Karim Raslan, Bangsar Liberals masalah nasional
Tan Sri Musa Hitam berjaya mengejutkan lena penulis ini. Sepatutnya majlis pelancaran itu penuh perayaan tetapi teguran Musa mengganggu kolumnis Karim Raslan. Teguran ini benar-benar menggigitnya sehingga didakwahkan teman-temannya agar "bergerak ke luar."
"Kata-kata Musa benar-benar mengganggu saya. Saya sedar pandangan beliau itu benar. Saya juga sedar 'golongan liberal Bangsar', sebahagian besarnya Melayu, menghabiskan masa berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Inggeris," tulis kolumnis ini dalam Sunday Star (8 September).
Ketika melancarkan buku Journeys through Southeast Asia: Ceritalah 2 Khamis sebelumnya, bekas timbalan perdana menteri itu menyaran kepada Karim, yang mewakili kumpulannya, "turun ke peringkat akar umbi untuk mendengar pandangan mereka."
Jadi, melalui kolumnya baru-baru ini 'Bangsar Liberals must venture out', Karim mengakui beberapa kelemahan asas beliau, dan juga kelompok kecilnya, akibat tersudut dalam lingkungan yang sangat terhad. Seperti juga penulis lain yang ditegur, Karim cuba mempertahankan dirinya.
Bagaimanapun, beliau tertinggal beberapa perkara. Dia juga, walau mungkin jujur, tidak mengupas kelemahan 'kelompok liberal Bangsar' dengan berterus-terang. Malah, antara baris-baris pandangannya, Karim tersalah pandang.
Misalnya, beliau berhujah usahanya untuk menyalurkan pandangan melalui media berbahasa Melayu terhalang. Seperti disebut di atas, dia dan kelompoknya menggunakan bahasa Inggeris melalui media berbahasa Inggeris.
Sedar tidak sedar, pandangannya ini masih mewakili sejenis manusia kelas menengah dan "kelompok kosmopolitan" yang aloof , atas apa alasan dan punca sekali pun.

Bertukar pandangan
Di tengah-tengah keinsafan selepas ditegur Musa, hairan sekali, dia berasa perlu mengkomunikasikan ideanya "ke bawah" bukan belajar mendengar dan menyelami melalui penterjemahan buku-bukunya kepada bahasa Malaysia dan juga mencari ruang dalam akhbar berbahasa Melayu.
"Kita mesti ambil bahagian di luar Lembah Kelang dan membawa kepedulian kita kepada orang ramai, dengan itu menjadi 'kelompok liberal rakyat Malaysia', berlabuh di tengah-tengah debat nasional tentang politik, agama, kaum dan ekonomi," tulis Karim.
Walau dia dengan penuh sedar berasa perlu terbabit dan bertukar-tukar pandangan dengan kelompok-kelompok lain yang penting, misalnya orang Melayu yang kini berpecah-pecah tetapi sangat sibuk menentukan arus utama negara, Karim menganggap kelompoknya itu antara "suara kewarasan" yang perlu dikongsikan. Jika tidak, dia bimbang suara kumpulannya akan terpinggir. "Kita mesti kekal relevan dan terbabit," tulis Karim kepada kelompoknya.
Selain masih lagi sempit dan serpih, pandangan itu masih kuat ke dalam ( inward-looking ), walau cuba menyertai majoriti Melayu dan malah "ummah". Selepas menyedari peranan penting kelompok majoriti negara ini, beliau menulis: "Kepelbagaian ummah bermakna terdapat banyak suara berlainan sunguh-sungguh berusaha ingin diperdengarkan.
"Kita mesti keluar dan ambil bahagian dengan kumpulan-kumpulan yang begitu pelbagai misalnya Persatuan Ulama Malaysia (PUM), pihak berkuasa agama dan penulis nasionalis Melayu."
Apa yang disebut 'kelompok liberal Bangsar' tidak lain tidak bukan cerminan sebahagian penyakit yang kita warisi bersama. Kita hidup dalam kotak-kotak "syok sendiri". Ada masa kita tidak sedar dengan zon selesa itu, ada waktunya kita rasa tidak perlu keluar untuk menyelami kelompok-kelompok lain (maksudnya ada "alasan yang rasional") dan ada masanya pula kita sengaja enggan (tanpa sebab yang dapat dihuraikan).
Ini bukan penyakit Karim Raslan dan 'kelompok liberal Bangsar' sahaja tetapi termasuk aktivis-aktivis organisasi bukan kerajaan (NGO) dan aktivis politik kumpulan yang sepatutnya turun ke akar umbi, jika bukan untuk didakwahkan tetapi sekurang-kurangnya untuk diselami.
Kebebasan akhbar
(Jika berniat turun ke akar umbi, dengan sikap berasa diri sendiri penting yang selalunya tidak disedari, kelompok-kelompok ini memasang hasrat untuk berkhutbah dan "memaksa" idea kepada orang lain atau "rakyat" pula.
