BEST Inc. Mempunyai Perancangan Strategik dalam Menguasai Perjalanan Logistik di Asia Tenggara
Pembekal perkhidmatan rantaian bekalan dan logistic, BEST Inc. telah mengumumkan bahawa pusat pengasingan barang di Asia Tenggara yang terletak di Selangor, Malaysia, akan dibuka secara rasmi pada tahun 2024. Lokasi tersebut dipilih kerana ia merupakan kawasan perindustrian yang berkembang pesat.
Selain membangunkan fasiliti seluas 220,000 meter persegi di Malaysia, usaha BEST Inc. ini bertujuan untuk menghubungkan Thailand, Vietnam, Singapura, dan Malaysia terhadap rangkaian logistiknya, membolehkan penghantaran ekspres rentas sempadan dengan lebih baik pada tahun depan.
"Banyak syarikat daripada China menggunakan sumber serta melaksakan pelaburan dalam industri pembuatan dan perkilangan di Asia Tenggara. Mereka telah meminta kami menyediakan perkhidmatan yang lebih efisyen untuk memastikan operasi rantaian bekalan mereka di rantau ini," kata Johnny Chou, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berasaskan di Hangzhou, China.
Dengan peningkatan jumlah perdagangan antara China dan negara-negara di Asia Tenggara, serta sebagai anggota ASEAN, syarikat daripada China yang tersenarai di New York tersebut telah juga membina perkhidmatan rangkaian dan gudang di beberapa negara lain di rantau ini.
Selepas memasuki Thailand yang juga merupakan pasaran pertamanya di Asia Tenggara pada lima tahun lalu, BEST Inc. telah mengembangkan perniagaan rentas sempadan dengan mewujudkan laluan antarabangsa baharu antara China dan negara-negara di Asia Tenggara. Pada beberapa bulan pertama 2023, mereka telah menghubungkan China dengan Filipina dan Indonesia dengan perkhidmatan rentas sempadan.
Tidak seperti syarikat perkhidmatan logistik lain, BEST Inc. tidak menembusi pasaran dengan mewujudkan laluan pengangkutan terlebih dahulu. Malah, syarikat tersebut telah melabur dalam membina rangkaian ekspres, pusat pengasingan dan pengedaran milik sendiri di bandar Thailand, Vietnam, Malaysia dan Singapura.
"Dengan kelengkapan kemudahan secara automatik, pusat pengedaran kami dapat memastikan kebolehpercayaan, skalabiliti dan potensi untuk mengurangkan kos marginal rangkaian perkhidmatan kami di Asia Tenggara," kata Chou.
Syarikat tersebut menegaskan bahawa e-dagang rentas sempadan memainkan peranan penting dalam perdagangan antara China dan ASEAN. Beliau berkata bahawa Inisiatif ‘Belt and Road’ (“BRI”) telah mengubah impian menjadi realiti, memberikan jaminan untuk mencapai pembangunan ekonomi yang mampan di rantau ini .
Rujukan daripada Kementerian Perdagangan menunjukkan bahawa China dan negara-negara terlibat telah mencapai perdagangan asing bernilai $19.1 trilion sejak penubuhan BRI, dengan pelaburan dua hala melebihi $380 bilion.
Chou berkata BEST Inc. akan menawarkan lebih banyak perkhidmatan yang merangkumi pakej kecil, penghantaran ekspres serta pergudangan antara China dan pasaran di Asia Tenggara. Strategi ini dilaksanakan demi memenuhi keperluan pengeluaran bagi pembuatan domestik dan perniagaan e-dagang rentas sempadan.
Sementara itu, Encik Lu Miao, Pengurus Besar BEST Inc. Malaysia menekankan komitmen syarikat tersebut terhadap kecemerlangan. “Pusat perasingan barang ini melambangkan komitmen BEST Inc. dalam mencapai kecemerlangan tanpa henti, dan mendorong sempadan teknologi logistik dan infrastruktur,” beliau berkata.
Lu Miao percaya pusat perasingan barang ini akan memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecekapan, kelajuan dan kebolehpercayaan dalam proses pergerakan barangan, serta dapat menyokong perniagaan dan komuniti di seluruh Asia Tenggara.
Menurut laporan kewangan syarikat tersebut, keuntungan kasar BEST Inc. telah mencecah 51.8 juta yuan (RM33.62 juta) pada suku ketiga tahun ini. Pendapatan ini telah diperoleh daripada unit antarabangsa BEST Global, di mana syarikat tersebut telah berjaya berkembang sebanyak 30.2 peratus dari tahun ke tahun.
Pada penghujung bulan September, BEST Inc. mempunyai 33 pusat perasingan ekspres kendalian sendiri, lebih daripada 1,200 pusat perkhidmatan serta operasi perniagaan yang berkembang. Kejayaan ini merangkumi enam negara di Asia Tenggara, dengan kawasan pergudangan berluasan 47,000 meter persegi.
Artikel ini disediakan oleh BEST Global Logistics Technology (Malaysia) Sdn Bhd
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/12/e00b226a55e7c490dd52d33d447307b1.jpg)
