Hospital Pakar KPJ Ipoh ("KPJ Ipoh”) telah meraih pencapaian penting dengan lebih 100 pembedahan penggantian lutut sepenuhnya dengan bantuan robotik yang telah berjaya dilaksanakan sejak teknologi ini diperkenalkan pada Ogos 2024. Pencapaian ini menonjolkan fokus hospital yang berterusan dalam mengintegrasikan teknologi untuk menyokong ketepatan dan perancangan pembedahan dalam penjagaan ortopedik.
Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare berkata, “Pencapaian untuk lebih 100 pembedahan dalam tempoh hanya tujuh bulan mencerminkan keupayaan kukuh pasukan kami di KPJ Ipoh serta keyakinan yang semakin meningkat terhadap prosedur dengan bantuan robotik. Saya mengucapkan tahniah kepada seluruh pasukan atas dedikasi mereka dalam mencapai kejayaan ini. Ia mencerminkan iltizam mereka untuk terus meneroka inovasi dalam penjagaan pesakit, di samping menyokong usaha kami dalam membangunkan KPJ Health System – sebuah model penjagaan kesihatan yang lebih bersepadu dan bersedia untuk masa depan yang menggabungkan penjagaan, penyelidikan dan pendidikan bagi menawarkan nilai yang lebih baik untuk pesakit.”

Sistem robotik yang dikenali sebagai CUVIS ini digunakan secara meluas di peringkat global untuk prosedur penggantian lutut sepenuhnya (“TKR”). Ia membantu pakar bedah dengan menghasilkan simulasi 3D bagi perancangan pra-pembedahan serta menyokong penjajaran yang lebih tepat semasa pembedahan. Di KPJ Ipoh, sistem ini dikendalikan oleh pakar bedah ortopedik yang berbekalkan latihan khusus dalam teknik bantuan robotik.
”Kita masih bergantung kepada kepakaran pembedahan, namun alatan digital membolehkan kami merancang dan melaksanakan prosedur dengan lebih konsisten. Pencapaian ini membuktikan peranan sistem bantuan robotik dalam menyokong ketepatan serta menambah baik pengalaman pembedahan untuk pakar bedah dan juga pesakit,” tambah Dr Luis Chen Shian Liang, Pengarah Perubatan KPJ Ipoh.

Osteoartritis kekal sebagai salah satu punca utama kesakitan sendi di Malaysia, terutamanya dalam kalangan warga emas. Bagi pesakit yang mengalami kes lanjutan di mana rawatan konservatif tidak lagi berkesan, TKR sering disyorkan. Alatan bantuan robotik kini semakin banyak digunakan bagi melengkapkan kaedah pembedahan sedia ada.

Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]
