Umno jadi bomoh, SPR jadi hantu
Parti-parti politik menggunakan istilah pengundi hantu tetapi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menyebutnya "pengundi import". Apa bezanya mereka ini? Satu berupa "hantu" dan satu lagi "barang import ". Mana yang lebih merbahaya dan mana yang patut dihapuskan dulu?
Dari segi bunyinya, memang jauh berbeza tetapi dari aspek peranannya adalah sama pengundi hantu atau import ini adalah pengundi atau penyokong parti yang mengundi di kawasan yang ia tidak sepatutnya mengundi!
Kedua-duanya sama bahaya dan patut dihapuskan serentak! Isu pengundi hantu adalah isu lama. Sudah lama ia diperkatakan, malah setiap kali menjelang pilihanraya kecil atau pilihanraya umum, parti-parti pembangkang ada membuat bising meminta SPR menghapuskan senarai pengundi hantu dari daftar pemilih.
Setiap kali PAS atau DAP membising mengenai perkara ini, SPR akan dengan angkuh dan cekap mengatakan pengundi hantu tidak wujud. Bagaimanapun kali ini bila Umno membuat tuduhan mengenai wujudnya pengundi hantu di Pendang dan Anak Bukit, SPR mengiakan kewujudannya tetapi dengan istilah baru "pengundi import".

Menutur istilah agensi ini, pengundi import adalah para pengundi yang berdaftar secara sah di sesuatu kawasan pilihanraya tetapi mereka adalah orang luar yang sengaja didaftarkan di kawasan berkenaan.
Malah SPR, Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman menyatakan pihaknya sudah lama sedar kewujudan pengundi import itu, terutamanya di empat negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada undang-undang melarang orang luar mendaftar mengundi di kawasan lain.
Siapa pengundi hantu
Pengakuan beliau itu sebenarnya mengesahkan wujudnya pengundi-pengundi hantu di merata-rata tempat. Tetapi SPR menggunakan istilah sendiri yang lebih lembut, iaitu "import" untuk menutup kelemahan dan ketidakadilannya selama ini.
Soalnya sekarang mengapa bila Umno membising berhubung pengundi hantu atau pengundi import, baru SPR bersuara? Mengapa selama ini memekakkan telinga dan membutakan mata?
Tidakkah SPR sebuah badan bebas yang bertugas untuk memastikan perjalanan proses pilihanraya yang adil dan telus, bukannya bekerja untuk pihak tertentu? Siapakah sebenarnya yang menjadi "hantu"sekarang ini?
Selama ini Umnolah yang pertama sekali ke depan untuk menafikan wujudnya pengundi-pengundi hantu atau import di sesuatu kawasan, termasuklah dalam pilihanraya kecil Lunas, Anak Bukit dan Pendang, walaupun berpuluh-puluh bas yang mengangkut para penyokongnya meredah kawasan pilihanraya berkenaan pada subuh hari mengundi.
Tetapi bila tewas di Anak Bukit dan didapatinya sentimen pengundi Melayu di negeri kelahiran perdana menteri itu tetap sama masih membenci Umno, tanpa segan silu parti itu menuduh wujudnya pengundi hantu atau import di kawasan berkenaan hingga menyebabkan ia tewas.
Mengapa setelah dua bulan pilihanraya itu berlangsung, baru muncul isu ini. Mengapa tidak dihebohkan sebelum pilihanraya kecil itu. Mustahil jentera BarisanNasional/Umno gagal mengesannya lebih awal lagi sedangkan ia mempunyai segala kemudahan dan kecanggihan untuk memantau dan mengesaninya.
Kelemahan sendiri
Dengan SPR berada di pihak kerajaan, tentunya lebih mudah kerja petugas BN/Umno untuk menjalankan kerja mencari pengundi hantu atau pengundi import yang didaftarkan oleh PAS itu.
Bila parti itu gagal mengesannya sebelumini, tidakkah ini menunjukkan orang Umno atau BN hanya makan tidur dan menghabiskan peruntukan pilihanraya mereka sahaja? Sebenarnya kekecohan mengenai pengundi hantu atau import ini adalah gambaran ketakutan Umno terhadap masa depan dan peluangnya di Kedah.
Umno bimbang, PAS akan menawan Kedah dalam pilihanraya umum 2004 kelak. Lantas perlu dicari helah untuk melumpuhkan kekuatan PAS di negeri itu. Satu-satunya cara yang paling berkesan ia dengan mengurangkan atau menggugurkan para penyokong PAS dari senarai daftar pengundi.
Umno sebenarnya tewas di Lunas dan Anak Bukit kerana kesilapannya dan kelemahan sendiri, tetapi cuba menutup pekung di dada dengan menyalahkan pengundi hantu yang belum pasti wujud.
Kalau "hantu-hantu" ini benar-benar wujud, mengapa tidak didedahkan dan buktikan secara berani dan telus? Para pemimpin Umno berharap dengan hebohnya isu ini, SPR akan bangkit dan meminda undang-undang yang ada untuk memastikan hanya anak tempatan boleh mengundi dikawasan sendiri.
Dengan ini ancaman orang luar atau pengundi import dapat diatasi. Sekali lagi Umno nampaknya cuba "bertongkatkan" SPR untuk mengekalkan kuasanya di negara ini. Jelas sekali Umnolah yang menjadi "bomoh" menggunakan "hantu" dalam politik negara ini dan yang menjadi "hantu jembalangnya" ialah SPR.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.