dan jarang sekali mereka yang dikenali.

"Pendaftaran pelawat semasa ketibaan masih menjadi amalan biasa; amat menyedihkan apabila banyak bangunan moden masih menggunakan buku log untuk mendaftar pelawat mereka. Pra-pendaftaran adalah trend untuk menyelesaikan masalah menunggu yang panjang dan ia mampu meningkatkan pengalaman pengunjung, tetapi memperluasnya ke automasi dalam kawalan akses merupakan nilai tambah sebenar," Teh Hon Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TimeTec, mengulas tentang sistem pelawat untuk Penyelesaian Bangunan Digital TimeTec.

Teh Hon Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TimeTec

"Bayangkan pelawat yang telah pradaftar boleh menggunakan kod QR dan pengecaman wajah untuk melepasi sekatan keselamatan dengan mudah untuk masuk ke tempat letak kereta, akses pintu pusing, lif ke tingkat yang dibenarkan dan pintu-pintu. Tetapi, tanpa sistem cloud untuk pengurusan pelawat, memperluaskan kebenaran untuk menerima pelawat dari luar bangunan lebih sukar dicapai," menurut beliau.

"Tidak seperti bangunan yang dimiliki oleh satu syarikat, walaupun dengan teknologi cloud, untuk mencapai kelancaran aliran pelawat di menara komersial yang banyak disewa bukanlah tugas yang mudah, kerana komitmen penyewa dan kakitangan mereka adalah faktor utama pelaksanaannya. Aplikasi dengan tujuan tunggal kurang menarik, dan anda tidak boleh memaksa penyewa untuk memuat turun Aplikasi hanya untuk jemputan tetamu sahaja. "

"Selain pengurusan pelawat, Aplikasi TimeTec kami dilengkapi dengan ciri-ciri lain seperti komunikasi, kawalan akses, keselamatan, tempahan fasiliti, perniagaan, bayaran dll, yang merupakan aktiviti biasa dalam bangunan komersial."

"Anda perlu meningkatkan penglibatan penyewa; hanya dengan itu penglibatan pelawat akan diwujudkan secara semulajadi. Kenali penyewa anda; hanya dengan itu anda akan mengenali pelawat anda dengan lebih baik sementara anda meningkatkan keselamatan dan pengalaman pelawat pada masa yang sama."

Dengan pelbagai modul yang sedia ada, Ekosistem Bangunan Digital TimeTec membantu pengurusan bangunan moden menguruskan operasi harian.

Untuk demo dan rundingan PERCUMA, hubungi Encik Aiden Teh, Pengurus Pembangunan Perniagaan di [email protected] (010-2211150). Talian am dan emel: 03-80709933 dan [email protected].

Nantikan artikel Ekosistem Bangunan Komersial Pintar TimeTec seterusnya pada setiap hari Rabu! Klik di sini untuk artikel ketiga siri ini: https://www.malaysiakini.com/announcement/571585

Versi English: https://www.malaysiakini.com/announcement/571582

Mengenai Kumpulan TimeTec

Kumpulan TimeTec ditubuhkan pada tahun 2000. Selama lebih 20 tahun, Kumpulan TimeTec telah menghasilkan tiga jenama IT terkemuka dunia, FingerTec, TimeTec dan iNeighbour, untuk pengurusan tenaga kerja, keselamatan, pejabat pintar, perumahan pintar dan bandar pintar dengan memperkasakan kuasa biometrik, perkomputeran cloud & edge, teknologi IoT dan kecerdasan buatan. Kesemua penyelesaian ini bersambung dan menukar landskap kehidupan kerja dan kehidupan di rumah di dalam ekosistem yang lebih besar. Melalui rangkaian yang luas, Kumpulan TimeTec menyalurkan produk peranti biometrik dan 16 aplikasi cloud, termasuk peralatan IoT, ke lebih 150 negara di seluruh dunia. Lawati laman web Kumpulan TimeTec di www.timeteccloud.com, www.fingertec.com, www.ineighbour.com, www.timetecbuilding.com

Syarikat-syarikat terkenal telah melanggan pelbagai penyelesaian TimeTec termasuk QSR Brands, Central Sugars Refinery CSR, Sunway Constructions, Mamee, Yakult, Nano Malaysia Berhad, dan banyak lagi. Fleksibiliti dan kebolehsaknaan produk TimeTec juga menarik pelbagai pelanggan antarabangsa dari seluruh dunia termasuk dari Hong Kong, Dubai, Australia, Qatar, Afrika Selatan dan lain-lain untuk menggunakan TimeTec sebagai alat digitalisasi tenaga kerja mereka. 

ADS