KESUMA tekankan kepentingan kesihatan psikososial
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) pada hari ini telah menganjurkan Karnival Kesihatan Pekerjaan KESUMA MADANI Peringkat Kebangsaan 2024 dan Majlis Pelancaran Garis Panduan Pentaksiran dan Pengurusan Risiko Psikososial di Tempat Kerja 2024. Majlis perasmian karnival yang diadakan di Setia City Convention Centre, Setia Alam, Selangor ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KESUMA.

Isu psikososial dalam kalangan tenaga kerja Malaysia semakin meruncing. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi (NHMS) 2023 menunjukkan 4.6% populasi dewasa di Malaysia mengalami simptom kemurungan.
Di peringkat global, 15% pekerja mengalami isu psikososial. Lebih membimbangkan, perkara ini telah menyebabkan kerugian bernilai 1 trilion USD akibat kehilangan produktiviti, kehilangan 12 billion hari bekerja dan 50% kehilangan kos secara tidak langsung.
Statistik ini memberi penekanan yang mendesak berkaitan keperluan strategi komprehensif dalam menangani kesejahteraan mental di persekitaran profesional. Kesan negatif ini bukan sahaja dirasai oleh individu, tetapi juga memberi impak kepada produktiviti organisasi dan ekonomi negara. 1

Kandungan ini disediakan oleh KESUMA. Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di membership@malaysiakini.com atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/11/f7d2a7b6489d02c6f1dc6004cafad1a2.jpg)