Gaya ini tidak ubah minda asas puak Islam atau mubaligh agama, cuma kandungan khutbah sahaja berbeza-beza: keliberalan ala Karim, hak asasi, kebebasan akhbar, globalisasi, "pilihan jalan raya", organisme terjurutera baka (GEOs) atau apa-apa yang dinamakan "perjuangan.")
Misalnya, PUM dan aktivis Islam, termasuk PAS, apakah mereka berminat bergaul dan bertukar-tukar pandangan? Apakah mereka sanggup berhujah secara akliah tanpa menyebut ayat al-Quran, hukum-hakam dan bersikap menghukum?
Pengalaman peribadi saya selama ini menimbulkan sejumlah keraguan yang wajar tentang keupayaan serta kesediaan mereka untuk merentasi kelompok-kelompok lain. Apabila saya keluar daripada bergelumang dengan kelompok Islam-Melayu, "dengan harapan untuk menyelami", rupa-rupanya hampir semua kelompok seperti itu! Mungkin kita tidak pandai bergaul atau wujud jurang pengetahuan untuk dijadikan pentas perkongsian.
Lebih buruk lagi, kita tidak berminat membaca tulisan-tulisan yang mewakili kelompok-kelompok lain, tetapi sering berasa "perlu menyampaikan kepada orang lain" seperti difikirkan Karim dalam tulisannya baru-baru ini.
Misalnya berapa ramai pengguna bahasa Inggeris membaca pandangan berbahasa Melayu dalam Malaysiakini.com walau melawatnya setiap hari? Berapa ramai pula aktivis Islam membaca tulisan Karim (atau Amir Muhammad) walau mereka mendapat pendidikan tinggi, boleh memahami teks Inggeris dan malah membaca The Star ?
Berapa ramai di antara kita membaca akhbar-akhbar independen berbahasa Melayu atau selalu resah untuk mengetahui apa yang ditulis dalam akhbar-akhbar berbahasa Mandarin dan Tamil?
(Malah lebih buruk, khususnya di kalangan pengguna bahasa Inggeris dan bukan Melayu, akibat gagal menyelami kelompok Melayu sama ada kurang networking atau tidak mahir berbahasa, subjek-subjek penting berita Melayu terpinggir.
Masalah nasional
Wartawan berbahasa Inggeris sama ada sedar atau sebaliknya, memilih sumber kedua atau ketiga. Ketika saya bertugas dengan Malaysiakini.com bahkan hari ini saya sering dihubungi untuk ditanya tentang isu-isu Melayu atau media berbahasa Melayu. Sedangkan saya sering menyebut beberapa individu atau pihak lain yang lebih berwibawa.
Masalah kelompok Karim bukan terasing, tetapi sebahagian "masalah nasional". Lagi tinggi pendidikan, lagi besar gaji, lagi aktif "berdakwah" (termasuk pendakwah hak asasi), lagi seronok kita berkongsi ruang pergaulan sesama sendiri.
Ringkasnya, kotak-kotak "syok sendiri" kita itu bermacam-macam: bahasa, kelas, psikologi, pendidikan, dan juga gaya serta nilai hidup. Tetapi satu soalan yang lebih mendasar, apakah Malaysia secara semula jadi dan tulen menggalakkan pertukaran idea dan debat?
Tengoklah media kita, sama ada arus perdana atau arus sisi, semuanya sarat dengan suara-suara kelompok tidak pernah ada debat yang asli dan tabie. Kenapa?
Ia mungkin kerana tidak membaca, maka kita tidak pernah tersentuh dengan pandangan serta laporannya. Jika media arus perdana, tapisan yang bukan-bukan pula dikenakan, justeru memang debat mati di sini.
Tetapi saya juga tahu, jika tidak suka, kita hanya berbisik dengan teman-teman dan tidak menyebarkannya melalui media yang sepatutnya. Tidakkah semua ini datangnya daripada "masalah nasional" yang lebih besar dan mendasar?
Seseorang penulis, berbeza daripada aktivis politik atau NGO, tidak diwajibkan menyelami kelompok lain atau memahami aliran-aliran berfikir yang pelbagai. Tidak salah. Tetapi apabila dia ingin berbicara sesuatu di luar kelompoknya atau bukan pengkhususannya, dia tidak boleh berpura-pura. Lambat-laun, pembaca tahu kepalsuannya.
FATHI ARIS OMAR, pernah bertugas bersama Malaysiakini.com, kini wartawan bebas. 'Tiada Noktah' cuba mengungkapkan isu-isu yang saling bergabung jalin antara media, wartawan, buku, penerbitan, teknologi maklumat dan sosio-politik negara kita. Penulis boleh dihubungi di faomar@yahoo.com