Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Tak perlu jumpa doktor gigi? 9 Mitos tentang ubat gigi anda perlu tahu
Diterbitkan:  Dec 22, 2022 5:33 PM
Dikemaskini: 9:33 AM

Ubat gigi memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Terdapat pelbagai jenama dan jenis ubat gigi yang kini berada di pasaran. Pemilihan ubat gigi yang terbaik agak mengelirukan. Kebanyakannya tidak mengetahui kepentingan dan fakta tentang penggunaan ubat gigi. Mari kita rungkai mitos-mitos yang sering didengar tentang ubat gigi. 

1. Semua ubat gigi sama je!

Tidak! 

Kebanyakan pengguna ubat gigi percaya bahawa semua ubat gigi adalah sama. Memandangkan perasa dan bahan-bahan yang terkandung tidak benar-benar menunjukkan perbezaan, maka ramai yang mula percaya formula asas ubat gigi adalah sama. 

Penghasilan ubat gigi sememangnya berkongsi formula yang tidak jauh beza, tetapi terdapat perbezaan besar dalam perumusan ubat gigi yang terhasil sesuai untuk masalah gigi yang tertentu seperti ubat gigi pemutihan dan ubat gigi sensitif. Rujuk pada pakar gigi untuk mengetahui jenis ubat gigi yang sesuai untuk keperluan anda.

2. Kalau tahu teknik berus, pakai apa pun okay. 

Tidak semestinya! 

Teknik memberus gigi sememangnya penting, tetapi ubat gigi juga memainkan peranan penting dalam memastikan gigi dan gusi anda dalam keadaan sihat. Teknik memberus dan pemilihan jenis ubat gigi yang sesuai dapat mengelakkan pengeluaran plak pada gigi sekaligus mengurangkan masalah mulut. Ini kerana, jika anda mempunyai masalah gigi yang tertentu, tidak semua jenis ubat gigi anda boleh gunakan. 

3. Tiada bahan kimia dalam ubat gigi ‘semula jadi’.

Tidak! 

Ubat gigi yang diiklankan mempunyai bahan semua jadi bukanlah bermakna ia benar-benar bebas daripada bahan kimia. Ubat gigi semula jadi selalunya kurang mengandungi bahan kimia terutama sekali bahan kimia tambahan. 

Oleh itu, ubat gigi semula jadi tidaklah menjamin 100% penggunaan bahan bebas kimia. Apa yang perlu dititik beratkan sebenarnya adalah keselamatan dalam penggunaan ubat gigi yang boleh digunakan tanpa was-was dan tiada sebarang ujian terhadap hidupan seperti haiwan. 

4. Flourida memang ada dalam semua ubat gigi kan?

Tidak semua ubat gigi mengandungi flourida. 

Flourida merupakan salah satu elemen penting dalam penghasilan ubat gigi yang membantu dalam mencegah penularan plak serta menguatkan gigi. 

Tetapi tidak bermakna ubat gigi tanpa flourida adalah ubat gigi tidak berkualiti. Ubat gigi tanpa flourida selalunya mengandungi kandungan semula jadi seperti silika hidrat yang mencegah penghasilan plak, kotoran dan juga bakteria secara lembut dan selamat. 

5. Beli ubat gigi mahal lah lagi baik.

Tidak semestinya! 

Untuk menghasilkan ubat gigi yang terbaik dan mampu menyelesaikan segala masalah mulut bukanlah perkara yang mudah dan ia memakan masa dan juga agak mahal. Penggunaan bahan yang digunakan untuk ubat gigi premium juga agak berkualiti tinggi yang menyebabkan harganya bukanlah di dalam kategori mampu milik. 

Walau bagaimanapun, harga dan cara penghasilan tidak menjamin keberkesanan sesuatu produk. Penjagaan kesihatan mulut adalah satu tuntutan dalam mengekalkan kesihatan diri. Jika anda tidak mempunyai masalah gigi atau mulut yang serius, terdapat ubat gigi yang jauh lebih murah dan mampu milik tetapi mempunyai kualiti yang baik serta selamat digunakan.

