Memerangi pendatang asing bukan kerja bermusim
Kerja bermusim, bagaikan pahat dengan penukul, sekali diketuk barulah memahat sejuk dan premis-premis perjudian dan hiburan haram itu telah muncul kembali di seluruh Selangor.
Kita tunggu dan lihat selama mana ketegasan menteri besar Selangor kali ini.
Adakah beliau sekadar mencari publisiti murah atau memang bersungguh-sungguh mahu menangani masalah pendatang asing ini?
Kenyataan Rais menuduh pihak berkuasa tempatan rasuah juga harus dipandang berat oleh semua pihak terutamanya Badan Pencegah Rasuah (BPR). Gejala negatif ini tidak boleh dibiarkan berleluasa kerana jika tidak dibendung ia boleh menyebabkan Malaysia tergadai. Politik wang yang diamalkan oleh para penguatkuasa ini mesti dihentikan
Jelas sekali kejayaan yang dikecapi oleh negara sejak dua dekad kebelakangan ini rupa-rupanya turut mengundang masalah. Malaysia ibarat gula, semut-semut sentiasa mahu menghurunginya.
AMAN RAIS adalah bekas wartawan yang pernah berkhidmat dengan beberapa akhbar arus perdana. Beliau telah meninggalkan kerjaya sebagai "pelapor berita prokerajaan" untuk menjadi penulis bebas bagi mencari wadah perjuangan yang lebih berkesan dan terbuka.

