Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Miliki kediaman idaman berhampiran stesen MRT- hanya daripada RM 320K*
Diterbitkan:  Jun 29, 2022 12:28 PM
Dikemaskini: Jul 19, 2022 10:21 AM

Setiap orang tentunya mempunyai impian untuk memiliki kediaman idaman yang bukan sahaja menepati citarasa tetapi juga mempunyai prasarana terbaik.

Tidak kira sama ada anda pembeli rumah kali pertama atau sedang mencari rumah kedua dan rumah tetap, pasaran perumahan yang berkembang di Kajang ternyata boleh memberi banyak potensi.

Bagi sesiapa yang masih mencari kediaman impian, jawapan kepada pencarian anda sebenarnya ada di Jernih Residence yang terletak di kawasan strategik seluas 5.28 ekar di tengah-tengah bandar Kajang. Projek yang diusahakan oleh Master Community Developer Sunway Property yang bakal menjadi mercu tanda yang cemerlang di Kajang.

Direka untuk gaya hidup moden di kawasan perbandaran yang kontemporari, Jernih Residence akan mempunyai dua blok. Unit kediaman tersebut akan mempunyai empat saiz — di antara 550 hingga 850 kaki persegi — dan harganya bermula dari RM320,000. Unit-unit yang ditawarkan juga akan mempunyai 1+1 hingga tiga bilik tidur.

Nikmati kemudahan eksklusif

Selain lokasinya yang strategik, Jernih Residence mempunyai akses ke pelbagai kemudahan di sekitarnya – yang tidak lama akan mendorong lonjakan nilai hartanah di kawasan ini – seperti stesen MRT Sungai Jernih (50m) yang bersebelahan dengan Jernih Residence.

Jernih Residence juga merupakan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) yang mempunyai tahap hubungan dan akses yang mudah. Sekarang anda boleh menuju ke pusat bandaraya Kuala Lumpur dengan hanya menaiki MRT!

Bukan itu sahaja, sekiranya anda memerlukan perkhidmatan perubatan, Hospital KPJ Kajang terletak dalam lingkungan 350 meter dari Jernih Residence. Anda juga boleh menghantar anak-anak anda ke pelbagai institut pendidikan yang terletak berdekatan seperti Kolej Universiti New Era, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), UniKL dan Sekolah Antarabangsa Beaconhouse Newlands yang menawarkan pendidikan berkualiti.

Selain itu, terdapat juga Lotus’s Kajang (Tesco Extra Kajang) yang terletak hanya 500 meter dari Jernih Residence untuk anda membeli-belah dan meluangkan masa dengan keluarga.

Penduduk yang bekerja di bandar boleh mengakses lebuh raya utama dengan mudah seperti Lebuhraya Cheras-Kajang, Kajang Dispersal Link (SILK) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS).

Ruang harmoni dan kemudahan gaya hidup moden

Jernih Residence melengkapkan penghuni dengan bilik yang luas dan setiap unit akan mempunyai ruang halaman yang boleh dijadikan sebagai taman peribadi. Di sini terletaknya rumah yang direka bentuk secara inovatif untuk membawa pengudaraan yang baik, pencahayaan semula jadi dan pemandangan yang cukup indah,

Pembangunan lestari ini mempunyai reka bentuk yang praktikal dan ia juga berjaya meraih pensijilan GreenRE, yang mematuhi syarat dalam mewujudkan bangunan hijau.

Rehat dan santai di kolam renang infinity 30m

Pembangunan ini bakal menyediakan pelbagai kemudahan bagaikan berada di sebuah pusat peranginan. Nikmati kemudahan gaya hidup moden seperti kolam infiniti 30m, kolam renang kanak-kanak, jakuzi, geladak serbaguna, taman permainan kanak-kanak, laluan joging, gimnasium, Party Pavilion yang sesuai dijadikan tempat beristirehat bersama keluarga.

Jernih Residence juga mempunyai gelanggang bola keranjang dan gelanggang serba guna bagi individu-individu yang gemar bersukan.

Penghuni boleh menganjurkan sambutan hari jadi atau bertemu dengan rakan-rakan di Teres BBQ yang serba lengkap.

Anda tidak perlu bimbang tentang soal keselamatan di Jernih Residence kerana bangunan ini mempunyai pengawasan CCTV 24/7 dan rondaan pengawal keselamatan yang akan memastikan anda dan orang tersayang sentiasa selamat.

Dengan segala kemudahan yang dibangunkan tidak syak lagi Jernih Residence adalah sebuah kediaman impian yang bakal menjadi idaman setiap keluarga.

Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.jernihresidence.com/ atau hubungi 1700-81-2229. Daftar di sini untuk mendapatkan tawaran istimewa. Rumah idaman anda menanti!

Sekiranya ingin menghubungi Sunway Property untuk sebarang pertanyaan, anda boleh isi butiran anda di "Google Forms" di bawah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS