Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
Ekosistem Bangunan Pintar (6/13): Perniagaan Berhampiran (Near Field Commerce), Trend Seterusnya
Diterbitkan:  Jul 20, 2022 12:43 PM
Dikemaskini: 4:53 AM

Walaupun kejayaan perniagaan e-Dagang tanpa sempadan dan O2O (online ke offline) meningkat terutama selepas serangan Covid-19, tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian besar aktiviti membeli-belah masih berlaku di kedai-kedai berhampiran, di mana kita sering mendapatkan barang-barang keperluan dari kedai-kedai yang berdekatan dengan kediaman dan pejabat. Perniagaan kedai-kedai berhampiran kekal sebagai cara biasa masyarakat membelanjakan wang mereka. 

“Adakah terdapat keperluan untuk memperluaskan perniagaan berhampiran ini yang melayani masyarakat di dalam dan di luar talian, jika mereka hanya melayani masyarakat di sekitarnya? Apa faedahnya kepada masyarakat berhampiran? Apakah istilah yang lebih baik untuk menerangkan perniagaan dalam talian untuk kawasan berdekatan? Dan saya menggunapakai Near Field Commerce, istilah yang saya cipta menggunakan akronim terkenal, NFC,  Near Field Communication protokol yang berlaku dalam jarak 4cm untuk dua peranti elektronik." Teh Hon Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TimeTec  membincangkan trend perdagangan masyarakat akan datang.

Menurut beliau, "Salah satu masalah sistem e-Dagang sedia ada ialah, apabila anda membeli beberapa barang melalui dari satu platform eCommerce, pesanan anda mungkin akan terbahagi kepada beberapa penghantaran, yang menambah masalah pelepasan karbon dan pembaziran pembungkusan. Tetapi masalah ini tidak wujud untuk perniagaan berhampiran. Walaupun untuk platform pembelian secara berkumpulan seperti Groupon, yang mengumpulkan semua pembelian dari individu untuk menikmati potongan harga produk, penghantarannya masih dilakukan secara berasingan. Di kebanyakan platform e-Dagang, pelanggan selalu dianggap sebagai individu yang terpisah; manakala Near Field Commerce mensasarkan individu di dalam komuniti dan bukannya individu yang berselerak dari mana-mana sahaja,"

 "Apabila platform perdagangan mensasarkan komuniti, ia dapat mencapai 'Pembelian Berganda, Satu Penghantaran', baik ke tempat kerja atau pun ke komuniti kediaman," sambung Teh. "TimeTec mempunyai Aplikasi TimeTec Tenant untuk bangunan perniagaan, dan Aplikasi iNeighbour untuk komuniti kediaman yang terbina dalam platform perdagangan yang terdiri daripada tiga komponen iaitu i-Merchants untuk penyenaraian perniagaan, TimeTec Mart untuk pembelian online termasuk ciri pembelian kumpulan komuniti , dan i-Ad untuk para peniaga mengiklankan dan meningkatkan penjualan mereka."

"Bayangkan jika ada projek perbandaran yang dibangun dengan lot kedai campuran, pusat membeli-belah, kediaman dan menara pejabat, Near Field Commerce dapat menghubungkan peniaga dan pekerja serta komuniti kediaman yang berdekatan dengan lebih baik. Dan dengan penyertaan para peniaga, pemaju perbandaran dapat menjana pendapatan sambil mengekalkan Aplikasi label-putih untuk bangunan komersial dan kediaman yang ditawarkan kepada penyewa dan penduduknya secara percuma. "

Teh juga menekankan, "Near Field Commerce adalah konsep baru, tetapi ianya tidak boleh dibina secara berasingan. Sebaliknya, ia harus kekal sebagai sebahagian daripada ekosistem bangunan digital untuk bangunan komersial atau kediaman. "

Apabila digabungkan dengan aplikasi komuniti, ini membolehkan kumpulan komuniti membeli dengan potongan harga dan ianya  menjimatkan kos logistik yang besar dengan hanya satu penghantaran untuk beberapa item ke beberapa unit dan individu. Oleh kerana platform Near Field Commerce adalah sebahagian dari ekosistem masyarakat, ia juga harus berintegrasi dengan sistem pengurusan pelawat untuk memudahkan penghantaran pembelian untuk keselamatan yang lebih baik. Kumpulan TimeTec telah memfailkan empat paten untuk Near Field Commerce.

Untuk maklumat lanjut, terdapat artikel yang ditulis oleh Teh Hon Seng tentang Near Field Commerce.  

https://ineighbour.blogspot.com/2018/06/near-field-commerce-another-rising.html

Artikel ini juga telah diterbitkan dalam Bab 19 buku “Smart Residential Communities: Principles, Practices & Practical Guidebook”. Pautannya di sini: https://www.i-neighbour.com/SmartResidentialCommunities

Untuk demo dan rundingan PERCUMA, hubungi Encik Aiden Teh, Pengurus Pembangunan Perniagaan di [email protected] (010-2211150). Talian am dan emel: 03-80709933 dan [email protected].

Nantikan artikel Ekosistem Bangunan Komersial Pintar TimeTec seterusnya pada setiap hari Rabu! Klik di sini untuk artikel kelima siri ini: https://www.malaysiakini.com/announcement/628088 

Versi English: https://www.malaysiakini.com/announcement/628089 

Mengenai Kumpulan TimeTec

Kumpulan TimeTec telah ditubuhkan pada tahun 2000. Dengan R&D in-house yang kuat dalam pembangunan perisian dan perkakasan, TimeTec telah memfailkan lebih daripada 20 paten di AS dan Malaysia; dan membangunkan penyelesaian HRTech terkini untuk pengurusan tenaga kerja dan penyelesaian PropTech untuk kediaman pintar, bangunan digital, rumah/pejabat pintar, tempat letak kereta pintar dan perbandaran pintar, melancarkan kuasa biometrik, pengkomputeran awan & edge, IoT dan Teknologi AI untuk membina ekosistem awan yang unik. Semua penyelesaian ini menghubungkan dan mengubah landskap kehidupan kerja dan kehidupan rumah dalam perspektif digital yang lebih besar melalui aplikasi super yang disatukan.

Usaha pemasaran Kumpulan TimeTec telah berjaya menghasilkan tiga jenama IT tempatan yang diiktiraf di peringkat global, FingerTec, TimeTec dan iNeighbour. Melalui rangkaian yang luas, Kumpulan TimeTec menyalurkan produk peranti biometrik dan 18 aplikasi cloud, termasuk peralatan IoT, ke lebih 150 negara di seluruh dunia. Lawati laman web Kumpulan TimeTec di www.timeteccloud.com.

Syarikat-syarikat terkenal telah melanggan pelbagai penyelesaian TimeTec termasuk IOI Properties, Putrajaya Holdings, Ibraco, Binastra, Thriven, Hock Seng Lee, QSR Brands, Central Sugars Refinery CSR, Sunway Constructions, Mamee, Yakult, Nano Malaysia Berhad, Kossan, Zalora, Focus Point, Yee Lee Group, dan banyak lagi. Fleksibiliti dan kebolehsaknaan produk TimeTec juga menarik pelbagai pelanggan antarabangsa dari seluruh dunia termasuk dari Hong Kong, AS, UK, Arab Saudi, Dubai, Australia, Qatar, Afrika Selatan dan lain-lain.


Kandungan ini disediakan oleh TimeTec.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.

ADS