mk-logo
Pengumuman
Ekosistem Bangunan Digital (10/13): Kawalan Sebenar dalam Akses
Diterbitkan:  Jun 9, 2021 2:57 AM
Dikemaskini: 2:57 AM

Untuk menara pejabat, akses ke tempat letak kereta, pintu pusing, lif dan pintu merupakan aktiviti harian biasa, juga dikenali sebagai 'people flow'. Walaupun setiap lapisan masyarakat masuk dan keluar bangunan setiap hari, secara umumnya terdapat dua jenis pengguna sahaja yang dikategorikan di dalam kawalan akses, iaitu penyewa dan pelawat. Perbezaan kedua kategori ini agak ketara di zaman dahulu. Mereka yang menyangkut teg RFID di leher biasanya penyewa yang bekerja di bangunan itu. Teg RFID adalah pas kebenaran untuk mereka mengakses pintu, pintu pusing dan lif di dalam bangunan. Mereka yang tiada teg biasanya adalah pelawat, sama ada mereka perlu mendapatkan dengan teg RFID sementara atau akses ke bangunan dibantu oleh penyambut tetamu.

Teh Hon Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TimeTec, menjelaskan tentang legasi sistem kad. “Sistem kad adalah biasa. Masalahnya ialah ia senang ditukar-tukar dan tidak semestinya terikat dengan identiti pengguna. Amalan biasa dan paling mudah yang dilakukan di Malaysia ialah, pengurusan hartanah akan mengeluarkan kad mengikut jumlah pekerja setiap penyewa tanpa perlu mengenali siapa mereka. Sistem biometrik juga semakin popular disebabkan faktor ini. Tetapi, kadar penggunaan biometrik masih rendah untuk sektor hartanah yang disewa oleh ramai kerana kos pentadbirannya yang tinggi."

Walau bagaimanapun, gangguan pandemik pada tahun 2020 akan mengubah cara kita mendekati keselamatan fizikal pada tahun 2021 dan seterusnya.

Teh Hon Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TimeTec

Menurut Michael Gips, pakar keselamatan fizikal dan siber, lima trend kawalan akses utama selepas kesan Covid-19 adalah 1. Kawalan akses mudah alih, 2. Keselamatan berasaskan teknologi cloud, 3. Pengesahan pelbagai faktor, 4. Teknologi biometrik, 5. Model perniagaan berasaskan langganan. Secara keseluruhan, lima tren utama ini akan diterjemahkan ke dalam aplikasi berikut, 1. Peningkatan kawalan akses tanpa sentuh, 2. Teknologi kawalan akses baharu, dan 3. Penumpuan dan integrasi kawalan akses. Semua teknologi dan tren aplikasi ini akan memperkasakan identiti individu. Bagaimanakah hartanah penyewaan boleh disesuaikan dengan tren ini?

"Jawapannya mudah, langgan sahaja penyelesaian berasaskan cloud dengan platform layan diri untuk memudahkan pengurusan," kata Teh Hon Seng.

"Semua jalan menuju ke Rom. Untuk kawalan akses fizikal, semua teknologi dan aplikasi yang menyumbang membawa kepada pelbagai kemudahan, keselamatan dan automasi yang lebih baik. Kawalan akses untuk industri pengurusan hartanah tidak boleh berdiri sendiri; penumpuan dan integrasi adalah faktor penting dalam mencapai objektif utama. Itulah sebabnya sistem kawalan akses kami diperkenalkan sebagai salah satu komponen utama dalam Ekosistem Bangunan Digital TimeTec,” tambah Teh.

Pengecaman wajah dan akses mudah alih sebagai kaedah akses front-end pengesahan pelbagai faktor semuanya dibina di bawah persekitaran dan model langganan berasaskan teknologi cloud untuk menurunkan kos Capex dan penyelenggaraan. Ia memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik dengan menggunakan akses tanpa sentuhan untuk penyewa dan pelawat.

“Sistem kawalan akses berasaskan teknologi cloud kami juga terintegrasi dengan lif Kone IoT DX Series. Kerjasama ini akan membantu kami mempromosikan penyelesaian TimeTec Digital Building ke pasaran Asia Pasifik."

Untuk maklumat lanjut, hubungi Aiden Teh, Pengurus Pembangunan Perniagaan di [email protected] (010-2211150) atau talian am dan emel: 03-80709933 dan [email protected].

Nantikan artikel Ekosistem Bangunan Komersial Pintar TimeTec seterusnya pada setiap hari Rabu! Klik di sini untuk artikel ke sembilan siri ini: https://www.malaysiakini.com/announcement/577216

Versi English: https://www.malaysiakini.com/announcement/577213

Mengenai Kumpulan TimeTec

Kumpulan TimeTec ditubuhkan pada tahun 2000. Selama lebih 20 tahun, Kumpulan TimeTec telah menghasilkan tiga jenama IT terkemuka dunia, FingerTec, TimeTec dan iNeighbour, untuk pengurusan tenaga kerja, keselamatan, pejabat pintar, perumahan pintar dan bandar pintar dengan memperkasakan kuasa biometrik, perkomputeran cloud & edge, teknologi IoT dan kecerdasan buatan. Kesemua penyelesaian ini bersambung dan menukar landskap kehidupan kerja dan kehidupan di rumah di dalam ekosistem yang lebih besar. Melalui rangkaian yang luas, Kumpulan TimeTec menyalurkan produk peranti biometrik dan 16 aplikasi cloud, termasuk peralatan IoT, ke lebih 150 negara di seluruh dunia. Lawati laman web Kumpulan TimeTec di www.timeteccloud.com, www.fingertec.com, www.ineighbour.com, www.timetecbuilding.com

Syarikat-syarikat terkenal telah melanggan pelbagai penyelesaian TimeTec termasuk QSR Brands, Central Sugars Refinery CSR, Sunway Constructions, Mamee, Yakult, Nano Malaysia Berhad, dan banyak lagi. Fleksibiliti dan kebolehsaknaan produk TimeTec juga menarik pelbagai pelanggan antarabangsa dari seluruh dunia termasuk dari Hong Kong, Dubai, Australia, Qatar, Afrika Selatan dan lain-lain untuk menggunakan TimeTec sebagai alat digitalisasi tenaga kerja mereka. 

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Paling Popular
Terkini