Lotus’s #ImbasBalik Harga 2019 untuk pengguna menikmati penjimatan yang lebih besar
Peningkatan harga barang terutamanya barangan keperluan jelas menyebabkan kebanyakan rakyat terutama daripada golongan B40 terus dibelenggu kos sara hidup tinggi yang tidak setara dengan pendapatan.
Jangan risau, kerana pasaraya Lotus’s mempunyai berita baik untuk anda! Lotus’s Malaysia telah memperkenalkan fasa kedua kempen #ImbasBalik Harga 2019. Yang menariknya, kempen ini menawarkan pengguna harga pra-covid untuk lebih daripada 500 jenis produk di kesemua 64 stornya - memberikan pengguna penjimatan yang lebih besar.
Antara produk yang ditawarkan termasuk barangan runcit makanan, minuman, alat tulis, barangan elektrik dan peralatan dapur. Ia adalah lokasi sehenti untuk semua barangan keperluan anda. Untuk melihat rangkaian produk yang tersenarai dalam kempen ini, anda boleh lawati di SINI!


Kempen #ImbasBalik Harga 2019 fasa (1.0) telah diperkenalkan pada bulan April 2022 sempena Ramadan-Hari Raya. Pada tempoh tersebut, pelanggan boleh menikmati 20 jenis barangan pada harga yang rendah dan objektifnya adalah untuk membawa keceriaan kepada para pelanggan yang menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri selepas dua tahun mengalami perintah berkurung akibat Covid-19.
Untuk fasa kedua, kempen Lotus’s #ImbasBalik Harga 2019 telah dilancarkan pada 20 Jun 2022 dan akan berakhir pada 2 Oktober 2022.
“Sambutan positif daripada pelanggan dan rakan niaga kami semasa fasa pertama kempen ini, adalah sebab utama kami membuat keputusan untuk membawa kembali #ImbasBalik Harga 2019, dan kali ini Lotus’s menawarkan pilihan produk yang lebih meluas. Berdasarkan tinjauan, kami mendapati kebanyakan pelanggan kini beralih kepada jenama alternatif di mana ia lebih mampu milik tetapi pada masa yang sama berkualiti. Oleh itu, pelanggan dialu-alukan untuk mencuba produk berjenama Lotus’s. Di sini kami mempunyai pelbagai produk yang pasti akan memenuhi cita rasa anda,” kata Vivian Yap, Pengarah Eksekutif Pelanggan, Lotus’s Malaysia.

Melalui kempen #ImbasBalik Harga 2019, pelanggan yang membuat pembelian di Lotus’s semasa tempoh promosi akan dapat menikmati harga diskaun dengan penjimatan sehingga 20%. Tawaran ini boleh dinikmati di kesemua stor Lotus’s, Lotus’s Shop Online dan platform penghantaran dalam talian seperti HappyFresh, Foodpanda dan Grab.
Pelanggan Lotus’s yang merupakan ahli MyLotus’s boleh mengumpul mata ganjaran untuk setiap pembelian dan seterusnya boleh menikmati lebih penjimatan apabila mereka menebus mata ganjaran mereka melalui Aplikasi Lotus’s Malaysia.
Dari stor ke rumah anda hanya dengan satu aplikasi! Kini, anda boleh buat pesanan, nikmati promosi, kumpul mata dan tebus ganjaran di aplikasi Lotus’s Malaysia.

Jangan tunggu lagi, sempena kempen #ImbasBalik Harga 2019 di Lotus's, anda tidak perlu risau. Dapatkan segera pelbagai pilihan barangan yang ditawarkan sambil menikmati penjimatan terbaik di semua rangkaian Lotus’s di seluruh Malaysia hari ini.
Anda juga boleh nantikan pelbagai promosi dari Lotus’s pada bulan Ogos sempena Hari Merdeka! Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web Lotus’s, atau ikuti media sosial Lotus’s di Facebook: @LotussMalaysia, Instagram: @lotussmalaysia

