Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Kisah Inovasi Anda Bermakna
Diterbitkan:  Oct 31, 2022 5:58 PM
Dikemaskini: 9:58 AM

Inovasi adalah lebih daripada sekadar istilah pengurusan yang selalu digunakan dalam era pasca pandemik ini - ia menandakan talian hayat untuk berkembang maju. Di era keemasan teknologi di Malaysia kini, hampir setiap individu dan perniagaan mengembara ke teras minda inovatif mereka! Mereka terus berinovasi dan memanfaatkan peluang baru yang muncul untuk mencapai pertumbuhan dan keuntungan, merapatkan jurang digital sambil mempercepatkan perjalanan transformasi digital Malaysia. 

“Tahun lepas kami meraikan inovator yang berani melangkah keluar dari zon selesa dan tampil dengan sumbangan cemerlang mereka melalui penggunaan digital dan pemikiran inovatif,” kata Premesh Chandran, Pengasas Bersama Malaysiakini.

“Sebagai hakim dalam beberapa kategori, saya dan Prem sangat kagum dengan cara perniagaan, akademia, agensi kerajaan, belia dan usahawan kita yang merebut peluang dan memanfaatkan platform digital sebagai senjata ampuh untuk mempertajam keupayaan mereka dan memacu perubahan positif,” kata Karamjit Singh, pengasas Digital News Asia.

Anugerah sulung pada 2021 telah memaparkan banyak produk dan strategi inovatif yang merentasi lapan kategori. Antara pemenang pada tahun tersebut termasuk Johnson Lam Hooi Liang untuk KakiRepair, NANOCAT, Universiti Malaya, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Manulife Insurance, Pandai Education, Beligas, Team S.A.T for Enhance dan banyak lagi. Panel hakim yang dihormati juga telah menganugerahkan 12 Penerima Merit. Penyelesaian inovatif ini mampu bersinar meski di tengah kesusahan dan lebih mengujakan untuk menjangka apa yang kita mampu lakukan pada tahun yang akan datang!

Steve Jobs pernah berkata bahawa inovasi ialah keupayaan untuk melihat perubahan sebagai peluang, dan bukanlah ancaman. Jadi, apakah kisah inovatif yang menanti kita untuk 2022?

Tahun ini Top In Tech Innovation Awards sekali lagi menerima pengiktirafan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan peneraju ekosistem seperti MyDIGITAL, Malaysian Consortium of Mid-Tier Companies (MCMTC), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI), PIKOM, SME Association Malaysia, Digital Penang, Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC), Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), Sabah Creative Economy & Innovation Centre (SCENIC), dan Internet Alliance. Axiata Group Berhad telah menjadi Rakan Kongsi Sokongan, dan rakan kongsi Media untuk tahun ini termasuk Sinar Daily, Marketing Magazine dan KiniTV.

“Kami amat teruja dengan apa yang menanti kami pada tahun ini dan mengalu-alukan kumpulan pemain teknologi yang lebih pelbagai untuk meneruskan perjalanan inovasi mereka dalam era keemasan teknologi ini!”, kata Karamjit Singh, Ketua Pegawai Eksekutif, Digital News Asia.

Kami berbesar hati dengan penglibatan beberapa pemimpin korporat terkemuka Malaysia yang kembali sebagai Ketua Panel Hakim untuk kategori tahun ini:

Innovator of the Year: Datuk NK Tong, Pengarah Urusan Kumpulan, Bukit Kiara Properties

  • Best Pivot: Yeoh Chen Chow, Pengasas Bersama, Fave

  • Most Promising: Ganesh Kumar Bangah, Pengerusi Eksekutif, Commerce.Asia;

  • Young Innovator of the Year: Prof. Ir. Eur. Ing. Ts. Dr. Vinesh Thiruchelvam, Ketua Pegawai Innovasi & Perusahaan, APU

  • Top In Tech Innovation Awards adalah sebuah platform untuk pemain teknologi, sektor awam, syarikat pemula, korporat, institusi akademik dan para pelajar membawa idea inovatif mereka dan diiktiraf atas sumbangan, usaha dan bakat luar biasa mereka dalam era kegemilangan inovasi ini!

    Sebagai pintu masuk dan peluang untuk mengembangkan inovasi mereka ke peringkat seterusnya, pemenang tahun ini akan menerima:1. Trofi kategori Top In Tech Innovation Awards 2022

    2. Geran Iklan Pemenang daripada Malaysiakini & Digital News Asia

    3. Hadiah Wang Tunai untuk “Young Innovator of the Year”

    4. Akses kepada program yang ditawarkan oleh MDEC:

    -Equidam Valuation Report

    -Green Lane for Funding Programs

    -Market Access Programme 

    -Mentor+

    -MDEC Innovation Exchange (MIX)

    -MDEC 1-to-1 Office

    Hantar penyertaan anda sebelum 30 November 2022! Layari www.topintech.my/awards untuk mengetahui lebih lanjut!  Tiada bayaran dikenakan untuk penyertaan.

    #YourInnovationStoryMatters


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS