SPR selamatkan Datuk Najib
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menegaskan persempadanan semula kawasan pilihanraya yang dilakukannya sekarang adalah adil dan mengikut keperluan semasa, setelah mengambilkira faktor jumlah pengundi dan keluasan kawasan berkenaan.
Dengan mengambilkira faktor-faktor itu, 25 lagi kawasan Parlimen diwujudkan untuk menjadikan jumlahnya sebanyak 219 berbanding 194 sekarang. Kini draf persempadanan semula itu dipamerkan kepada umum untuk bantahan sebelum ia dibawa ke Parlimen untuk diluluskan. Menurut SPR ia tidak bertujuan untuk memberi kelebihan kepada parti kerajaan, Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum ke-11 menjelang tahun 2004.
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan apa yang dilakukan oleh SPR itu sebagai adil dan wajar. Namun bagi parti-parti pembangkang khususnya PAS, apa yang dilakukan oleh SPR itu adalah satu pengkhianatan kepada rakyat dan berat sebelah.
PAS mempertikaikan mengapa tiada tambahan kerusi Parlimen di Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan sedangkan jumlah pengundi di negeri-negeri itu juga telah meningkat?
Kini rakyat sedang meneliti draf baru kawasan pilihanraya itu. Dari tinjauan awal jelas sekali ia memberi kelebihan kepada BN. Kawasan atau negeri yang BN kuat, telah diberikan tambahan kerusi yang besar umpamanya di Johor, Pahang dan Sabah.
Kawasan di mana BN lemah termasuk Kedah, negeri kelahiran Perdana Menteri tidak mendapat apa-apa kerusi baru. Ini jelas menunjukkan kebimbangan BN dan Umno terhadap pengaruh PAS dan parti-parti alternatif lain di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Perlis memang wajar tidak diberikan tambahan kerusi memandangkan saiznya yang terlalu kecil.

Adalah tidak logik sama sekali ketiga-tiga negeri itu tidak layak untuk mendapat kerusi Parlimen baru, sekurang-kurangnya satu. SPR dan kerajaan BN tidak boleh menyembunyikan hakikat ini.
Keuntungan bagi Najib
Dakwaan pemimpin pembangkang persempadanan semula ini mahu mengukuhkan BN ada kebenarannya. Contoh yang paling jelas ialah Parlimen Pekan, Pahang. Kawasan Parlimen Pekan yang diwakili Menteri Pertahanan, Datuk Najib Tun Razak itu sebelum ini tidak trermasuk kem tentera Batu 10 yang terletak di Jalan Gambang, Kuantan.
Kem Bt 10 terlalu jauh dari Pekan. Sebelum ini ia termasuk dalam Parlimen Paya Lebar yang diwakili Menteri Perpaduan Negara, Datuk Siti Zaharah Sulaiman. Najib, yang juga naib presiden Umno, menang dengan majoriti 290 undi sahaja untuk menewaskan calon PAS.
Bila kem Bt 10 yang dianggarkan mempunyai lebih 1,000 anggota tentera itu dimasukkan ke kawasan Pekan, peluang Najib untuk menang dengan majoriti selesa adalah cerah.
Wajarkah kem Bt 10 yang begitu jauh dari Pekan dimasukkan ke kawasan Pekan? Tidakkah lebih logik dan sesuai ia dikekalkan dalam Paya Lebar. Nampaknya keuntungan bagi Najib adalah kerugian bagi Siti Zaharah. Menteri Perpaduan Negara itu menewaskan calon Keadilan di kerusi Parlimen Paya Lebar dengan majoriti lebih 3,000 undi.
Nampaknya keyakinan Umno/BN untuk memenangi pilihanraya tahun 2004 bukan berdasarkan pemulihan sokongan orang Melayu kepada Umno tetapi dengan "bertongkatkan" SPR. Umno terpaksa mengembalikan kegemilangannya dengan menggunakan segala media dan jentera kerajaan serta mengeksploitasi orang bukan Melayu.
Kerajaan mahu menutup angkara memperalatkan SPR ini dengan mematuhi peraturan mempamerkan draf cadangan itu. Bagaimanapun awal-awal lagi sudah dapat dihidu semua itu hanya topeng kerana tidak mungkin teguran atau bantahan serta cadangan baru akan dipertimbangkan oleh SPR.
Semua ini tidak lebih daripada satu formaliti. Apa yang dicadangkan oleh SPR sebenarnya sudah muktamad. Jangan buang masa anda membuat bantahan atau cadangan baru! Sedarlah, SPR sebenarnya membuang masa, tenaga dan wang rakyat dengan semua kerja-kerja ini.
AMAN RAIS adalah bekas wartawan yang pernah berkhidmat dengan beberapa akhbar arus perdana. Beliau telah meninggalkan kerjaya sebagai "pelapor berita prokerajaan" untuk menjadi penulis bebas bagi mencari wadah perjuangan yang lebih berkesan dan terbuka.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.