Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
Ekosistem Bangunan Pintar (4/13): Cara Pintar untuk Mengurus Pelawat Anda
Diterbitkan:  Jul 6, 2022 12:30 PM
Dikemaskini: 4:30 AM

Apakah cara untuk meningkatkan tahap keselamatan bangunan, dan dalam masa yang sama mengalu-alukan kedatangan pelawat? Nampaknya seperti hanya ada satu pilihan; untuk menawarkan kedua-duanya hampir mustahil bagi pihak pengurusan bangunan.

Untuk bangunan komersial yang mempunyai banyak penyewa, pihak pengurusan juga sukar mengenali semua penyewa dan kakitangan mereka, dan bagi pelawat, hampir semuanya orang asing dan jarang sekali mereka yang dikenali. 

"Pendaftaran pelawat semasa ketibaan masih menjadi amalan biasa; amat menyedihkan apabila banyak bangunan moden masih menggunakan buku log untuk mendaftar pelawat mereka. Pra-pendaftaran adalah trend untuk menyelesaikan masalah menunggu yang panjang dan ia mampu meningkatkan pengalaman pengunjung, tetapi memperluasnya ke automasi dalam kawalan akses merupakan nilai tambah sebenar," Teh Hon Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TimeTec, mengulas tentang sistem pelawat untuk Penyelesaian Bangunan Pintar TimeTec.

"Bayangkan pelawat yang telah pradaftar boleh menggunakan kod QR dan pengecaman wajah untuk melepasi sekatan keselamatan dengan mudah untuk masuk ke tempat letak kereta, akses pintu pusing, lif ke tingkat yang dibenarkan dan pintu-pintu. Tetapi, tanpa sistem cloud untuk pengurusan pelawat, memperluaskan kebenaran untuk menerima pelawat dari luar bangunan lebih sukar dicapai," menurut beliau.  

"Tidak seperti bangunan yang dimiliki oleh satu syarikat, walaupun dengan teknologi cloud, untuk mencapai kelancaran aliran pelawat di menara komersial yang banyak disewa bukanlah tugas yang mudah, kerana komitmen penyewa dan kakitangan mereka adalah faktor utama pelaksanaannya. Aplikasi dengan tujuan tunggal kurang menarik, dan anda tidak boleh memaksa penyewa untuk memuat turun Aplikasi hanya untuk jemputan tetamu sahaja. "

"Selain pengurusan pelawat, Aplikasi TimeTec kami dilengkapi dengan ciri-ciri lain seperti komunikasi, kawalan akses, keselamatan, tempahan fasiliti, perniagaan, bayaran dll, yang merupakan aktiviti biasa dalam bangunan komersial."

"Anda perlu meningkatkan penglibatan penyewa; hanya dengan itu penglibatan pelawat akan diwujudkan secara semulajadi. Kenali penyewa anda; hanya dengan itu anda akan mengenali pelawat anda dengan lebih baik sementara anda meningkatkan keselamatan dan pengalaman pelawat pada masa yang sama."

Dengan pelbagai modul yang sedia ada, Ekosistem Bangunan Pintar TimeTec membantu pengurusan bangunan moden menguruskan operasi harian. 

Untuk demo dan rundingan PERCUMA, hubungi Encik Aiden Teh, Pengurus Pembangunan Perniagaan di [email protected] (010-2211150). Talian am dan emel: 03-80709933 dan [email protected].

Nantikan artikel Ekosistem Bangunan Komersial Pintar TimeTec seterusnya pada setiap hari Rabu! Klik di sini untuk artikel ketiga siri ini: https://www.malaysiakini.com/announcement/626501 

Versi English: https://www.malaysiakini.com/announcement/626500 

Mengenai Kumpulan TimeTec

Kumpulan TimeTec telah ditubuhkan pada tahun 2000. Dengan R&D in-house yang kuat dalam pembangunan perisian dan perkakasan, TimeTec telah memfailkan lebih daripada 20 paten di AS dan Malaysia; dan membangunkan penyelesaian HRTech terkini untuk pengurusan tenaga kerja dan penyelesaian PropTech untuk kediaman pintar, bangunan digital, rumah/pejabat pintar, tempat letak kereta pintar dan perbandaran pintar, melancarkan kuasa biometrik, pengkomputeran awan & edge, IoT dan Teknologi AI untuk membina ekosistem awan yang unik. Semua penyelesaian ini menghubungkan dan mengubah landskap kehidupan kerja dan kehidupan rumah dalam perspektif digital yang lebih besar melalui aplikasi super yang disatukan.

Usaha pemasaran Kumpulan TimeTec telah berjaya menghasilkan tiga jenama IT tempatan yang diiktiraf di peringkat global, FingerTec, TimeTec dan iNeighbour. Melalui rangkaian yang luas, Kumpulan TimeTec menyalurkan produk peranti biometrik dan 18 aplikasi cloud, termasuk peralatan IoT, ke lebih 150 negara di seluruh dunia. Lawati laman web Kumpulan TimeTec di www.timeteccloud.com.

Syarikat-syarikat terkenal telah melanggan pelbagai penyelesaian TimeTec termasuk IOI Properties, Putrajaya Holdings, Ibraco, Binastra, Thriven, Hock Seng Lee, QSR Brands, Central Sugars Refinery CSR, Sunway Constructions, Mamee, Yakult, Nano Malaysia Berhad, Kossan, Zalora, Focus Point, Yee Lee Group, dan banyak lagi. Fleksibiliti dan kebolehsaknaan produk TimeTec juga menarik pelbagai pelanggan antarabangsa dari seluruh dunia termasuk dari Hong Kong, AS, UK, Arab Saudi, Dubai, Australia, Qatar, Afrika Selatan dan lain-lain.


Kandungan ini disediakan oleh TimeTec.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.

ADS