Kempen Vico Bytes Take Over tampil dengan pendekatan pemasaran bergerak yang lebih dekat dengan orang ramai apabila Abang Bytes dibawa terus ke kawasan bertrafik tinggi untuk mencuri perhatian.
Dengan penunggang lengkap beridentiti jenama, Abang Bytes aktif bergerak di lokasi tumpuan seperti Lembah Klang, Melaka, Pulau Pinang dan Johor Bahru, menjadikan kehadiran mereka mudah dilihat dan sukar diabaikan.
Sesiapa sahaja yang terserempak dengan Abang Bytes berpeluang menebus sampel percuma, sekali gus menjadikan kempen ini lebih interaktif dan menyeronokkan, bukan sekadar promosi biasa.
Vico Bytes Take Over dilancarkan pada 14 Januari lalu di Blossom A Glassmansion, Kuala lumpur.

Kempen Roving & Sampling itu berlangsung selama 12 hari, melibatkan tiga hujung minggu berturut-turut dari Khamis hingga Ahad.
Aktiviti dijalankan pada dua waktu utama iaitu 8 pagi hingga 10 pagi dan 5 petang hingga 7 petang bagi memastikan kempen benar-benar sampai kepada orang ramai.
Antara lokasi dijadualkan diteruskan pada 20 hingga 24 Januari ini adalah Kuala Lumpur, Subang Jaya dan Petaling Jaya bertempat di NU Sentral, Summit USJ dan Damansara Uptown.
Bagi Melaka, Pulau Pinang dan Johor Bahru, peminat boleh menemui Abang Bytes pada tarikh 21 hingga 23 Januari ini di lokasi seperti Bukit Beruang, Lotus Gelugor dan Masjid Jamek Bandar Baru Uda.

Seramai 50 penunggang digerakkan setiap hari merangkumi semua lokasi terpilih, sekali gus memastikan kehadiran jenama konsisten dan terasa sepanjang tempoh kempen.
Pendekatan itu menjadikan Abang Bytes sebagai pencetus mobile buzz yang menggabungkan visual menarik, interaksi secara langsung dan pengalaman jenama yang lebih dekat dengan pengguna.
