KUALA LUMPUR – Lalamove, sebuah platform penghantaran on-demand, berbangga untuk menawarkan faedah terbaru kepada rakan pemandu mereka, hasil kerjasama bersama jenama telefon bimbit terkemuka vivo Malaysia.
Di bawah Program Ganjaran Rakan Pemandu Lalamove, vivo Malaysia menawarkan beberapa telefon bimbit pintar kepada rakan pemandu Lalamove dengan harga mampu milik. Antara telefon bimbit yang tersedia adalah model vivo Y02t 4+64 yang ditawarkan dengan harga serendah RM385.
Selain daripada model 702T 4, beberapa model telefon bimbit lain juga ditawarkan dengan harga dalam lingkungan RM470 sehingga RM995 sahaja, termasuk model terbaru vivo Y36 5G yang dikeluarkan pada tahun 2023.
Rakan pemandu Lalamove juga boleh mengambil kesempatan ini untuk membeli produk mudah alih dan aksesori terpilih dengan potongan harga sehingga RM40.
Menurut Jane Teh, Pengarah Urusan Lalamove Malaysia, faedah ini adalah seiring dengan misi Lalamove untuk memberi pelbagai ganjaran kepada rakan pemandu sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka.
“Kerjasama dengan vivo menguatkan lagi misi Lalamove untuk terus memperkasakan rakan pemandu kami dengan menawarkan pelbagai kelebihan yang memberi manfaat kepada kehidupan mereka.’’
“Dengan menawarkan telefon bimbit dengan harga eksklusif untuk rakan pemandu, Lalamove berharap ganjaran ini dapat membantu rakan pemandu untuk menjalankan kerja dengan lebih cekap dengan adanya telefon bimbit yang efisien tanpa perlu berbelanja lebih.”
Selain daripada diskaun yang menarik, vivo juga menawarkan hadiah misteri, jaminan sehingga dua tahun dan ansuran 0% melalui kredit kad Maybank atau Atome kepada rakan pemandu yang berminat untuk menebus ganjaran ini.
Dengan memberi sokongan penuh kepada rakan pemandu Lalamove yang ingin menambahbaik pengalaman bekerja mereka, Lalamove menjemput rakan pemandu untuk menebus tawaran vivo ini untuk menikmati telefon bimbit berjenama yang mampu milik dan memudahkan perjalanan penghantaran mereka.
Orang ramai juga dijemput untuk mendaftar sebagai rakan pemandu Lalamove untuk menikmati ganjaran ini serta pelbagai ganjaran lain yang ditawarkan oleh Lalamove. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Program Ganjaran Rakan Pemandu Lalamove.
Artikel ini disediakan oleh Lalamove
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
