Masalah yang paling biasa yang pelajar hadapi adalah kewangan. Ketika di universiti dahulu, kita perlu mencari wang untuk membeli gajet seperti telefon pintar dan komputer riba oleh kerana keperluan yang dikehendaki untuk memudahkan urusan pembelajaran. 

Oleh kerana permasalahan ini mendatangkan implikasi yang negatif, saya telah mencari beberapa alternatif untuk menyelesaikan masalah ini dalam kalangan rakan-rakan saya. Setelah meneliti beberapa alternatif, saya mula terfikir, tiadakah syarikat yang membolehkan para pelajar universiti ini membeli secara ansuran tanpa perlu melalui proses yang sukar seperti bank? Proses sukar yang saya maksudkan disini adalah peminjam perlu menyediakan dokumen-dokumen seperti slip gaji, bil-bil elektrik dan sebagainya.

Suatu hari, saya melayari Facebook dan terlihat satu iklan tentang PAYLATER. Iklannya sungguh menarik sehinggakan saya memuat turun aplikasi tersebut di telefon pintar saya. Setelah saya membuka aplikasi PAYLATER, saya melihat beberapa perkara yang menarik.

Yang pertamanya, pembelian yang dilakukan oleh pengguna boleh dibuat secara ansuran bulanan tanpa perlu menyediakan dokumentasi seperti slip gaji dan sebagainya. Servis sebegini amat ditagih oleh pelajar-pelajar kerana mereka tiada masa untuk mengumpul wang bagi membeli secara tunai. Ansuran bulanan yang ditawarkan PAYLATER dapat memberikan kemudahan khususnya kepada para pelajar bagi membeli barangan yang mahal secara ansuran.

Keduanya, produk-produk yang ditawarkan oleh PAYLATER juga banyak. Ada gajet, barangan keperluan rumah, aksesori gajet, makanan dan juga keperluan bayi yang boleh dibayar secara ansuran bulanan.

Apa yang paling menarik di dalam aplikasi PAYLATER adalah ia mempunyai had kewangan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, jika saya hanya ingin membayar RM150 sebulan, saya boleh meletakkan had saya sebanyak RM600 sahaja bagi mengelakkan saya membeli melebihi had kewangan yang saya mampu bayar.

Aplikasi PAYLATER merupakan satu bisnes unit yang memberikan kelebihan kepada pengguna menerusi limitasi ke atas perbelanjaan di dalam aplikasi tersebut iaitu tiada limitasi wang untuk pembelian secara bulanan. Secara mudahnya, anda boleh membeli apa sahaja di dalam aplikasi tersebut berdasarkan kemampuan kewangan anda. 

Di dalam aplikasi PAYLATER, mereka hanya mengenakan caj kepada pembeli yang tidak patuh kepada arahan pembayaran. Ini bermakna, selagi anda membayar pada tempohnya, caj-caj yang tersembunyi tidak akan dikenakan.

Sepanjang saya menggunakan aplikasi ini, saya berpuas hati dengan servis yang diberikan. Dari segi pembayaran, ia tidak menjadi satu permasalahan oleh kerana platform pembayaran divariasikan. Saya boleh membayar menggunakan ‘online banking’, kad debit dan pelbagai lagi. Cuma, barang-barang yang ditawarkan perlu ditambah baik lagi dari segi variasi produk, variasi jenama dan sebagainya.

Kini, saya boleh memberitahu rakan-rakan saya yang berada di universiti untuk menggunakan aplikasi ini untuk membeli gajet keperluan mereka untuk terus fokus ketika belajar.

Laman web PAYLATER: https://www.paylater.com.my/ 

Muat turun PAYLATER app: https://bit.ly/3sg3qm8