Most Read
Most Commented
mk-logo
Branded Content
McDonald’s Malaysia Sediakan Peluang Kerjaya dalam Bidang Perkhidmatan Makanan kepada Belia
Published:  Oct 9, 2023 11:57 AM
Updated: 3:57 AM

Seramai 427 graduan berjaya menamatkan latihan di bawah Program Perantis Vokasional McDonald's menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3, dan kini boleh memilih untuk bekerja di McDonald's atau mana-mana syarikat perkhidmatan makanan di negara.

Program Perantis Vokasional McDonald's yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) berlangsung selama 18 bulan dengan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald's dan 30 peratus pembelajaran teori di dalam kelas.

Mewujudkan tenaga kerja mampan dan berkemahiran tinggi dalam bidang perkhidmatan makanan

“Sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 2018, lebih 95 peratus belia yang tamat program ini memilih untuk membina kerjaya di McDonald's. Ramai antara mereka telahpun berjaya meningkat naik sebagai salah seorang pemimpin di restoran masing-masing, dan saya yakin lebih banyak kejayaan besar boleh dicapai seiring dengan pengalaman dan kesungguhan mereka,” tambah Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

Lebih 4,000 belia telah dan sedang mengikuti program ini sejak ia diperkenalkan dan mereka ditaja sepenuhnya oleh McDonald’s melibatkan yuran pengajian, elaun bulanan, tempat tinggal, makan minum, insurans dan faedah perubatan serta perlindungan PERKESO dan caruman KWSP, melibatkan sekitar RM40,000 untuk seorang perantis sepanjang mengikuti program ini.

“Program ini memberikan peluang kepada saya untuk belajar dan menambah kemahiran sambil bekerja. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada McDonald’s atas peluang ini, dan saya menggalakkan rakan-rakan diluar sana yang ingin bekerja selepas tamat persekolahan untuk sertai Akademi Vokasional McDonald’s,” kata Muhammad Faris Abdullah yang berjaya mendapat anugerah Perantis Terbaik Keseluruhan.

18 alumni berjaya ditawarkan program DKM Tahap 4 dan DLKM Tahap 5

McDonald's Malaysia juga buat julung kalinya menawarkan program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM Tahap 5) kepada 18 alumni Program Perantis Vokasional McDonald's.

Dato’ Azmir Jaafar berkata kesemua mereka yang bekerja sebagai pengurus cawangan restoran makanan segera itu mendapat tawaran itu bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perkhidmatan makanan.

Joel Jalong Joseph, alumni Program Perantis yang kini menjadi pengurus cawangan di McDonald’s Mutiara Damansara berkata, program ini mengajar kemahiran menyediakan makanan, layanan tetamu, cara operasi “dine-in” dan “drive-thru” dan pelbagai lagi. Beliau juga amat berterima kasih kepada McDonald's atas penyampaian surat tawaran diploma untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Program diploma yang akan bermula tahun depan itu ditanggung sepenuhnya oleh McDonald's dan kualiti pendidikan yang diberi adalah setanding dengan pengajian diploma yang ditawarkan oleh kolej serta universiti tempatan lain.

"Kita mengharapkan pada masa akan datang sekurang-kurangnya lima hingga 10 peratus alumni ini berminat untuk menyambung pengajian mereka," kata Dato’ Azmir Jaafar kepada media semasa Majlis Konvokesyen Akademi Vokasional McDonald's kali Ke-4 di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Puncak Alam.

Mereka yang berminat menyertai Program Perantis Vokasional McDonald's, boleh layari bahagian kerjaya menerusi https://www.mcdonalds.com.my/ atau e-mel kepada [email protected].


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS