Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Ketahui kesemua cadangan dan pendebat popular siri kedua Debaton Parlimen Belia 2022
Diterbitkan:  Sep 21, 2022 9:30 PM
Dikemaskini: 1:31 PM

Dalam siri kedua Debaton Parlimen Belia 2022 anjuran bersama Malaysiakini dan KiniEvents dengan kerjasama Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia, Pesuruhjaya Tinggi Australia dan juga Taylor’s College, 10 perwakilan belia di seluruh negara telah cuba menangani isu peratusan keluar mengundi yang rendah dalam kalangan belia semasa pilihan raya baru-baru ini.

Matlamat perbincangan ini adalah untuk memberi peluang kepada belia berdialog, menyuarakan cabaran dan masalah serta memberi pandangan dan cadangan tentang cara menggalakkan belia untuk keluar mengundi. 

Pendebat-pendebat berusia antara 18 dan 23 tahun telah membawa hujah-hujah konkrit bagi meyakinkan para hadirin sebelum mereka mengundi untuk menyokong atau membangkang usul yang dibawa.

Secara keseluruhannya, terdapat seramai 1,557 jumlah pengundi yang telah mengambil bahagian dalam undian Debaton Parlimen Belia 2022. Berdasarkan 10 cadangan yang dikemukakan oleh perwakilan belia, cadangan Che Aidil Erfan dari kumpulan pembangkang iaitu (Tiada Tawaran Polisi Yang Menarik) telah mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 86%. 

Pelajar yang berumur 22 tahun dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia tersebut, telah dinobatkan Pendebat Popular bagi siri kedua Debaton Parlimen 2022.

Ini diikuti oleh cadangan Adam Ashraff dari kumpulan kerajaan iaitu (Kesedaran Politik Yang Lemah) yang mempunyai 74% undian dan cadangan Nurul Hamizatul Ain dari kumpulan pembangkang iaitu (Wujud Defisit Kepercayaan Terhadap Ahli Politik) yang mempunyai 73% undian.

Di bawah adalah 10 cadangan daripada para belia:

1. Kesedaran Politik Yang Lemah

2. Masalah Jaringan Pengangkutan dan Perhubungan

3. Kos Lepas Yang Tinggi Untuk Turn Mengundi

4. Kleptokrasi

5. Tiada Tawaran Polisi Yang Menarik

6. Kelemahan Dalam Literasi Pendidikan Politik

7. Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971

8. Kurang Pendedahan Dan Asas Yang Lemah

9. Wujud Defisit Kepercayaan Terhadap Ahli Politik

10. Tiada Pengetahuan Politik Dan Tidak Bersedia Mengundi

Semua kenyataan masalah dan cadangan yang telah dibentang oleh para pendebat akan didokumentasikan lalu diserahkan kepada Jabatan Belia dan Sukan daripada Kementerian Belia dan Sukan.

Pusingan perbahasan berikut akan diadakan dari September hingga Oktober, dan peserta dikehendaki berhujah mengenai pengundian wajib.

Anda boleh menonton semula debat sesi pertama dan sesi kedua Debaton Parlimen Belia 2022. Jangan melepaskan peluang untuk saksikan topik usul kedua Debaton Parlimen Belia, klik di sini untuk RSVP sekarang! Untuk maklumat lanjut, layari laman web Debaton Parlimen Belia 2022 di sini.

Lihat Komen
ADS