Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Ketahui kesemua cadangan dan pendebat popular siri pertama Debaton Parlimen Belia 2022
Diterbitkan:  Aug 23, 2022 2:57 PM
Dikemaskini: 7:56 AM

Dalam siri pertama Debaton Parlimen Belia 2022 anjuran bersama Malaysiakini dan KiniEvents dengan kerjasama Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia, 10 perwakilan belia di seluruh negara telah cuba menangani isu peratusan keluar mengundi yang rendah dalam kalangan belia semasa pilihan raya baru-baru ini.

Matlamat perbincangan ini adalah untuk memberi peluang kepada belia berdialog, menyuarakan cabaran dan masalah serta memberi pandangan dan cadangan tentang cara menggalakkan belia untuk keluar mengundi. 

Pendebat-pendebat berusia antara 16 dan 25 tahun telah membawa hujah-hujah konkrit bagi meyakinkan para hadirin sebelum mereka mengundi untuk menyokong atau membangkang usul yang dibawa.

Secara keseluruhannya, terdapat seramai 3,002 jumlah pengundi yang telah mengambil bahagian dalam undian Debaton Parlimen Belia 2022. Berdasarkan 10 cadangan yang dikemukakan oleh perwakilan belia, cadangan Jason Kng Wei Liang dari kumpulan pembangkang iaitu (Dibelenggui Faktor Luaran Seperti Pendidikan dan Pekerjaan) telah mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 79%. 

Pelajar yang berumur 23 tahun dari Universiti Sains Malaysia tersebut, telah dinobatkan Pendebat Popular bagi siri pertama, usul 1 Debaton Parlimen 2022.

Ini diikuti oleh cadangan Farhan Mokhali dari kumpulan kerajaan iaitu (Kegiatan Melompat Parti) yang mempunyai 66% undian dan cadangan Hema Shankari dari kumpulan pembangkang iaitu (Kerajaan Tidak Menjadi Inspirasi Politik) yang mempunyai 65% undian.

Di bawah adalah 10 cadangan daripada para belia:

1. Dominasi Politik

2. Sistem Mengundi Lemah

3. Sistem Undi Pos Tidak Mesra Pengguna

4. Kurang Yakin Dengan Amanah Kerajaan

5. Kerajaan Tidak Menjadi Inspirasi Politik

6. Dibelenggu Faktor Luaran Seperti Pendidikan dan Pekerjaan

7. Tidak Yakin Dengan SPR dan Demokrasi

8. Kegiatan Melompat Parti

9. Rasa Tersisih Dalam Penggubalan Dasar Negara

10. Belia Tidak Cakna Untuk Turun Mengundi

Semua kenyataan masalah dan cadangan yang telah dibentang oleh para pendebat akan didokumentasikan lalu diserahkan kepada Jabatan Belia dan Sukan daripada Kementerian Belia dan Sukan.

Pusingan perbahasan berikut akan diadakan dari September hingga Oktober, dan peserta dikehendaki berhujah mengenai pengundian wajib.

Anda boleh menonton semula debat sesi pertama dan sesi kedua Debaton Parlimen Belia 2022. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Debaton Parlimen Belia 2022 di sini atau emel ke [email protected].

ADS