Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Ketahui kesemua cadangan dan pendebat popular Usul kedua Debaton Parlimen Belia 2022
Diterbitkan:  Nov 30, 2022 5:11 PM
Dikemaskini: 9:11 AM

Dalam siri ketiga Debaton Parlimen Belia 2022, terdapat 10 perwakilan pendebat-pendebat berusia antara 16 dan 25 tahun dari seluruh negara yang membawa hujah-hujah konkrit bagi meyakinkan para hadirin sebelum mereka mengundi untuk menyokong atau membangkang usul yang dibawa.

Matlamat perbincangan ini adalah untuk memberi peluang kepada belia berdialog, menyuarakan cabaran dan masalah serta memberi pandangan dan cadangan mengenai usul yang bertajuk “Patutkah Rakyat Diwajibkan Mengundi”

Secara keseluruhannya, terdapat seramai 2,277 jumlah pengundi yang telah mengambil bahagian dalam undian Debaton Parlimen Belia 2022. Berdasarkan 10 cadangan yang dikemukakan oleh perwakilan belia, cadangan Tan Wei Siang dari kumpulan kerajaan iaitu (Kelesuan Rakyat dan Ketidakpercayaan Terhadap Proses Politik yang Berlangsung) telah mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 77%. 

Pelajar yang berumur 21 tahun dari Asia Pacific University Of Technology And Innovation tersebut, telah dinobatkan Pendebat Popular bagi sesi ini.

Ini diikuti oleh cadangan Nur Ain Natasha dari kumpulan kerajaan iaitu (Pendidikan Politik Lapangan) yang mempunyai 72% undian dan cadangan Clerie Olivia dari kumpulan pembangkang iaitu (Tidak Relevan untuk Kerajaan Memberi Tekanan Kepada Rakyat untuk Meletakkan Undi) serta Lisa Amanda iaitu (Kerajaan Tidak Stabil), kedua - dua cadangan tersebut mempunyai undian yang seri iaitu 62% undian. 

Kesemuanya, terdapat 10 cadangan daripada para belia:

1. Kelesuan Rakyat dan Ketidakpercayaan Terhadap Proses Politik yang Berlangsung

2. Pupuk Semangat Pemilikan dan Akauntabiliti ke atas Negara

3. Hak Mengundi Rakyat Semestinya Ada Pilihan untuk Tidak Mengundi

4. Pendidikan Politik Lapangan

5. Mengundi Tidak Lagi Menjadi Hak Individu Jika Ianya Diwajibkan

6. Tidak Relevan untuk Kerajaan Memberi Tekanan Kepada Rakyat untuk Meletakkan Undi

7. Kerajaan Tidak Stabil

8. Aturan Pengundian Khas

9. Kurang Pendidikan Politik yang Menyeluruh

10. Raih Semula Kepercayaan Pengundi

Semua kenyataan masalah dan cadangan yang telah dibentang oleh para pendebat akan didokumentasikan lalu diserahkan kepada Jabatan Belia dan Sukan daripada Kementerian Belia dan Sukan.

Siri Debaton Parlimen Belia 2022 ini adalah anjuran bersama Malaysiakini dan KiniEvents dengan kerjasama Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia dan Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia.

Pusingan perbahasan terakhir pada tahun ini, dengan topik mengenai pindaan undang - undang pembiayaan politik juga telah diadakan pada 29 Oktober baru-baru ini. Anda boleh layari di sini untuk tonton episod terakhir Debaton Parlimen Belia untuk tahun 2022. 

Jika anda belum menonton sesi-sesi debat yang lepas, anda boleh menonton semula sesi pertama dan sesi kedua dan sesi ketiga. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Debaton Parlimen Belia 2022 di sini.

ADS