6. Lebih banyak, lebih bersih

Mungkin, tapi masalah lain akan timbul. 

Menurut kebanyakan pakar gigi, kuantiti penggunaan ubat gigi yang sebaiknya adalah berukuran sebesar kacang tanah. Walau bagaimanapun, masih ramai yang menggunakan ubat gigi dalam kuantiti yang banyak kerana kepercayaan logik bahawa lebih banyak penggunaan, lebih menjamin keberkesanan. 

Hakikatnya, menggunakan terlalu banyak pes berpotensi meningkatkan kemungkinan pelbagai sisa tertinggal di dalam mulut anda selepas dibilas. Jenis sisa yang boleh mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan apabila ia kekal dalam jangka panjang. Oleh itu, menggunakan terlalu banyak ubat gigi hanyalah satu pembaziran wang dan tidak merugikan kesihatan mulut anda.

7. Gosok lebih, kebersihan terjamin

Jangan!

Memberus dengan kuat tidak menjadikan gigi anda lebih bersih. Malah, terlalu banyak tekanan pada gusi boleh merosakkan enamel anda dan menyebabkan pereputan dengan lebih mudah. Inilah sebabnya berus gigi yang lembut lebih disyorkan. Walau bagaimanapun, terdapat berus gigi di pasaran yang berfungsi dalam mengurangkan tekanan ketika memberus. 

8. Kanak-kanak boleh guna ubat gigi dewasa kan?

Mungkin, tetapi bergantung kepada usia kanak-kanak tersebut. 

Cara penjagaan gigi orang dewasa dan kanak-kanak adalah sangat berbeza. Ubat gigi dewasa yang tertentu boleh digunakan kanak-kanak pada usia tertentu. Namun, ubat gigi khusus buat kanak-kanak yang masih kecil telah dirumuskan atas sebab tertentu yang disyorkan para doktor. Ubat gigi kanak-kanak direka dengan perasa dan warna yang menarik bertujuan untuk menjadikan proses memberus gigi mereka lebih mudah dan nyaman serta mengurangkan risiko jika pes ubat gigi tersebut ditelan kerana pesnya lebih selamat. 

9. Kalau pandai jaga, tak perlu pergi jumpa doktor gigi kan?

Salah tu, kena jumpa juga!

Penjagaan mulut dengan teknik dan barangan yang sesuai pada setiap hari amatlah penting, tetapi ia tidak mengecualikan anda daripada melakukan pemeriksaan gigi oleh doktor. Terdapat bahan asas di dalam ubat gigi yang membantu dalam pengurangan pembentukan plak atau tartar, tetapi ia hanya memelihara pada bahagian luar gusi dan permukaan atas gusi. Setiap pemakanan yang kita ambil juga mendorong kepada masalah gigi yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Oleh itu, sentiasa dapatkan pemeriksaan pakar bagi mengetahui masalah gigi yang mungkin anda alami dan terapkan penjagaan gigi yang disyorkan doktor gigi anda. 

10. Wujud lagi ke ubat gigi murah tetapi berkualiti? 

Pastinya ada! 

Ubat Gigi Zaitun hanya berharga RM6.90 sehingga RM8.90. Kurang dari RM10! Tambahan pula, ubat gigi Zaitun mempunyai sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan dijamin selamat serta boleh di “Gunakan Tanpa Was-Was”. Kualitinya setanding ubat gigi premium yang membuatkan mulut anda lebih segar apabila memberus gigi dengan ubat gigi Zaitun.  Murah! Berkualiti! Halal! Jom dapatkan ubat gigi Zaitun sekarang!

Dapatkan ubat gigi Zaitun di kedai-kedai runcit berdekatan atau melalui platform pembelian atas talian seperti Shopee dan laman sesawang Zaitun. 

Layari www.zaitunbeauty.com untuk maklumat lanjut.


Sebarang pertanyaan kerjasama untuk artikel/video/bual bicara, sila hubungi [email protected] atau WhatsApp di talian +60162716516 (Aisha) atau +60176190307 (Syahirah).

Lihat Komen
ADS